Wednesday 20 January 2016

Jadilah Seperti Cawan

Halo Bro, Sis. Apa khabar u guys. Semoga sihat selalu . Memandangkan kebanyakkan penyakit bermula dari diri kita sendiri. Jadi lebih elok lah kita jaga kesihatan sebaik mungkin time kita sihat walafiat ni. Tak salah pun layan diri kita ni lebih sikit, belai lebih sikit. Untuk diri kita dan orang yang kita sayang kita. Yang untung nya kita, mana tak nya, nak buat kerja senang, nak berbakti senang nak beribadat pun senang. Tak gitu kau???

Omak kesayangan aku susah sangat nak minum air masak. Sebab dia ada teori dia sendiri berkenaan dengan minum air. Teorinya mengalahkan health  physician. Boleh terima pakai sebab teori mak  tu berkenaan dengan kehidupan selalunya  hampir 99.9% daripadanya adalah tepat. Bagi aku, dia lah doktor, dia lah cikgu, dia lah lawyer, mak aku juga engineer dan mak aku hijau.

Baiklah semua, cuba bayangkan kita sama-sama pergi pergi minum kat sebuah restoran. apabila minuman sampai, kesemua cawan mempunyai bentuk yang berlainan. ada yang lonjong, ada yang tinggi, ada yang gemuk, ada yang cantik tapi kotor, ada yang warna hitam, putih, biru, ada yang kaca dan ada yang plastik. tapi air kat dalam gelas tu semuanya sama je, sama rasa dan sama warna.

Agak-agaklah kan, yang mana satu yang kita akan pilih? Pilihlah sekarang. Mesti ada yang ambil yang kecil, ada yang ambil besar, ada yang ambil putih dan macam-macamlah. So sekarang, cuma tinggal nak minum aje kan. Bila minum, kita semua rasa air yang sama je, semua exactly sama.

Begitulah hidup kita ni kan, Kita ni hanya memilih yang cantik pada pandangan kita aje. Kita tinggalkan yang tak berapa cantik. Padahal itu yang menjadi masalah dan tekanan dalam hidup kita.

Hakikatnya, kita perlukan air bukan cawan. Betul tak? Kita tak sedar kita pilih cawan yang cantik aje, yang buruk kita tinggalkan. Hidup inikan ibarat air, manakala kerja, duit, pangkat pulak ibaratkan macam cawan. Tengok lah cawan tadi tu, macam-macam rupa, macam-macam warna. Kalau kita hanya tumpu perhatian pada cawan, kita tak akan ada masa untuk menikmati dan menghargai air. Betol kan?
 
Sebenarnya, tak suruh jadi seperti cawan pun, tapi jadilah seperti Rashid. K bai !
















Monday 18 January 2016

Kamu Bernafsu Besar?

Hi Beb!

Happy selasa. For me everyday is happy and wonderful, but everyday may not to be good, but there is something good in everyday.

Hari-hari kena cari hikmah. Kalau tak cari hikmah, memang kita nie asyik-asyik la tak puas hati dengan macam-macam ragam kehidupan. Itu tak kena ini tak kena, padahal apa yang terjadi tu pastilah ada kebaikan disebaliknya kan. Kita ni kadang-kadang terlupa, kufur nikmat. Dah terantuk, baru nak teradah. kita semua ni sama saja. cuma yang penting, hari-hari la muhasabah diri. apa yang terjadi dalam kehidupan bukan untuk kita tengok pada orang, tapi refleksi diri kita balik. Baru la kita jadi manusia yang lebih baik untuk esok esok esok dan esok hari. 

Diselubungi perkara negatif sesuatu yang kita nak elakkan. Berhadapan dengan orang negatif, lagi lah kita nak elakkan. tapi nak buat camana, selagi bergelar manusia yang duduk dekat planet bumi ni, macam ni lah. nak orang ikut kehendak kita, memang sampai mati pun memang takkan dapat la. Kita sendiri kot kena ubah cara hidup kita agar semua perjalanan hidup kita smooth, tenang and good-good gitu.

Sebut tentang sikap negatif tiba-tiba teringat kisah Armada Yang Hilang. Kisah ni berkaitan dengan kisah kerajaan Mongol yang ditadbir oleh Kublai Khan yang hebat gile tapi ... hehehehe....  sifat tamak Kublai Khan mengakibatkan kemusnahan teruk kerajaannya, sekaligus memberi tamparan tamparan hebat kepada selurul Mongol.  Tak salah kita ni bernafsu besar, tapi kena ikut kemampuan kita sendirilah. Sama lah macam orang yang nak berpoligami, kalau tak mampu, haram jadinya. Samalah alkisahnya orang Mongol yang seperti  kita semua tahu dorang ni memang hebat berperang di darat, tapi bukan dilaut. Biasalah manusia dan kehidupan ni, macam itu lah. Kurang tang tu, lebih tang ni. Itu normal. Kita nak expect kita mampu buat semua, itu bukan kitalah. Kita kena faham keupayaan diri sebelum buat sesuatu yang besar. Kalau main terjah aje, memang macam-macam lah jadinya. 

Ok back to story Kublai Khan yang mempunyai tentera yang hebat di darat ni. Sepatutnya dia dan konco-konconya tak menyerang Jepun, sebab dia sendiri tahu kehebatan tenteranya hanya menunggang kuda. Bukan menunggang kapal perang iaitu bukan di laut. Kalau nak menunggang kapal  pun it may take satu tahun untuk lebih mahir.  Ini tak, dia terburu-buru tak bijak sama sekali, tergesa-gesa menyerang dan kalah di tangan Jepun walaupun kita tahu tentera Jepun bukan hebat manapun, setakat samurai jepun tu.. Ahaiiii.. Orang tak cerita punca kenapa tentera Kublai Khan ni kalah. Tapi orang cerita tentera Kublai Khan Kalah di tangan Jepun. hakikatnya, kekalahan tentera Mongol berpunca dari ribut yang kuat semasa dorang otw ke Jepun.

Ahli sejarah buat research kenapa Kublai Khan n the gang tewas teruk sekali sedangkan armada yang di ketuai Ara Khan tu amat besar. Dengan 140000 askar dan 4400 kapal perang, kalau diikutkan seluruh jepun boleh tewas sebagaimana China, Rusia, Turki, Parsi dan lain-lain negara dengan begitu mudah. 

kajian ahli arkeologi pula membuat kesimpulan, kapal Mongol tenggelam dengan mudahnya apabila dipukul ribut disebabkan kapal yang mereka gunakan tidak kukuh dan dan dibuat dengan tergesa-gesa serta ada konspirasi. Kapal-kapal tu di buat oleh orang China. Dorang buat main cincai aje. Reka bentuk tak sesuai untuk tempuh lautan bergelora. Mungkin speksifikasi kapal tu, ala-ala bot nelayan la kot. Thats why terjunam begitu dasyat sekali.

Itulah kita ni, belajar dari sejarah. Pengalaman-pengalaman hidup kita ini pun sejarah. Jangan ghairah dan rakus sangat. Bercita-cita besar itu boleh. Tapi biarlah munasabah. Tergesa-gesa membuat sesuatu keputusan selalunya akan menjadi punca segala malang.

Kita ni sebenarnya tidak bodoh tau, sebenarnya kita kelihatan bodoh kerana kita yang membenarkan diri kita kelihatan bodoh.






Saturday 16 January 2016

Bila Nak Berubah Hah?

Ramai orang TAK NAK berubah dengan alasan,

"Belum dapat hidayah lagi.."
"Belum sampai seru lagi.."
"Nanti la.. Belum sedia lagi.."

Korang nak tahu tak, Allah hampir setiap hari bagi kita hidayah. Hampir setiap hari kawan.

Buktinya?

Contoh kepada orang yang malas atau tak solat, Allah bagi korang hidayah dengan cara korang DENGAR Azan banyak kali. Azan tu adalah salah satu hidayah yang Allah nak bagi pada korang.

Tapi korang tak peduli pun hidayah Allah sedangkan sehari hampir 5 kali korang dengar azan. Lepas tu claim belum dapat hidayah.

Contoh kepada yang free hair atau tak tutup aurat. Dalam sehari berapa banyak kali korang nampak perempuan lain yang tutup aurat? Banyak kali. Bahkan kawan baik atau family korang pun tutup aurat.

Apa yang korang nampak tu sebenarnya hidayah yang Allah bagi pada korang, supaya korang muhasabah dan mula untuk tutup aurat sempurna. Korang bukan duduk negara kafir yang 100% non Muslim.

Tapi korang tak peduli pun hidayah Allah, kemudian "salahkan" Allah sebab kata belum sampai seru lagi.

Dan banyak lagi contoh.

Kawan-kawan..

Berubah dan bertaubatlah. Kami yakin, walau teruk mana pun korang, jauh dari sudut hati korang tu, korang rindu nak berubah. Korang teringin sangat nak berubah.

Korang teringin nak tutup aurat macam kawan korang yang lain.
Korang teringin nak solat berjemaah macam kawan korang yang lain.
Korang teringin nak jadi baik macam kawan korang yang lain.

Sebab apa? Sebab itulah FITRAH manusia. Korang tak boleh tipu diri sendiri. Tak boleh nak nafi. Kalau korang terdetik di hati macam ni, tu pun tanda Allah dah bagi hidayah.
Kawan..

Jangan jadi bodoh sombong. Buang ego, dan terimalah hidayah Allah. Terimalah.. Jangan tolak dan abaikan. Korang tak rugi. Serius tak rugi.

Iblis dulu kena buang dari Syurga bukan sebab dia jahil, bukan sebab dia tak kenal Allah. Malah dia nampak Allah depan mata.

Tapi dia kena buang Syurga dan kena laknat sebab dia EGO dan SOMBONG.

Pesanan dari Team Tarbiah Sentap.

Thursday 14 January 2016

Cara Elak Maksiat

Salam Jumaat yang barokah. Artikel ni saya ambil dari Saudara Adnin Roslan. Moga pahala untuk awak. Saya yang hina ini tak mampu berbuat apa melainkan rasa sentap disudut Qolbu yang paling dalam,dan mengharapkan sesuatu perubahan diri dan kepada insan lain juga. Sesungguhnya kita semua ini pendosa.

Artikel Saudara Adnin Roslan bermula;

Siapa tak sedih, bila berulang-ulang kali melakukan dosa yang sama walaupun dah bertekad untuk berubah. Siapa tak tertekan, bila berputar-putar pada kesilapan yang sama walaupun telah berazam untuk tidak ulanginya. Siapa yang tak menangis bila maksiat yang kita telah berjaya tinggalkan dalam tempoh yang agak lama, akhirnya kita kecundang serta mengulangi maksiat tersebut.
Siapa tidak sedih dan menangis teresak-esak tentang perkara ini? Andai kita mempunyai hati yang hidup, andai kita mempunyai iman walau secebis, pasti perasaan sedih, tertekan, resah-gelisah, gundah gulana serta sesal menghantui fikiran kita.

Namun sampai bila? Sampai bilakah kita nak ulangi dosa yang kita benci, sampai bila kita mahu terus terpenjara dalam tekanan dosa dan maksiat? Sampai bila wahai kawan?!

Penulisan kali ini, saya tulis dengan penuh rasa serba salah, dengan penuh pengharapan agar saya sendiri BEBAS dari penjara dosa yang menyeksakan ini, dengan penuh harapan penulisan kali ini dapat memberi panduan, semangat, kekuatan, inspirasi, kefahaman dan kekeliruan serta halangan yang berlaku kepada mereka-mereka yang BERTEKAD  untuk BERUBAH.

Penulisan kali ini, saya tulis dengan tangisan. Saya amat mengharapkan kita sama-sama berpimpinan tangan menuju redha Allah. Saya sudah lihat depan mata bagaimana orang saya sayang dan percaya, berubah menjadi “pelik” dan bangga dengan dosa. Oh, Allah, aku sedih dan aku menangis! Saya kalau boleh, ingin usaha sedaya upaya untuk berubah dan menjadi asbab orang lain juga dapat berubah. Benar, itulah kebahgiaan saya.

Saya akan usaha menerangkan perkara ini satu persatu, sedikit demi sedikit. Saya minta maaf andai entri kali ini menjadi panjang lebar berbanding entri-entri yang lain. Saya harap, entri saya yang panjang ini memberi manfaat walaupun pada seorang insan.

3 point penting yang kita akan selami bersama insyallah:
1)Sejauh mana taubatmu?
2)Hukum Diri kita
3)Jangan buat dosa terang-terangan

SEJAUH MANA TAUBATMU?

Ramai yang bertanya, ramai yang luahkan, ramai yang terganggu, ramai yang sedih, ramai yang lemah semangat bila terfikir tentang:

 “Adakah taubatku di terima andai aku masih mengulangi dosa-dosa ku?”

Perasaan bersalah ini menyelubungi diri ramai orang. Pelbagai bentuk soalan yang di ajukan bagi menenangkan hati yang gelisah. Antara soalan yang di ajukan kepada saya yang membuatkan saya terkedu:

“Ustaz, saya memang nak berubah, dan saya ada niat nak berubah. Saya selalu menyesal dengan dosa yang saya lakukan, tapi masalahnya, saya masih tak dapat berubah! Seolah-olah ada benda yang menghalang saya…..”
“Ustaz, saya pernah berjanji untuk tak nak ulangi dosa saya, tapi saya tewas...”
“Ustaz, macamana cara nak hilangkan benda-benda kotor dalam fikiran kita..?”
“Ustaz, macaman nak jauhi maksiat? Beritahulah pada saya. Saya akan usaha untuk berubah dengan nasihat ustaz..”
“Ustaz, andai kita tak menitiskan air mata ketika bertaubat, adakah taubat kita itu benar-benar ikhlas?”
“Ustaz, saya selalu buat dosa, kemudian taubat, kemudian saya ulang semula dosa, kemudian taubat. Tapi saya tak tahan dan ulangi dosa itu semula, kemudian taubat semula. Adakah Allah akan terima taubat saya?”

Dan macam-macam lagi.

Wahai kawan, sejauh mana taubatmu itu betul-betul ikhlas?Apakah erti taubat? Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!

1)Taubat maskudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut.  Itulah 3 rukun taubat. RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.

2)Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Boleh je kita doa:

”Ya Allah, aku menyesal dengan dosa, ampunkan aku ya Allah, aku berazam untuk tak ulangi dosa aku ya Allah!”

Namun hakikatnya, di sudut hati kita, doa tersebut hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri!  Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir! Menangis adalah antara bukti kita jujur dengan penyesalan kita…

Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA.

3)Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi. Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!! 

4)Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat gila-gila. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.

Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!

*****

Begitulah pengampunnya Allah. Tapi, jangan amik kesempatan! Namun, bak kata ibn qayyim:

“Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah itu maha pengampun, maka dia jadikan perkara itu alasan untuk terus dia melakukan dosa…”

Kita tak tahu bila kita mati syeikh, sekali kita mati time buat maksiat, pergh… Sekali kita mati dalam keadaan kita tak taubat lagi sebab tangguh, silap besar! Sebab tu lah, jangan tangguh taubat, kalau boleh, lepas baca entri ni, terus taubat!

Ingat, taubat ni tak boleh berlakon. Ia isu HATI. Kerana sekarang, ramai yang rasa diri dia dah taubat, tapi dalam diri dia, tiada sekelumit pun rasa bersalah ketika buat dosa. Apakah?




HUKUM DIRI KITA

Saya nak sangat berkongsi pada semua orang tentang perkara ni. Cara ni adalah antara kaedah yang terbaik untuk kita baiki diri kita dan cara yang terbaik untuk membuatkan kita tak lagi teringin membuat maksiat. Cara ini saya namakan:”Cara nak memanipulasi syaitan”.

Dengan cara ini, seakan-akan syaitan sendiri akan “hasut” kita untuk tinggalkan maksiat(konon-kononnya). Caranya ialah dengan KITA MENGHUKUM DIRI KITA setelah buat maksiat dan dosa!

Kita pun tahu, syaitan akan suruh kita buat benda yang merugikan diri kita, dan menguntungkan dia. So, bila kita buat maksiat, ia merugikan diri kita dan menggembirakan syaitan! Tetapi, bila kita mengHUKUM diri kita, ia sangat efektif! Mari saya terangkan satu-satu cara nak memanipulasikan syiatn ni supaya boleh faham:

1)Kita berazam, setiap kali kita buat sesuatu dosa, kita akan hukum diri kita dengan sesuatu AMAL SOLEH. Contohnya, kita target:
”Setiap kali aku hisap rokok, aku akan hukum diri aku dengan baca quran 1 juzuk!”
“Kalau aku tengok video tak elok, aku akan sedekahkan RM50 kat surau, and then aku akan puasa 3 hari!!”
“Kalau aku tak pergi solat Jemaah subuh kat surau, aku akan denda diri aku dengan baca buku agama sebanyak 100 muka!”

2)Bila kita hukum diri kita, maka syaitan akan mula ragu-ragu, samada nak suruh kita buat maksiat atau tak. Sebab kalau dia goda kita untuk hisap rokok, dia tahu yang kita akan hukum diri kita dengan abca quran 1 juzuk, yang mana baca quran 1 juzuk tu amat merugikan syaitan dan meningkatkan iman kita berganda-ganda!!

3)Kalau dalam bahasa arab, cara ini di namakan “Iqob” yang bermaksud “denda”. Itulah yang para sahabat buat! Saya akan cerita beberapa contoh IQOB yang sahabat buat:

“Ada sorang sahabat, time dia tengah solat sunat kat kebun, tiba-tiba time tengah solat tu, dia ternampak burung dan burung tu menyebabkan dia tak khusyuk. Lepas habis solat, sahabat tu perasan yang dia tak khusyuk dan dia menyesal. Lantas, dia hukum diri dia dengan MENYEDEQAHKAN kebun itu kepada orang islam!!!!”

Dan banyak lagi. Takut panjang, orang malas baca:)

4)Saya mahu kemukan bukti, betapa efektifnya cara ini , sehingga syaitan sendiri akan hasut kita untuk tinggalkan maksiat! Hayati dan fahami kisah ini, akan betapa berharganya bila kita hukum diri kita setiap kali kita buat maksiat!

****

KISAH UMMU MAKTUM NAK KE MASJID

Ada sorang sahabat nama dia Ummu maktum, seorang yang BUTA. Dia nak pergi masjid untuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya kotor. Dia pun patah balik ke rumah, bersihkan baju dan pergi semula ke masjid buat kali kedua. Tapi, sekali lagi dia terjatuh, dan dia patah balik ke rumah untuk bersihkan pakaiannya. Kemudian, dia pergi semula ke masjid buat kali ketiga. Dan, kali ketiga ni, dia hampir terjatuh, tetapi ada seorang lelaki selamatkan dia dan usung dia sampai ke masjid!

Setelah sampai kat masjid, ummu maktum pun berterima kasih pada lelaki tu sebab bantu dia jalan hingga ke masjid. Dan bila ummu maktum Tanya tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Ummu maktum pun terkejut dan bertanya:

“Kenapa kau bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!”

Iblis jawab:

“Kerana time kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan semua dosa-dosa kau. Time kau jatuh kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua ahli keluarga kau. Aku takut kalau kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan semua dosa penduduk madinah!! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa selama ni! Sebab tu time kau nak jatuh kali ketiga tu, aku tolong kau!!!

:)

KISAH ABDUL QADIR ALJAILANI(ULAMA’ DAHULU KALA)

Ada sekali tu, time subuh, ada orang kejut abdul qadir jailani untuk solat subuh. Bila abdul qadir jailani Tanya, siapakah orang yang kejut dia, lantas orang tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Pastu Abdul qadir jailani Tanya balik:

“Kenapa kau kejut aku subuh sedangkan kau iblis??!”

Iblis jawab:

“Sebab aku tahu, kalau kau tak dapat solat subuh Jemaah, kau akan hukum diri kau dengan kau pergi mengajar agama kat ribuan orang! Aku takut kalau kau mengajar ribuan orang, mereka semua dapat hidayah dan susahlah kerja aku nanti!”

:)

*****


JANGAN BUAT DOSA TERANG-TERANGAN

Serius benda ni kena take note. Sebab once kalau kita dah buat dosa terang-terangan, ia bermakna kita rasa bangga dengan dosa, dan ketika itulah bermulanya KEBINASAAN diri! Saya rasa semua sedia maklum apakah itu dosa. Saya just nak bagi contoh beberapa dosa yang sangat biasa orang buat terang-terangan tanpa rasa bersalah.

Pertama, IKHTILAT. Semua sedia maklum, apa hukum ikhtilat dan batas-batas. Kalau tak tahu, boleh baca di sini:http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html
Tapi masalahnya, hari ni, ramai orang yang tahu tapi dengan bangganya ikhtilat di alam maya secara terang-terangan seperti komen mengomen “hohahoha”, sembang kosong di twitter siap mention-mention nama, komen-komen kat instagram dan lain-lain. Apakah? Apakah ini wahai kawan yang smart, macho lagi sweet?

Kalaulah rasa tak mampu nak kawal diri dari ikhtilat, janganlah sampai kita buat terang-terangan. Rasalah malu nak orang lain tahu maksiat yang kita buat. Kalau nak sangat, mesej je private, direct mesej dan yang sama waktu dengannya(walaupu itu pun salah). The point is, malulah dengan dosa yang kita buat wahai kawan! Isk , isk…

Kedua, TENGOK MOVIE DAN DENGAR LAGU LAGHO. Perlu ke kita bagi tahu orang lain tentang lagu lagho apa yang kita dengar sedangkan kita pun tahu apa hukum  dengar lagu-lagu kpop, Justin bieber, lady gaga, dan berates lagu-lagu yang berunsur haram. Kita pun tahu!

Tapi kenapa kita dengan bangganya bagitahu orang ramai yang kita sedang dengar lag utu? Contohnya kat twitter:

“#np Baby // Justin Bieber”
“#np Gangnam Style // Psy”
“#nw  Now you see Me”

Dan lain-lain. Kalau rasa tak mampu sangat nak tinggalkan lagu lagho dan movie-movie, janganlah bagitahu orang lain dan rasalah malu dengannya! Buat sorang-sorang.

Dan banyak lagi. Saya merayu sangat, rasalah bersalah, rasalah malu. Jagalah AIB kita dan jangan bagitahu orang lain. Allah dah simpan aib kita baik-baik, buat apa kita nak bagitahu orang lain tentang dosa yang kita buat? Malu syeikh, malu. Isk isk…

*****

Sebagai pengakhiran, cara terbaik untuk tinggalkan maksiat ialah dengan buat amal soleh sebanyak-banyaknya dengan istiqomah. SOLAT tolonglah, tolonglah, tolonglah jangan tinggalkan wahai kawanku! Saya sangat-sangat merayu!

Mulalah dari sekarang, lazimi diri dengan solat, mulalah berjinak-jinak dengan quran, basahi lidah kita dengan zikir-zikir, carilah KAWAN yang support kita untuk berubah dan dampingi mereka.Ikutlah TARBIAH dan USRAH, ia adalah cara yang tunjang agar iman kita selamat!

Kerana bila kita telah “tenggelam” dalam lautan amal, maka allah akan campakkan dalam hati kita perasaan benci dan geli pada maksiat! Percayalah wahai kawan, percayalah!

Saya yakin, ramai orang yang nak berubah. Kuatkan azam, kekalkan semangat, terus maju, move on, jangan hirau apa orang kata, doa pada Allah! Saya yakin kita mampu. Once kita dapat berubah, kita akan MENANGIS kegembiraan, menangis kesyukuran, menangis kebahgiaan kerana NIKMATNYA IA, dan kita akan menangis keinsafan dan ketawa sendirian, kerana pelik dengan diri kita yang suka melakukan dosa dalam keadaan ianya sesuatu yang amat menyeksakan.

Saya doakan korang. Dan saya minta, doakanlah saya! Moga Allah bagi syurga pada kita! Moga Allah bagi syurga! Saya akhiri penulisan kali ini dengan satu kata-kata:

“Pintu taubat tak akan terbuka hanya dengan sekali ketuk. Tetapi, ianya akan tebuka setelah kita ketuk berkali-kali. Dan ketika itu, kita akan menangis kenikmatan kerana akhirnya kita telah bebas  dari penjara dosa dan berlari menuju cinta Allah!”

Moga Allah bagi syurga!

Wednesday 13 January 2016

Payah Nak Senyum

Helo everybody,

Today is Thursday. Esok last kerja. So lusa cuti. Yeeeehaaaa..  so apa mau bikin ha, tak ada idea la. Jangan sesiapa nak ajak. Sebab tengah peace of mind. Memandangkan kita ni kerja kaw kaw busy la sangat. So, weekend ni macam nak reward diri. Boleh duduk dalam hutan, mandi air terjun, baring atas batu sambil tengok langit, tengok burung, kan best. Ahhhh mana nak dapat semua ni kalau dah nama pun duduk di Hutan Batu. Hantu dan buaya banyaklah kat sini., well.

Kita ni ada urat senyum tau. Urat senyum terletak dekat tepi ke dua-dua belah pipi kita. Pernah tak tengok orang yang muka dia biasa, tapi sebab wajahnya yang manis dan suka tersenyum, kita rasa sejuk hati nak pandang dia. tambah pulak senyum tu ikhlas, lagi la sejuknya hati kita. Especially baby, cutenya haaiii... Tengok orang senyum ni, kita pun rasa nak senyum sama. Lastly sama-sama rasa happy. Itulah penangan sebuah senyuman.

Orang kata, nak nampak senyuman yang menarik senang jer.. Buat senyuman yang paling kita rasa kita manis bila senyum style macam tu. Nak tahu camana, lihat ler cermin atau paling senang selfie lah. Seriuosly beb, bukan senang nak dapat senyuman paling manis. Sebab kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tak. Kadang hampir terlupa senyuman kita yang mana satukah yang paling manis. Ok, bila dah dapat senyuman paling manis, u guys boleh bukakan sedikit mulut bagi nampak gigi. Gigi kuning atau berterabur itu tak jadi hal. Asalkan bagi nampak sikit gigi tu. Kemudian, mata tu bagi kecil sikit. Haaa.. Tu namanya senyuman paling manis. Senyuman cheer up. Jangan la senyum meleret pula. Kalau meleret depan ni hari-hari tambah pula berlainan jantina, aiii kang ada yang nak kena tampor. Sebab bila buat macam tu, tak ubah macam kambing gatal.

 

Kiri      : Muka tatak senyum tatak cun woo 
Kanan : Bukan maksud nak memikat, tapi kalau kau terpikat, ku tak kisah  apa salahnya.

Kita ni kan, senyumlah. Adoihh apa pasal ha payah sangat nak senyum. Ada masalah ke? Rimas kalau pagi-pagi bangun pagi tengok muka orang tak senyum. Something like membawa kecelakaan pula. Weh sorry to say. Ni ikhlas cakap tau. Dari hati. Orang kata, orang ikhlas tak bagi tahu ikhlas. Tapi ini ikhlas betul ni. 



Inila yang dikatakan senyuman kambing gatal

Baru ni time balik kerja, tragedi berlaku dekat parking. Saya terparking agak dekat sikit dengan sebuah kereta myvi warna silver. Tak kenal siapa pemiliknya. Dekat tak ada la dekat sangat. kalau orang berat 90kg still boleh lalu lagi. Bole buka pintu kereta dan masuk dengan selesa. Suddenly ternampak ada sorang cik kakak berjalan tepi saya. Memang saya syak dia lah yang parking tepi saya. Saya senyum ajer lah buat slumber, eh dia tak balas senyum. Ok takpe. Dia tak perasaan tu. Saya pun memang tak harap pun orang balas senyuman saya sebab kita senyum untuk diri kita sendiri rasa bahagia gak kan. Dia buka pintu kereta dia. Ok tak apa lah, dia berdiri tegak tepi pintu kereta dia. sambil buka pintu. Serius muat, 3 orang besar dia nak masuk sekali gus pun memamg muat. Saya pun tengok dia berdiri terpacak macam tak puas hati. saya said sorry " Puan, I am sorry ya" , sambil senyum gembira.. Dia tarik muka masam sambil jeling. Kesian pun ada tengok dia. Dalam hati berkata "Kalau kau senyum, mesti kau nampak cantik walau kau biasa-biasa saja. Ok ok lantak kau lah mungkin kau tengah mental disorder, barangkali gaduh dengan bos ke ape ke..." Haa macam tu la kita ni kan. Macam la kita tak pernah buat kat orang kan, tarik muka masam. Macam tu la orang kata kat kita bila kita buat kat orang. So, jangan buat orang , nanti orang buat kita. 

Orang kata, wajah yang biasa-biasa akan kelihatan cantik dengan senyuman yang menawan. Hidung yang pesek orang dah tak nampak dek kerana senyuman yang sangat menarik.Senyum je lah, ape susah!


Tuesday 12 January 2016

Awak memang baik

"Ku mencintaimu lebih dari apa pun , meski pun tiada satu orang  pun yang tahu. Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku.. "

Kita tak mungkin dapat lupakan orang yang baik sangat dengan kita. Kita tak mungkin lupakan orang yang sentiasa bersabar dengan karenah kita. Kita tak mungkin lupakan orang yang sangat indah di dalan hati kita, kita tak mungkin lupakan orang yang tidak pernah menyakiti kita hati kita dengan kata-katanya, kita tak mungkin lupakan orang yang ajar apa itu erti kehidupan dan kasih sayang, kita tak mungkin lupakan orang yang sentiasa berkorban tenaga dan masa dia demi kita, kita tak mungkin lupakan orang yang sangat berlembut dengan kita, kita tak mungkin lupakan orang yang sentiasa gembirakan kita, kita tak mungkin lupakan orang yang sentiasa bersama kita tatkala kita sedih. Kita tak mungkin lupakan orang yang  sentiasa menegur dan mendidik hati kita tentang sesuatu perkara, kita tak mungkin lupakan orang yang berkongsi minatnya dengan kita, kita tak mungkin lupakan segalanya. Bagi kita, dia lah manusia pilihan walau kita tahu dia milik sesiapa.
Banyak kata yang tak mampu kita ungkapkan kepada dirimu. Kerana kita ini manusia biasa yang sentiasa menagih rasa.

Maka betulah orang bijakpandai berpesan ;
  
“Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”

Monday 11 January 2016

Jom kita bercinta : Kekasih - Kopratasa

Verse:
        Am         G   
Akan ku pintal buih-buih
      F          E
Menjadi tali mengikatmu
   Dm         E         Am  
Akan ku anyam gelombang-gelombang
       E                Am  
Menjadi hamparan ranjang tidur mu

Chorus:
    F     G         C
Akan ku tenun awan gemawan
          F   
Menjadi selindang
G           C
Menudungi rambut mu
   A     Dm      G     C
Akan ku jahit bayu gunung
  F     Dm     E             Am
Menjadi baju pakaian malam mu

Same macam verse :
Akan ku petik bintang timur
Menjadi kerongsang meyinari dada mu
Akan ku jolok bulan gerhana
Menjadi lampu menyuluh rindu mu

Same macam chorus:

Akan ku rebahkan matahari
Menjadi laut malam mu
Menghirup sakar madu mu
Kekasih...
Hitunglah mimpi-mimpi
Yang membunuh realiti
Dari syurga illusi 



Tengah layan lunch dengan Cik Sharifah Basirah dalam keadaan romantika d amor sambil makan ulam pegaga sambil rasa macam nak keriau sambil layan lagu jiwang jiwang, sambil rasa macam nak balik umah petik gitar, kord lagu ni simple, ulang ulang sama je. sambil keriau keriau kita main lagu ni, sambil rindu-rindu gitu. Tak boleh dengar lagu ni sambil drive sebab rasa macam nak pejam mata, tak tahu kenapa puitis sungguh! Ko dah kenapa peah!



Sunday 10 January 2016

Monday Is Not Always Blues

Ramai orang kata, budak keje gomen kalau datang kerja, takde lain la. Buat rilax buat peace. Dan orang gomen lak bila berurusan dengan orang swasta , ada yang kata " Apa punya service la bagi, cuba la muka elok sikit , attitude elok sikit,  tak profesional langsung. Kena pergi kursus ni baru bijak sikit". 2 x 5, 5 x 2 jer. As long as kita kat Malaysia, camnilah budaya, suka ikut perangai saka yang tak elok tu. Tapi tidak lah terkecuali ada yang bagus, profesional, budaya korporat dan kerja berpasukan yang sangat bagus terutama Kementerian Kesihatan Malaysia lah kan. Kalau ada isu pun, isu minor ajer. Tapi sekali isu keluar, rosak susu sebelanga. Padahal  tak pernah di buat orang masak susu  dalam belanga.  Sedangkan komitmen budi baik kita di lupakan. Biasalah manusia, nak harap orang hargai kerja kita, memang bukan kat planet namanya bumi lah. Hee heee.. Chill Chill out..

Today is Monday. Tak pernah rasa monday  blues. Teringin juga nak rasa. Tapi emmm taknak lah. Macam sengaja pulak nak create sesuatu yang spoil bila kita mulakan minggu ni dengan sikap blues blues yang slow, lembab, lengai, mengantuk, malas. Hapakabendalah haii.. Hidupkan sebuah pilihan, derita pun sebab kita yang pilih, bahagia pun sebab kita yang pilih. Jangan lah pulak ada yang kata derita itu sebab takdir, bahagia pun sebab takdir. Takdir boleh berubah dengan doa.Teruskan berdoa berdoa dan terus berdoa. Bukan Allah tak tahu, tetapi sebab Allah Maha Mengetahui, dan sebab setiap pengetahuan Allah itu tidak silap.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” 

Tak suka Monday blues. U know y, kerana bagi aku pengakhiran yang bagus bermula dari pemulaan yang bagus. Thats all. Dont ask me, why pagi-pagi Monday che peah buat happy-happy ketawa-ketawa. kadang-kadang tak rasa nak ketawa sangat pun, tapi saje buat buat ketawa. Bukan apa, sengaja nak create mood dan nak bagi mood happy gile berjangkit kat orang lain yang ada penyakit Monday blues and mondomm pagi-pagi. 

Ada satu celita dulu-dulu , pasal  my sister time nak pergi skool , mesti dia akan start dengan menangis. Uwargghhh uwargghhh kira-kira setengah jam gitu lah. Tah amenda tah dia fikir sampai setiap pagi macam tu. Lepas kena pelempang dengan abang sulong, boleh pulak dia bangun mandi dengan gumbira. Siap singing singing and humming-humming dalam bilik air ala-ala karaoke jamban gitu. Well, manusia ini macam-maca cara nak bagi dia suddenly jadi booster untuk jadi progresif. Ada orang, jenis kena bagi sakit dulu baru lah wake up, tersedar dari lamunan tidur atau lamunan kehidupan a.k.a orang yang sentiasa hidup dalam zon selesa. Kalau tak dapat sakit, tak dapat nangis, tak dapat sedih, tak dapat susah, tak dapat perit. Hemmm.. macam itu-itulah dia. Langsung tak ada kemajuan. Naik muak tengok.

                                                          Kerja perlukan chill chill

Wokay la wokay la. Dengan segala hormatnya, saya nak mula kerja dengan pesanan untuk kalian semua, kerja bagus-bagus, jangan ponteng-ponteng, bangun mesti awal-awal, jangan curi-curi tulang, curi-curi tengok atau intai intai anak dara atau jando jando, jangan asik makan-makan sajo , kojo tah ai kemano. Satu lagi pesanan yang sangat penting, jangan tolong kawan punch kad. Dia lambat, lantak pi kat dia. Dosa tau tolong orang berbuat dosa. Dah double dosa namanya tu. Tak mau lah che peah. Tak suka.Yang paling penting, jangan lawan cakap bos. Sebab bos is always right, macam my darling little gummy bear cakap " Kalau bos mengaku salah, itu ada sesuatu yang tak kena pada bos tu, buang tabiat nak .....pos " I tak cakap nak mampos okay. Mungkin nak monopos .. Haaa no no no negative mental attitude here.



                                                   Bos is always right. Just Shut up!

                                                 Sori, terambil gambar sendiri. Takpekan takde motif.

Ok sayang.. ehh sayang pulak..  Pening la baca tulisan ni.. .. Adioss..




Thursday 7 January 2016

Akim & The Majistret - Potret (Piano Tutorial)



Hakikatnya kita bukan rindukan seseorang, tetapi amat rindukan
kenangan-kenangan yang berlalu bersamanya. Akan berputar-putar kembali
sesuatu yang indah yang mungkin memedihkan. Tapi inilah kehidupan,
jodoh, mati dan takdir.



Alfatihah sentiasa untuk dia. "Akeem"

MOJO - Romancinta (Piano Instrumental Cover)



Tah napa susah bangat nak tangkap key note ha?. Emmmm mungkin ada apa-apa disebalik lagu yang buat rasa hati ni lain sangat. Asal nak mula, meleleh je air mata ngan hidung pun turut serta. Tata, I miss that song really!

Wednesday 6 January 2016

Rilax and Enjoy Your Time

Teringat satu keadaan satu keadaan di airport. Sementara tunggu kapal terbang yang delay sebanyak dua kali, ada sorang bisneswoman perempuan dari negara asing datang borak-borak. Macam-macam dia cerita. Tentang latar belakang dan semua kejayaan dia. Terpesona terkesima pulak hati ni. Memang rancak sampai sejam berlalu pun tak sedar. Bila  flight delay lagi, mula la mulut ni merungut. Tiba-tiba perempuan tadi tu cakap kat aku " Rilax, enjoy your time" ..  Tiba-tiba aku terfikir rupanya aku ni memang jenis yang cepat gelabah dan orang yang tak reti nak bersabar. Kecerdasan emosi yang ada turun naik. Kejap zalim ,kejap baik. 

Aku suka baca surah Yusuf, sebab dalam surah Yusuf ni banyak sangat menceritakan tentang macam-macam emosi. sedih , gembira, takut, seram, gementar, menangis dan macam-macam perasaan dan persoalan berkaitan dengan emosi.

Semua orang nak jadi bijak. Hakikatnya kebijaksanaan seseorang bukan lah diukur dengan pendidikan semata-mata, tapi diukur bagaimana cara seseorang tu mengurus emosi. Orang, kalau bijak camana pun tapi kalau jenis hangin tak tentu fasal memang nampak bodoh sangat. keptusan yang di buat pun tak tepat.

Kecerdasan emosi ini adalah kemampuan seseorang untuk memahami orang lain, merasai apa yang orang lain rasa tak sesekali dia tidak akan membuat sesuatu perkara yang boleh menyebabkan orang lain terasa atau terluka. atau dalam erti kata lain, orang yang mempunyai kecergasan emosi ini adalah orang yang pandai menghargai orang lain. secara tidak langsung apa yang dilalui akan memotivasi diri sendiri, membina hubungan yang baik sesama manusia dan meraih kejayaan dengan sangat positif.

Orang yang cerdas emosi akan tetap bejaya mengawal apa jua keadaan dsekeliling tanpa dipengaruhi apa-apa unsur luar. maksud, panas , hujan, sejuk , sakit, . Kita akan rasa tenang dan senang walau apa jua keadaan sekalipun. 

Marahlah pada orang yang tepat, masa yang tepat dan pada perkara yang tepat. Jangan lah pulak marah pada sesuatu tak kena tempat. Nak marah pun, pilih time lah kan.. Lagi teruk kalau marah pada orang yangt tak patut kita marah.

Ok la, rasa nak marah ni. Choww...

 
Heyyy.. jangan kacau shayeee
                                                     Awak buat ape tu... curious nieee....
                                                            Majuklaa.. tak nak layan...


PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.