Wednesday 14 September 2016

Saya, Awak, Sungai dan Dot Dot Dot

Kehidupan ini umpama sebuah sungai yang deras, yang mana hujungnya adalah sebuah air terjun yang tinggi, kuat dan ganas. Di bawah air terjun penuh dengan batu-batu keras lagi tajam, yang pasti menghancurkan apa sahaja yang jatuh ke bawah.

Manusia umpama berada di sungai yang deras itu. Mereka sentiasa ditolak oleh arus sungai, munuju kearah air terjun. Cuba bayangkan anda dalam situasi tersebut, apa yang ada lakukan?

Ya, apa yang kita perlu lakukan adalah dengan berenang melawan arus, munuju ke lorong sungai yang selamat, yang boleh membawa kita ke lautan kejayaan. Mereka yang gagal tidak pernah merancang untuk gagal, tetapi mereka tidak pernah merancang dan juga tidak bertindak untuk lakukan apa-apa! Mereka membiar diri mereka dibawa arus. Mereka asyik  dan bersantai-santai dengan arus yang dingin dan membelai itu. Mereka buat-buat tidak tahu  bahawa di hujung sana ada air terjun kejam yang sedang menanti. Mereka hanya mengikut arus. Destinasi mereka ditentukan oleh arus, bukan mereka yang menentukan destinasi mereka.

Cubalah bertanya kepada pakcik peminta sedekah yang merempat di tepi jalan. Adakah dia berkata "Pakcik memang merancang untuk menjadi pengemis,"  atau mungkinkah seorang penagih dadah memberitahu, " abang memang bercita-cita  menjadi penagih dadah!" adakah mungkin? Gila!

Mereka tidak pernah terfikir untuk hidup susah, menderita, merempat dan gagal. Mereka cuma teruskan hidup. Dari hari ke hari minggu ke minggu , bulan ke bulan, tahun ke tahun, mereka hanya HIDUP., tetapi tidak mengawal hidup mereka sendiri. Apabila bersekolah mereka berkawan dengan pelajar yang hanya tahu berseronok. Apabila ditawarkan rokok, mereka mencuba. apabila ketagih, dapatkan duit. Bila sekolah tidak memberikan duit, mereka ponteng. Mereka berhenti sekolah. Mereka lepak sebab rehat dan seronok. Mereka bergaul bebas sebab nafsu teransang,. Mereka merempit sebab hebat. Mereka menganggur, sebab majikan itu membosankan . Mereka terus menganggur, sebab mereka masih suka melepak dan bergelak ketawa. Berpeluh berfikir perlukan usaha. Iti tidak seronokk!

Mereka tidak merancang, menanam azam , menetapkan sasaran menetapkan sasaran, menentukan strategi, mempelajari perkara baru dan berusaha keras. Mereka ENGGAN berenang melawan arus yang deras. Akhir sekali, apabila tiba dihujung sungai, mereka jatuh dan berhempas di atas batu-batu keras dan tajam. Ia menderitakan. Sakit dan memeritkan. Fikir-fikirkan lah........

Self Reminder :

"Sesungguhnya seseorang akan dapat apa yang dia usahakan'

Sural An-Najmi, Ayat 39.

-RAIHAN SOFEA-

Thursday 1 September 2016

ENGKAU adalah ENGKAU

Jangan harapkan kebaikan untuk keseluruhan kehidupan engkau, jika masih pendusta.

Jangan engkau harapkan kebaikan andai engkau masih abaikan solat

Jangan engkau harapkan kebaikan dalam kehidupan engkau jika engkau masih kaki maksiat

Jangan engkau harapkan kebaikan jika nafsu masih sesak didada

Jangan engkau harapkan kebaikan andai tiada bacaan quran kedengaran di dalam jiwa

Jangan engkau mengharapkan kebaikan jika engkau masih derhaka

Jangan engkau harapkan kebaikan jika masih memakan hasil yang haram

Jangan engkau impiankan kejayaan di dunia dan akhirat jika engkau masih diri engkau


PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.