Tuesday 28 June 2016

7 TANDA PERHUBUNGAN PERCINTAAN ANDA OKAY

#1: Break up setiap kali gaduh? Kini tidak lagi. Mungkin tidaklah ketika baru bercinta. Mungkin di pertengahan sedikit. Kalau dulu sikit-sikit gaduh keluar ayat 'KITA CLASH!' lepas itu buat *muka garang* dan sebagainya. Sekarang, tiada macam itu pun. Lepas gaduh, cool down sekejap, bincang apa yang perlu dan boleh gelak-gelak balik. Dulu fikir marah sangat sampai tak tahan. Tapi nanti lambat laun berbaik semula juga. So apabila dah stabil ini, anda dan pasangan dah skip drama dramatik ini sebab dah tahu apa yang akan jadi seterusnya. (GIF: MTV)

#2: Tidak perlu mesej/telefon sepanjang masa. Selepas beberapa masa berlalu, rasa keterujaan untuk sentiasa berhubung akan sedikit berkurang. Bukan sebab dah rasa bosan atau perkara sebegitu, cuma anda sudah lebih faham tentang aktiviti pasangan anda, dengan siapa dia lepak, bagaimana waktu kerjanya dan sebagainya. So, kurang sikit benda yang perlu ditanya. Selari dengan itu, rasa kepercayaan terhadap pasangan juga bertambah mengikut masa, jadi tiada rasa keperluan untuk berasa curiga tentang whereabouts pasangan anda, dan tidak kisah sangat dah jika tidak mesej sepanjang masa pun. (GIF: Tumblr)

#3: Anda nampak kelebihan dan kekurangan satu sama lain. Okay, cinta ini memang macam magis. Bila sedang angau dibuai cinta kadang kala mata pun jadi kelabu. Tapi apabila awan nano cinta ini sudah ditiup ketepi sedikit oleh realiti, anda akan mula nampak perkara yang anda tidak perasan sebelum ini. Yang dulu selalunya manis, sekarang ada sedikit pahit. Jangan risau, ini bukan sebab anda benci pasangan anda atau anda sudah tidak sayang akan pasangan. Anda cuma makin mengenali baik buruk pasangan. Just be glad yang anda dan pasangan sudah melalui fasa berikutnya - fasa realiti. (GIF: Clint Catalyst)

#4: Anda berdua faham satu sama lain. Anda berdua tahu apa yang perlu dilakukan apabila pasangan sedih. Apabila pasangan rasa stress, apabila pasangan rasa nak makan tapi tak tahu nak order apa. Apabila pasangan cari barang lepas itu anda boleh agak di mana barang itu dan tekaan anda tepat. Apabila anda boleh habiskan ayat pasangan. Apabila anda dan pasangan mahu gosip berdua tapi ramai orang jadi terpaksa bagi isyarat mata sahaja. Pendek kata, anda dan pasangan boleh 'baca' satu sama lain. (GIF: Pretty 52)

#5: It's okay to agree to disagree. Tidak semua perkara anda dan pasangan perlu punya pendapat yang sama dan anda berdua okay dengan perkara itu. Anda berdua terima pendapat masing-masing dan tidak bergaduh pun selepas berbincang. (GIF: Funny Gifs)

#6: Cakap pasal masa depan. Kalau dulu apabila cakap pasal masa depan, macam takut-takut. Silap haribulan boleh gaduh. Tapi sekarang sudah tidak sebegitu. Anda berdua lebih fokus tentang matlamat masa hadapan bersama. And the best part is, anda berdua bukan setakat merancang, anda berdua turut berusaha gigih ke arah matlamat itu. (GIF: Photo Bucket)

#7: Anda tahu kenapa anda cintakan pasangan. Pernah tak dulu apabila orang tanya, "Apa yang you suka sangat pasal dia?" lepas itu anda tidak tahu untuk jawab apa sebab anda sendiri sebenarnya tidak pasti sangat kenapa anda suka pasangan anda. Sekejap pasal ini, sekejap pasal lain. Kadang kala sampai anda sendiri keliru. Tapi sekarang, kalau orang tanya anda boleh listkan dah. '10 Sebab Anda Sayang Pasangan?' '15 Benda Paling Cute' Semua itu ada dalam tangan dah. Dulu mungkin anda tidak kenal sangat pasangan. Tapi sekarang anda sudah lebih mengenalinya dan anda suka baik buruknya, dan yang paling best, baik buruk anda berdua itulah yang menguatkan lagi hubungan anda berdua. (GIF: Tumblr)

Cantik dan Gagah, Lelaki dan Wanita

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Monday 27 June 2016

TUHAN TIDAK MEMANDANG WAJAHMU

Ramai orang, akibat terpengaruh dengan artis-artis yang cantik dan hensem, dan terpengaruh dengan fashion-fashion dan pemikiran bahawa "cantik adalah segala2nya" yg di war-warkan di TV, drama dan sbgnya, akhirnya, wujud ramai org yg TAK BERSYUKUR dgn wajahnya.

Tak cantik, banyak jerawat, dia sedih. Bila cantik, bangga dan selfie atau post gambar kat media sosial. Bila tak cantik, tak dapat couple macam org lain. Bila cantik, ramai laki suka.
Ada apa pada kecantikan??

Cantik tak semestinya Allah suka. Tak cantik tak semestinya Allah tak suka.
Sebab Allah LANGSUNG TAK PANDANG wajah! Bahkan Allah pandang hati!

Dan, manusia yg hati kotor sahaja memandang seseorang berdasarkan luaran.
Hensem je dia suka. Tak hensem dia tak suka. tak kisahla yg hensem tu kafir ke, hanya kerana hensem, terus obsess. Asal cantik je suka. Apa ini semua?

Kawan.. Ingat. Allah langsung tak pandang wajah. Tak payahla sedih bila tak di kurniakan wajah yg cantik macam orang yg cantik. Apa yg nak di sedihkan? Takut tak dpt kahwin ke?

Berapa ramai org yg takdelah hensem dan takdelah cantik, tapi boleh je kahwin, bahagia pulak tu. Dan ada byk jugak kes suami isteri hensem cantik, tapi cerai dan porak peranda.

Kebahgiaan, ketenangan, kemanisan itu bukan pada wajah yg cantik. Tetapi, pada HATI yang cantik, IMAN yang tinggi, dan AMAL yang bersungguh-sungguh. Maka, mengapa perlu bersedih dgn wajah yg Allah dah jadikan dgn cukup sempurna? Bersyukurlah, dan majulah ke hadapan.

Tak payahla sebab nak cantik punya pasal, nak kena puji punya pasal, nak couple punya pasal, sanggup make up, pakai seksi, fashion sini sana, x tutup aurat, pakai ketat, selfie je kerja, lips tick sini sana. Tak perlu pun. Tak perlu nak buat pembedahan plastik.

Syukur je dgn apa yg ada.

Wajah yg cantik dan hensem itu UJIAN.

Wajah yg kurang cantik dan kurang hensem tu pun UJIAN.

Sesungguhnya aku ini langsung tidak sempurna.

Sunday 26 June 2016

TANDA SI DIA JODOH KITA

Assalammualaikum..

Hi, tengah bercinta ke? dengan siapa tu? Hah? Ramai? Haloo haloo cik kak, cik abg... Dengar sini arr.. Bab bercinta jangan macam-macam arr. Coz what you give you get back tau.. Haaa.. Tau takut.. Hihihi...
Just share with u guys sedikit info yang saya peroleh. Check it out yaw!


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?




7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

SEMOGA BERJODOHAN UOLLS.

Wednesday 22 June 2016

Perlu Ke Kongkong Pasangan?

Beb, today is Thursday. Dah berapa hari sudah kita berpuasa ya? Wahh ada yang sudah lupa. Sesetengan orang dia memang pelupa bab number. Sebab dia bukan budak finance. Not play with figure. katanya. Hahaha.. Orang kata kalau kita ni tak tahu bilangan hari dan hari apa, tu tanda-tanda nak meninggal. Ehhh.. betul ke? "Betul la tu".... kata Incik lawyer.. 

Btw, this pagi saya nak story2 pasal hati dan perasaan. U guys, i just cerita benda2 camni setiap 25 hari sekali. U guys know y? rahsia, tabley cerita. Ini bukan my story, just share with uolls tentang this matter. Checi it out yaw!


"Jangan kongkong selagi tiada ikatan. Biar lah dia nak berkawan dengan berapa ramai perempuan/ lelaki sekalipun. Biar lah dia nak mengaku single dengan perempuan/ lelaki tu sekalipun. Kita boleh cemburu tapi jangan tunjuk. Jangan memberontak dan pendam lah semua rasa tu. Maknanya hati dia bukan la 100% untuk kita. Sebab tu lah dia cari yang lain. Simpan perempuan/ lelaki lain. Doa jelah. Bila jodoh kita dengan dia, insyaAllah dia berubah tinggalkan semua tu. Time tu, nak kongkong, kongkong lah. Sebab dah sah dia milik kita.”
Mesti ramai yang pernah baca ayat ni kan?
Ehhh kenapa tak boleh kongkong?
“You’re mine and only mine. All right reserved.
I’m selfish. I don’t share. What’s mine is mine!”
Setiap yang bercinta mesti akan rasa macam ni kan? Kita sayang dia. Dia sayang kita jadi dia hak kekal kita selamanya.
Noktah. Tak mungkin berkongsi dengan orang lain.
Tapi.
Kita terlupa. Apa hak kita?
Siapa kita pada dia? Suami? Isteri?
Ya. Kita kekasih dia. Kekasih hati intan payung kesayangan.
Tapi hanya dengan status itu kita rasa kita punya hak untuk kongkong dia? Untuk ambil tahu segala apa yang dia lakukan.
  • Nak makan kena report dulu makan apa harini. Makan kat mana.
  • Nak mandi kena bagitahu dulu.
  • Nak keluar beli roti kat kedai depan kena minta izin dulu.
  • Nak lepak dengan kawan-kawan, kena ajak dia sekali. Kalau tak jangan berani-berani nak keluar.
Dia keluar dengan siapa, dia keluar pergi mana, dia keluar pukul berapa, dia balik pukul berapa, dia pakai baju apa, kasut dia warna apa, dia keluar dengan apa.
Kalau facebook, memang tak sah kalau pasangan kita tak tahu password. Katanya bukan tiada kepercayaan tapi tanda tiada rahsia antara pasangan.
Kenapa awak add perempuan tu?
Kenapa awak like gambar perempuan tu?
Kenapa awak komen status perempuan tu?
Kenapa? Kenapa?
Awak jangan kawan dengan perempuan tu. Saya tak suka. Awak curang ye. Awak suka perempuan tu kan.
Semua nak kawal.
Kalau boleh nak biar kita sorang je yang ada dalam friendlist dia. Biar dia baca status kita je hari-hari.
Biar dia like gambar kita je 24 jam. Biar dia komen status kita je setiap masa.
Whatsapp or wechat kalau boleh setiap masa nak check. Pantang ada nama perempuan lain habis mengamuk satu kampung tak ingat dunia walhal tu cuma rakan sekerja yang whatsapp cakap esok meeting di mana.
Kita rasa bila kita kongkong, itu menunjukkan kasih sayang kita pada dia.
Kita rasa kita ambil berat pasal dia bila kita tahu setiap butiran apa yang dia lakukan. Kita nak dia tahu yang kita terlalu sayangkan dia sebab tu kita ambil tahu segalanya.
Kita yakinkan hati yang dia tak akan berpaling pada orang lain sekiranya kita berjaya kongkong dia. Hanya kita di hati. Hanya kita yang terbaik.
Hanya kita yang pandai jaga dia.

Pernah tak terfikir, kenapa kita penatkan diri untuk kongkong dia sampai ke tahap macam tu?

Pernah tak terfikir apa yang akan terjadi kalau kita tak kongkong dia. Pernah?
“ Relationship are about trust. If you have to play detective, then it’s time to move on.”
Sebenarnya, kita tak perlu pun nak kongkong dia. Ambil berat tak salah tapi jangan melampau. Jangan melebih-lebih daripada yang sepatutnya.
Hati mana yang tak sakit bila kekasih hati mengaku single pada lelaki atau perempuan lain. Hati mana yang tak cemburu. Marah. Sakit hati.
Tapi cuba bertenang. Ingatkan hati, itu maknanya cinta dia bukan untuk kita, sebab tu dia masih mencari yang lain.
Kalau benar dia sayang, kalau betul hanya kita di hati, walaupun kita biarkan dia terbang bebas sejauh mana sekalipun, hanya kita yang kekal di hati. Dia tak akan layan orang lain. Dia tak akan beri peluang untuk jatuh hati pada orang lain.
“ A relationship without trust is like a car without gas, you can stay in it all you want, but it won’t go anywhere.“

Jadi, kenapa masih memilih untuk terus kongkong?

Yakin dengan jodoh yang Allah dah tetapkan. Sekuat mana pun kita pegang, andai dia memang untuk kita, ikatan itu akan tetap terlerai.
Andai kita ditakdirkan berkahwin, itulah masa yang sesuai untuk kita gunakan hak kita sebagai seorang isteri, seorang suami. Dia adalah hak mutlak kita.
Kita ada hak untuk tahu apa yang dia lakukan.
Jalankan tanggungjawab kita yang sepatutnya.
Jangan pula cuma waktu bercinta sahaja bukan main bersemangat untuk mengongkong tapi bila dah halal di sisi kita langsung tak ambil tahu apa yang dia lakukan.
Mengongkong biar pada tempat yang betul.
Trust is earned, respect is given, loyalty is demonstrated and betrayal of any one of those is to lose all three.“
Untuk yang masih bercinta, banyakkan berfikir kembali. — jangan memperbodohkan diri anda mengawal dan dikawal oleh mereka yang belum halal. Kita berhak membuat keputusan untuk diri kita sendiri.

Guna logik akal. Jangan terlalu ikutkan hati.

Kalau benar yakin, tak perlu mengongkong. Andai benar jodoh, tidak akan mencari yang ketiga.
Status sebagai kekasih/tunang bukan bermakna kita ada hak mutlak untuk mengongkong kehidupan dia. Kita juga tidak perlu mengikut arahan orang lain selagi dia belum menjadi yang halal buat kita.
Inilah ‘derita percintaan’ yang kita cari-cari selama ini.
Letakkan kepercayaan pada Allah. Jika dia untuk kita, kita akan kekal bersama dengannya. Andai bukan, sekuat mana kita letakkan dia dalam genggaman, ia akan pecah jua.
“Never assume. Never ask. And never demand. Just let it be. If it’s meant to be, it will happen.”

Thursday 16 June 2016

TIPS MUDAH - CARA MINUM AIR DIBULAN PUASA

Susahkan nak make sure kita minum air dengan cukup di bulan puasa ini. tambah-tambah lagi kita dari jenis orang yang consume supplement terutama ahli sukan dan orang yang sentiasa menjaga kesihatan dan kecantikan secara optimum.

Disini saya share beberapa cara mudah dan lebih berdisplin  agar kita sama-sama dapat mengekalkan  kandungan air dalam badan di tahap yang stabil.


1st tips saya bagi yang simple and staright forward untuk makesure kita minum 8 gelas sehari dalam bulan puasa ok.

1 - Minum 1 gelas time berbuka iaitu sebelum kita makan. kurangkan minum air berperisa.
2- Minum 1 gelas selepas makan
3- Minum lagi 1 gelas sebelum solat magrib
4- Minum 1 gelas lagi sebelum isyak atau per terawih.
5- Minum 500ml (lebih kurang 2 gelas) (bawa air ke surau). Kalau berterawikh kat rumah pun 
     boleh la  sediakan air disebelah. dahaga je terus minum. Berxikir banyak2 atau time kita baca 
     Quran sebab kadang-kadang kering tekak time tu.
6- Sebelum tidur minum lagi 1 gelas.
7- Bagun sahur minum lagi 1 gelas
8- Selepas habis makan sahur, minum lagi 1 gelas.
9- Bagi yang bangun malam, sediakan air dalam botol yang 500ml bagus juga.

Pesanan :

1 -Minumlah air kosong dengan tertib, supaya anda tidak pergi ke tandas dengan kerap selepas bersahur
2- Teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah 
    semula.
3- Jangan minum sambil berdiri. Buruk sangat rupa. Ieeerrk..

Sekian saje dari saya, semoga manfaat untuk kita semua.

Selamat berpuasa, Assalammualaikum.. 

~Sofea Anne~




    UNIVERSITI KEHIDUPAN

    Hidup ini tak sempurna jika hanya
    Suka senyum tawa riang ria gembira sahaja
    Hidup ini lebih indah bila jiwa derita
    Biarpun duka lara di hati redha

    Pahit dan manis ketawa menangis
    Pengalaman berharga tinggi nilainya

    Andai jatuh dan tersungkur kau bangkitlah semula
    Hakikat kehidupan adalah ujian

    Hidup hanyalah suatu perhentian
    Titian sementara menuju abadi

    Dan hidup ini lebih bermakna jika kita bijaksana
    Dalam mengharungi menghargai sejujurnya
    Dalam suka atau duka bahagia dan derita
    Harus ditempuhi dengan penuh ketabahan

    Bila diduga diuji baru terasa kerdil diri di hadapan-Nya
    Tanda kasih-Nya kepada hamba

    Universiti kehidupan agar kita sentiasa mengingati-Nya
    Dan berserah kepada-Nya dan tidak menduakan-Nya

    Dan hidup ini lebih bermakna jika kita bijaksana
    Dalam mengharungi menghargai sejujurnya
    Dalam suka atau duka bahagia dan derita
    Harus ditempuhi dengan penuh ketabahan

    Dia mencipta dan Dia Yang Maha Mengetahui
    Apa yang terbaik untuk semua hamba-hamba dan makhluk-Nya di dunia

    Tuesday 14 June 2016

    RONGGENG TIPU BOS

    Assalammualaikum, selamat berpuasa geng. Ade yang Tak pose ke? Iee teruknya... Wrong geng.. Ronggeng,..

    Harap-harap bos tak baca la blog ni ye bos. Banyak rahsia dalam ni. Kuruk-kutuk bos pun ada. Sorry ya bos. Tak sebut nama pun takpe. Bos ramai kat Kementerian ni. Well.. Hahahahha..

    Korang, berapa ramai dalam kalangan korang selalu tipu bos? Tak sakit, cakap sakit. Malah lagi buruk , pergi beli MC lak tu. Kalau kat Putrajaya ni, mostly kakitangan kerajaan mana yang pemaleh dan tak jujur kerja tu, pergi beli MC kat Klinik Jessy Balakong. Marah ke sebut nama klinik tu? Marah la.. Nak saman? Saman la. Ewahhhh.. Ewahhhh.. nak saman hakak pulak yerr... Hahahaha.. Tiba-tiba hormon adrenaline berada diatas paling puncak bila rasa macam nak marah meluap-luap.. Hahahah.. 

    Lagi-lagi-lagi, apa lagi korang tipu bos,? Lambat sikit cakap pergi kelinik. Padahal membungkang kat rumah kan. Kalau korang yang jenis suka ngaku salah  " Bos, saya lambat,  tertidur bos, baru terjaga", itu bagus, dia jujur. 

    Kalau kita bos, haruslah kita nak staff kita proaktif, produktif. Bukan sikap negatif macam tu kan. Sama je sesiapa pun begitulah. Kann?

    Macam today, bulan-bulan puasa. Wah slumber badak je kita nak angkut kawan-kawan kita keluar shopping raya sama-sama kita time bulan-bulan posa gi ni, kek kulompo lak tu. Haloo.. Dah la bulan pose. Korang pose ke tak ni ? Dah la pose, kluar time kerja tanpa mintak izin, shopping lak tu sampai 5 jam. Korang dah kenapa ni ha? Macam tak  cukup masa sangat nak bershopping. Yang paling tak best, boleh pulak kita ajak kawan-kawan yang sama wrong geng pergi buat kerja tu secara berjemaah. MashaaAllah... Kalau jadi apa-apa kat korang di tengah-tengah jalan nanti.Tak tahu la apa nak jadi. Takde masalah, pergi cari masalah. Masalah dengan majikan, masalah dengan keluarga, masalah dengan diri sendiri dan masalah dengan Tuhan pulak tu. Semua tu cari penyakit namanya.

    Dua-tiga hari ni kebelakangan ni, hari-hari ada je kemalangan meragut jiwa. Macam last two days time balik dari kerja, ada je aku nampak kemalangan maut depan mata. Kemalangan yang melibatkan Kereta toyota Avanza dan proton saga. Mangsa meninggal. Punca kejadian, kereta proton saga yang dipandu remaja umur awal 20an melanggar belakang Toyota  Avanza pada laluan yang sama. Pemandu Avanza yang berusia 50 tahun maut ditempat kejadian. Innalillahhh.... Aduhhh Ya Allah, cukup muhasabah diri. Hari ini kita gelak ketawa dengan kawan-kawan kita, gerenti ke esok kita ada? Kalau meninggal dalam keadaan baik tak apa la juga. Kalau dalam keadaanyang Allah tak redha? Aduhh aduhh sayang... Nauzubillahiminzalik..

    Jadi kawan-kawan yang dikasihi sekalian,time-time pose ni jangan la excited sangat  nak tipu tipu bos macam-macam. Kalau sakit, bagi tahu sakit. kalau kereta rosak, bagitahu kereta rosak, janganbagitahu benda lain lak rosak, hehehe. Risiko tinggi sangat kalau kita buat perangai ikut nafsu kita jer. 

    Beringat-ringat berpesan-pesan, untuk kebaikan. Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang.


     Image result for sayang BosImage result for sayang Bos





    Tuesday 7 June 2016

    SEBUAH PERTEMUAN


    Ketika diri mencari sinar

    Secebis cahaya menerangi laluan

    Ada kalanya langkahku tersasar

    Tersungkur di lembah kegelapan


    Bagaikan terdengar bisikan rindu

    Mengalun kalimah menyapa keinsafan

    Kehadiranmu menyentuh kalbu

    Menyalakan obor pengharapan



    Tika ku kealpaan

    Kau bisikkan bicara keinsafan

    Kau beri kekuatan, tika aku

    Diuji dengan dugaan



    Saat ku kehilangan keyakinan

    Kau nyalakan harapan

    Saat ku meragukan keampunan Tuhan

    Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala



    Menitis airmataku keharuan

    Kepada sebuah pertemuan

    Kehadiranmu mendamaikan

    Hati yang dahulu keresahan



    Cinta yang semakin kesamaran

    Kau gilap cahaya kebahagiaan

    Tulus keikhlasan menjadi ikatan

    Dengan restu kasih-Mu,  Tuhan



    Titisan air mata menyubur cinta

    Dan rindu pun berbunga

    Mekar tidak pernah layu

    Damainya hati

    Yang dulu resah keliru 



    Cintaku takkan pudar diuji dugaan

    Mengharum dalam harapan

    Moga kan kesampaian kepada Tuhan

    Lantaran diri hamba kerdil dan hina




    Syukur sungguh di hati ini

    Dikurniakan teman sejati

    Menunjuk jalan dekati-Nya

    Tika diri dalam kebuntuan



    Betapa aku menghargai

    Kejujuran yang kau beri

    Mengajarku mengenal erti

    Cinta hakiki yang abadi



    Tiada yang menjadi impian

    Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

    Yang terbias pada ketulusan

    Sekeping hati seorang insan

    Bernama teman 





    "LOVE DOES NOT CONSIST IN GAZING AT EACH OTHER, BUT IN LOOKING OUTWARD TOGETHER IN THE SAME DIRECTION"

    Istimewa sangat, sebab it is just for u, my SOULMATE.
    Alhamdulillah, samada dikau ada atau tiada, kau tetap ada.
     

    PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

    Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

     
    Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.