Monday 27 June 2016

TUHAN TIDAK MEMANDANG WAJAHMU

Ramai orang, akibat terpengaruh dengan artis-artis yang cantik dan hensem, dan terpengaruh dengan fashion-fashion dan pemikiran bahawa "cantik adalah segala2nya" yg di war-warkan di TV, drama dan sbgnya, akhirnya, wujud ramai org yg TAK BERSYUKUR dgn wajahnya.

Tak cantik, banyak jerawat, dia sedih. Bila cantik, bangga dan selfie atau post gambar kat media sosial. Bila tak cantik, tak dapat couple macam org lain. Bila cantik, ramai laki suka.
Ada apa pada kecantikan??

Cantik tak semestinya Allah suka. Tak cantik tak semestinya Allah tak suka.
Sebab Allah LANGSUNG TAK PANDANG wajah! Bahkan Allah pandang hati!

Dan, manusia yg hati kotor sahaja memandang seseorang berdasarkan luaran.
Hensem je dia suka. Tak hensem dia tak suka. tak kisahla yg hensem tu kafir ke, hanya kerana hensem, terus obsess. Asal cantik je suka. Apa ini semua?

Kawan.. Ingat. Allah langsung tak pandang wajah. Tak payahla sedih bila tak di kurniakan wajah yg cantik macam orang yg cantik. Apa yg nak di sedihkan? Takut tak dpt kahwin ke?

Berapa ramai org yg takdelah hensem dan takdelah cantik, tapi boleh je kahwin, bahagia pulak tu. Dan ada byk jugak kes suami isteri hensem cantik, tapi cerai dan porak peranda.

Kebahgiaan, ketenangan, kemanisan itu bukan pada wajah yg cantik. Tetapi, pada HATI yang cantik, IMAN yang tinggi, dan AMAL yang bersungguh-sungguh. Maka, mengapa perlu bersedih dgn wajah yg Allah dah jadikan dgn cukup sempurna? Bersyukurlah, dan majulah ke hadapan.

Tak payahla sebab nak cantik punya pasal, nak kena puji punya pasal, nak couple punya pasal, sanggup make up, pakai seksi, fashion sini sana, x tutup aurat, pakai ketat, selfie je kerja, lips tick sini sana. Tak perlu pun. Tak perlu nak buat pembedahan plastik.

Syukur je dgn apa yg ada.

Wajah yg cantik dan hensem itu UJIAN.

Wajah yg kurang cantik dan kurang hensem tu pun UJIAN.

Sesungguhnya aku ini langsung tidak sempurna.

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.