Monday 20 February 2017

Ego

Bila kita bercakap soal ego, sebenarnya ia merupakan lumrah manusia.. setiap orang ada egonya yang tersendiri.. tak kira lelaki mahupun perempuan, suami mahupun isteri. Namun, setiap perkara itu ada hadnya.. bila dah melebihi had yang sepatutnya, maka ia akan mendatangkan mudarat kepada pemiliknya.
Kebiasaannya ego ini dikaitkan dengan lelaki.. nampak bayangan ego ni macam sombong, gagah perkasa, hati kering dsb.. berbeza dengan wanita yang lebih dikenali dengan kelembutan.. sebab itu tak dapat dipisahkan perkaitan lelaki dengan kekerasan dan wanita dengan air mata. Namun, kalau lelaki terlalu ego, ia dah tak memberi manfaat kepada lelaki itu, melainkan akan menjadikannya bodoh sombong.. pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh ditegur.. begitu juga kelembutan wanita, kalau terlalu lembut, orang dah tak panggil lembut, tapi lembu..
Sebenarnya, ego memang diperlukan oleh seorang suami. Tanpa sifat ego, agak susah beliau nak kawal rumahtangga.. sama seperti nakhoda kapal.. dengan keegoannya, beliau mampu mengawal kapal walaupun dilanda ribut yang menggila serta anak2 kapal yang pelbagai gaya. Sedikit keegoan tidak memberi masalah sangat, namun jika terlalu ego, ia akan merosakkan diri dan orang lain.
Akibat terlalu ego, maka semua yg dilakukannya dikatakan baik, walaupun ada yang menegur, dia takkan menerima teguran tersebut.. lebih2 lagi teguran daripada orang yang di bawahnya (spt isteri, anak2, adik2, anak buah dsb). Even seorang alim pun belum tentu mampu untuk menerima teguran anak muridnya dengan berlapang dada, apatah lagi orang awam.
Jadi, untuk memberikan teguran atau mendidik orang yg lebih atas, memerlukan kesabaran dan hikmah yang tinggi. Umpama menarik rambut daripada dalam tepung.. Jangan disebabkan sikap terburu2 kita dalam nak menegur, ia memberikan masalah lain yang lebih besar lagi.. contohnya nak tegur suami malas mandi.. silap tegur pulak masa suami tengah penat ke, tengah tengok bola ke.. mau berlaku perang walaupun puncanya kecik je.
Jadi, cara teguran perlu diperhalusi.. waktu untuk menegur juga perlu diteliti.. dan siapa yang menegur itu pun perlu diberati.. supaya sang penegur tak makan hati.. akhirnya lara membawa ke mati.. cewahh..
Jika kita dah tahu memang kalau kita tegur akan mendatangkan masalah yg lebih besar, maka mintalah bantuan orang2 yg lebih dihormati oleh suami itu untuk menegur (spt mak ayah ke, mak ayah mertua ke dsb).. insyaAllah, teguran mereka itu mudah nak meresap masuk.. sbb suami itu akan membuka hati pada orang yang dihormatinya.
Dan yang paling penting, kena doakan suami tu bersungguh2.. bangun tahajjud tengah2 malam, doa menangis2 pada Allah semoga Allah lembutkan hati suami.. sebab Allah itu pemilik hati2 manusia.. bila2 masa saja boleh bertukar daripada buruk kepada baik dan sebaliknya. Jangan dicuba amalan2 yg lain seperti ilmu penunduk ke, nasik terkangkang ke dsb.. bukan saja jatuh kepada syirik, bahkan hidup takkan diberkati oleh Allah.. pelbagai masalah baru akan timbul disebabkan meminta kepada pertolongan makhluk jin dan syaitan.
Itu saja untuk hari ini setelah sekian lama tak tengok blog ni. tata dan Assalammualaikum...

Syukur si dia kurang ego.

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.