Tuesday 30 August 2016

Cerita Hati Aku Pada Hari Ini.

Jikalau kau tahu. Hari lamunan ini tersentak. Sudah lama berada dalam situasi diawangan sehingga lupa apakah realiti yang akan berlaku kemudian-kemudian hari.

Hidup ini pilihan bukan. Bila aku tersentak, baru aku fikir semula apa yang aku lalui sejak dua menjak ini. Apakah? Benda yang paling aku takut sekali dalam diri adalah hati aku sendiri. Sering juga  doa jangan berbolak balik. Betul lah.. Hati ini milik Allah. Andai hanyut terleka., kita seringkali buat pilihan yang sememangnya mengelirukan.

Aku juga lemah. Dengan tindak tanduk dan kata-kata seringkali buat aku berfikir. Tapi sememangnya manusia langsung tak sempurna. Kalau aku mahukan kesempurnaan, itu bukan manusialah namanya. Aku sendiri pun tak sempurna mana.

Ya Allah, ampunkanlah aku. Ampunkan aku ya Allah. Banyak silapnya aku ini. Andainya ianya tidak, tolong jauhi ia dari aku. Aku rela. Aku redha.

Maka betullah, manusia dan benda  tidak memberikan ketenangan. Hanya mengingati ALLAH jiwa menjadi tenang.

Thursday 18 August 2016

YANG PERTAMA

Yakinlah mengapa harus takut
Yakinlah di setiap perubahan
Bukanlah kehidupan jika tak ada tentangan
Kita tak perlu ragu cUba langkah yang baru
Jadikan kita berbeza

Pertama bukan yang kedua
Pertama dengan lebih maju
Berlari dengan lebih cepat
Pastikan kau yang pertama
Jangan engkau ragu, jangan pernah takut
Cinta yang datang jangan disia-siakan
Bukanlah kehidupan jika tak ada tentangan
Tak kenal lelah, tak ada kamus menyerah
Jadikan kita berbeza
 
Jadikan kita berbeza


Pastikan kau yang pertama

Tuesday 16 August 2016

SENTUHAN LISTRIK MU

 A
   Bisakah aku bertanya padamu
 Bm                   E
   Dari mana datang sayang ini
 D
   Di redup matamu
                   A
   Atau bisikan mesra

   A                
   Adakah kerna sentuhan listrikmu
 Bm                    E
   Membuat ku terus berjanji
 D                          A
   Hati ini hanya untukmu saja
 
   C
   Sentuhanmu bukan datang dari
             E
   Dunia materi
     C                    G
   Terasa ini pernah mengusikku
              E
   Bagai de javu

   A
   Ku rindu sentuhanmu
   F#m
   Ku damba sentuhanmu
   Bm              G
   Tiada lain yang ku inginkan
        E
   Hanyalah... Hanya sentuhanmu

 

Monday 8 August 2016

Strategi Menenangkan Hati Yang Kusut Dengan Masalah

 Menyelesaikan Masalah

Bagaimana kita boleh menyelesaikan Masalah Hidup dengan mudah?
Figure.it.out!

Pernahkah anda menghadapi satu masalah hidup yang sangat rumit dan menyesakkan dada serta sukar untuk dibuat solusinya?
Mungkin masalah ini telah membuat anda tidak dapat tidur malam, hilang selera makan dan berasa sangat keliru untuk membuat keputusan? Benar?

Saya juga kerap mengalami situasi seperti ini.

Terlalu over-thinking dan menganalisa masalah tersebut dari setiap sudut. Hasilnya, saya akan bertambah serabut.
Semakin saya berfikir, semakin fikiran saya menjadi kusut ke dalam kekeliruan, dan lebih besar  masalah yang dirasakan.

Jangan terlalu memikirkan masalah tersebut

Bila kita terlalu memberikan tumpuan kepada masalah tersebut, anda  rasa apa yang kita dapat?
– Sebenarnya lebih banyak masalah yang kita akan dapat.
Sebenarnya apabila lebih banyak kita memberi tumpuan kepada masalah itu, pemikiran kita menjadi lebih sempit.Malah kita akan membungkuskan sekali diri kita dengan masalah tersebut.

Bersederhana

Saya mendapati perkara ini benar. Jalan terbaik untuk dilakukan semasa menghadapi sesuatu masalah adalah bersederhana.Kesederhanaan anak membuang segala kerumitan. Tidak terlalu memikirkan secara kompleks dan tidak juga mengabaikan terus masalah yang dihadapi. Cuma bersederhana. Bertepatan dengan hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Telah binasa orang berlebih-lebihan.” Alhamdulillah, saya telah menjumpai beberapa strategi yang ringkas untuk  menyelesaikan kebanyakkan masalah, Insyaallah.
Semoga strategi-strategi yang saya kongsikan ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah dalam kehidupan juga

5 Strategi Mudah Dan Berkesan Untuk Menyelesaikan Masalah

 

1. Fokuskan kepada Penyelesaian

Fokus pada penyelesaian – bukan masalah.
Saintis telah membuktikan bahawa otak  tidak dapat untuk mencari penyelesaian jika kita memberi tumpuan kepada masalah, kerana ia akan mengaktifkan emosi negatif, yang akan menghalang potensi otak untuk menyelesaikan masalah. Bukan bermakna kita harus mengabaikan masalah, tetapi hanya perlu tahu masalah itu dan kemudian memberi tumpuan kepada cara-cara untuk menyelesaikannya. Sentiasa tanya diri – Apa yang dapat menjadi penyelesaian?

2. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu yang negatif

Masalah yang dihadapi adalah sebenarnya satu peluang. Ya, satu peluang untuk meningkatkan keupayaan diri menghadapi rintangan serta sebagai satu indicator untuk dimana kita memfokuskan perhatian kita. Oleh itu hadapilah masalah ini secara tenang dan tanpa ragu kepada Allah. Di saat kita mencari solusi dalam menyelesaikan masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.

3. Sentiasa berfikiran terbuka

Sangat penting!
Sangat penting untuk sentiasa berfikiran terbuka kerana ia akan membuatkan kita sentiasa kreatif untuk mencari penyelesaian masalah. Jangan terasa “janggal” apabila mengeluarkan idea-idea penyelesaian yang nampak bodoh, kerana selalunya idea-idea bodoh inilah yang akan mencetuskan penyelesaian hebat kepada masalah yang dihadapi.

4. Permudahkan masalah!

Ringkaskan masalah tersebut dengan membuat kesimpulan.
Buang semua perincian masalah itu dan menjadikannya lebih besar, lebih luas.
Selalunya kita hidup dengan sentiasa merumitkan segala benda dalam kehidupan dan akhirnya inilah menjadi masalah kepada kita. Cuba meringkaskan setiap perkara dengan satu penyelesaian yang  mudah. Strategi ini selalunya menjadi!

5. Ubah Cara pemikiran

You cannot dig a hole in a different place by digging it deeper.”  
Tukar cara pendekatan kita melihat sesuatu masalah tersebut.
Lihatlah setiap perkara dalam sudut yang baru. Walaupun  merasakan ia janggal, pendekatan baru biasanya akan merangsang penyelesaian fresh dan baik

*****
Selamat menyelesaikan masalah!
Semoga cara diatas dapat membantu mempermudahkan anda menyelesaikan masalah yang mendatang dalam hidup.

Wednesday 3 August 2016

Tips Menjadi Orang Fokus Dalam Semua Perkara

bagaimana untuk fokus dan memberi lebih tumpuan

Bagaimana untuk fokus dan memberi tumpuan kepada perkara penting dalam kehidupan kita?

Pada seabad yang lalu, seorang penjinak singa bernama Clyde Beatty menemui satu pelajaran yang sangat penting, dimana ia memberi kesan terhadap hampir kesemua aspek kehidupan kita.

Apakah pelajaran tersebut?

Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang penjinak singa telah ajar anda tentang fokus dan perhatian dalam kehidupan.

Penjinak singa yang survived..

Clyde Beatty dilahirkan di Bainbridge, Ohio pada tahun 1903.

Apabila umurnya meningkat remaja, dia meninggalkan rumah untuk menyertai sarkas dan berjaya mendapatkan kerja sebagai pencuci sangkar.

Dalam masa setahun berikutnya, hidup Beatty bertambah baik. Bermula dari budak pencuci sangkar, Beatty bertukar menjadi penghibur yang terkenal.Beatty menjadi terkenal kerana aksi perlawanannya yang mampu menjinakkan haiwan yang buas.

Pada satu tahap, aksi Beatty melibatkan haiwan-haiwan buas berbeza, dimana singa, harimau, serigala dan dubuk dibawa masuk ke gelanggang pada sekali gus dan dia berjaya menjinak kesemua haiwan-haiwan itu.
Tetapi ini adalah perkara yang paling hebat daripada semua.Di era dimana kebanyakkan penjinak singa mati muda di dalam gelanggang, Beatty mampu hidup sehingga umurnya 60 tahun. 

Pada akhir hayatnya, dia mati kerana kanser, bukan kerana singa.

Bagaimana dia berjaya untuk survive?

Untuk pengentahuan anda, Clyde Beatty merupakan penjinak singa pertama yang membawa kerusi masuk ke dalam gelanggang. Ini apa yang berlaku…

Kenapa kerusi membuatkan singa bingung?

bagaimana untuk fokus dan memberi tumbuat lebih baik?

Gambar klasik diatas menunjukkan seorang penjinak singa sedang membuat persembahan sambil memegang cemeti dan kerusi.Didalam persembahan, cemeti yang selalunya akan mendapat perhatian daripada semua penonton.Tetapi dalam realiti, kerusi memainkan peranan penting sebenarnya.Apabila penjinak singa memegang kerusi di depan muka singa, singa akan cuba untuk fokus kepada keempat-empat kaki kerusi tersebut pada masa yang sama.Bila fokusnya telah terbahagi, singa akan keliru dan tidak pasti apa yang hendak dilakukan seterusnya. Bila berhadapan dengan banyak pilihan, singa cenderung untuk diam dan menunggu, dan bukannya menyerang orang yang memegang kerusi tersebut.

Elakkan nasib singa..

Berapa kali situasi anda sama seperti singa tersebut?

Berapa kerap anda ingin mencapai sesuatu (contohnya menulis buku, memulakan bisnes, turunkan berat badan.. etc..) tetapi hanya berakhir dengan menjadi keliru dengan pilihan-pilihan yang ada di depan anda?
Akhirnya anda diam dan tiada perkembangan.

Contoh paling mudah anda boleh lihat:

Anda ada kerja untuk dibuat secara atas talian (online).
Setelah anda membuka browser, dalam masa yang sama anda akan mendatang notification daripada emel, facebook dan lain-lain.

gangguan internet

Secara automatik anda membuka notification yang menarik satu persatu dalam new tab sehingga penuh browser anda. Anda juga perlu membuat carian google mengenai kerja anda.
Pada masa yang sama juga, anda membuka online bank in untuk membayar sewa itu dan ini.
Tab pada browser ditambah lagi sehingga
Kemudian anda mula keliru. Anda tidak tahu harus mula dari mana.


Apabila dibuat carian, terdapat lebih daripada 23 jenis pelan diet seperti Atkins, Caveman, Paleo dan sebagainya. Pakar masing-masing mendakwa bahawa diet mereka adalah paling terbaik dan paling berkesan. Akhirnya orang yang memerlukan panduan mula keliru dengan percanggahan maklumat seperti ini.

Akhirnya kita rasa kita tidak dapat memberi tumpuan dan fokus kepada benda yang salah.

Kita akan ambil kurang tindakan, tiada perkembangan dan kekal sama walaupun kita boleh maju ke depan sebenarnya. Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mengubah itu. Berikut adalah caranya…

Bagaimana untuk fokus dan menumpukan perhatian dengan lebih baik?

Bila dunia menghayunkan kerusi di depan muka anda, ingat perkara ini: Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih satu benda.
focus
Pada permulaannya, anda tidak perlu untuk berjaya. Anda hanya perlu untuk bermula. Mula sebelum anda rasa bersedia adalah tabiat orang yang berjaya.

Pada kebanyakkan masa, kebolehan untuk bermula dan melakukan tugas adalah satu-satunya benda yang anda perlukan untuk fokus dengan lebih baik.

Kebanyakkan orang tiada masalah untuk fokus. Mereka hanya ada masalah untuk membuat keputusan.
Anda pernah menghadapi situasi dimana anda ada kerja yang perlu betul-betul disiapkan tanpa tangguh-tangguh lagi?

Apa yang jadi? Anda berjaya juga menyelesaikannya.
Anda mungkin malas pada mulanya, tapi bila anda sudah mula melakukannya, anda akan terus menyelesaikannya. 

Dalam kata lain: membuat kemajuan dalam kehidupan kita bukanlah mengenai fokus dan tumpuan, tetapi ia mengenai belajar bagaimana untuk memilih dan menjalankan tugas tersebut.

Kita semua ada kelebihan untuk fokus, tetapi anda perlu pilih apa yang ingin dituju berbanding menjadi seperti singa – membahagikan perhatian kepada keempat-empat kaki kerusi.

Nak hilang 20kg? Bagus. Makan makanan yang sebenar dan perbanyakkan senaman. Anda tak perlukan banyak informasi. Anda tak perlu belajar untuk fokus benda yang betul. Anda hanya perlu lakukan perkara yang asas. Bina tabiat yang baik dahulu, kemudian pasti anda akan ada banyak masa untuk mencari detailnya kemudian.

Nak menghafaz al-Quran? Hebat. Berhenti berangan dan hiduplah seperti itu. Aturkan masa untuk sesi menghafal. Tidur awal dan makan makanan yang menguatkan akal. Berhenti merenung gangguan-gangguan lain dan lakukan apa yang nak dicapai.

We all have the ability to focus and concentrate, but only if we decide what is important to us and what we want to commit to accomplishing.The only wrong choice is no choice.

Langkah Praktikal untuk meningkatkan Fokus cara Islam

Solat adalah kaedah berkesan untuk membantu kita menentang gangguan dalam kehidupan seharian dan fokus kepada tugas terpenting pada hari tersebut.Solat mampu memberi kesan yang sangat berkuasa apabila dilakukan dengan penuh khusyuk dan tawadduk.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya”
[Surah Al-Mu’minun 23: 1–2)
Mari kita berfikir secara praktikal bagaimana kita boleh memanfaatkan kuasa Solat untuk membina tumpuan dalam kehidupan kita dan mengelakkan gangguan?
Berikut adalah langkah-langkah mudah:

1. Jangan terlepas solat subuh

Bangun di awal pagi untuk solat subuh adalah antara ibadah tercantik dan paling hebat dalam kehidupan seharian.
Bila anda memulakan hari anda dengan solat subuh, ia akan membenarkan minda berehat dan fokus kepada aspek paling penting dalam kehidupan: – iaitu menyembah Allah SWT.Jangan sesekali terlepas solat yang paling penting ini.
fokus solat subuh

Jika anda selalu terlepas waktu subuh tanpa sengaja, artikel ini menunjukkan tips bangun awal pagi ⇒ Tips Untuk Bangun Awal Pagi Setiap Hari

2. Fokus kembali dengan solat

Jika anda terasa sudah ditenggelami dengan pelbagai gangguan dan tak mampu lagi untuk untuk menjalankan tugasan anda, disini caranya untuk fokus kembali:
  1. Bangun
  2. Ambil wuduk
  3. Lakukan solat sunat 2 rakaat (anda boleh lakukan solat Dhuha jika sebelum tengah hari)
Solat dan berdoa dengan sepenuh perhatian meminta daripada pertolongan dan sokongan daripada Allah.
Kaedah ini bukan sahaja memberi pahala, tetapi juga sangat berkesan kepada kita untuk mengurangkan tekanan dan gangguan. Ia ibarat butang RESET di dalam kepala kita apabila kita sedang berada dalam tekanan.

3. Solat Isyak dan Witir sebelum tidur

Kebiasaannya, sebelum tidur saya akan mengambil masa 30 minit untuk ‘disconnect’ dengan dunia.
Tiada cara yang lebih baik sebenarnya sebelum tidur selain daripada solat witir. Selepas solat Isyak atau witir, luangkan masa sebanyak 5-10 minit untuk memikirkan apa yang harus difokuskan pada esok hari.
Selain itu, anda boleh bangun ditengah malam untuk solat Tahajjud, dan boleh bangun extra lebih awal (lebih produktif) untuk memulakan hari anda.


Ingat, sebagai seorang muslim, kunci untuk kejayaan dunia akhirat adalah mampu untuk fokus dalam solat dan kehidupan seharian.

Oleh itu jagalah solat, kerana ia sangat melatih kita untuk fokus.

Berhentilah merenung pada kerusi

Hidup bukanlah latihan raptai. Sama ada anda sedar atau tidak, anda memang sedang berada di dalam gelanggang. Selalunya kita hanya akan duduk diam, merenung kerusi di depan kita, dalam diam mempersoalkan mengenai kaki kerusi mana yang lebih penting. Kita tidak ubah seperti singa diatas.

Kita tidak perlu menjadi seperti itu.

Jika anda tempat yang ingin dituju, sesuatu yang diingin dicapai, seseorang yang anda ingin jadi.. maka buatlah keputusan.

Bila anda sudah jelas ke mana yang anda hendak pergi, seluruh isi dunia akan membantu anda pergi ke sana dan akan memberikan laluan.

Anda tidak perlu lakukan kesemuanya sekali, tetapi lakukan perkara yang anda perlu lakukan sekarang. Sesuatu yang memanggil-manggil anda, sesuatu yang telah ditakdirkan untuk anda buat.

Alihkan kerusi keluar dan pilih jalan anda.

Monday 1 August 2016

Sentiasa Berasa Mahu Bahagia. Jangan Pernah Tidak Mahu.


tidak mahu
Tidak mahu | I’m only happy when it rains.

Apa jua yang kita lakukan kita perlu sentiasa berasa “mahu”.
Perkataan mahu ini adalah titik tolak kepada kesempurnaan, keikhlasan dan kecemerlangan apa jua yang kita usahakan itu. Lawan kepada mahu ialah "Tidak Mahu"
 
Bayangkan sahaja apabila kita tak inginkan sesuatu, bermakna kita tidak mahu.

Peratusan hati kita terhadap sesuatu usaha itu tidak jitu, tidak seratus peratus. Hasilnya tentulah kurang baik.

Di tengah-tengah antara mahu dan tidak mahu ini ialah, “mahu tidak mahu”. Yang ini lebih sulit sebab kedudukannya samar antara mahu dengan tak mahu.

Katalah pada suatu hari itu, kita bangkit dari tidur dengan berasa tidak selesa.

Tapi kita bangkit juga sedangkan kalau boleh kita “tak mahu”. Tidur lebih baik dan kita pun mengerling ke arah katil yang terpaksa ditinggalkan.Alangkah seronoknya kalau dapat tidur kembali.

Rasa tak mahu ini akan mempengaruhi seluruh kehidupan kita seterusnya.

Kita mengambil wudhuk dengan malas, sembahyang ala kadar dan membuat kerja sambil lewa. Senyuman dari keluarga atau sahabat kita terasa hambar dan malas hendak disambut.

Tiada orang yang berjaya dalam keadaan dirinya tidak pernah bersedia untuk berjaya. Jika berjaya, itu success by accident. Tiada yang peliknya dan tiada apa yang hendak dibanggakan.

Kembali kepada situasi perasaan tidak bahagia yang sering dialami oleh kita semua, ini sebenarnya berpunca dari kegagalan meletakkan perkataan “mahu” pada awalnya.

Rasa mahu bahagia perlu dijadikan hasrat, sasaran, target dan cita-cita, ditanamkan dalam hati dengan sebenar-benarnya.

Barulah seluruh tubuh dan fikiran tertumpu untuk merealisasikan sebarang impian.

Bagi orang yang mahu tiada jalan yang susah baginya. Apalagi dalam soal menentukan kebahagiaan hati. Ia hanyalah persoalan hati tanpa perlu banyak mengeluarkan modal ataupun pengorbanan.
Kalau hati sudah diberikan target untuk bahagia, ia tentu bahagia.
Tapi kalau hati sudah diracuni dengan rasa tidak mahu bahagia, sudah tentu benci, menyampah dan berasa kesal yang berlarutan, sudah tentulah bahagia tidak akan datang menjengah.

Bodoh sungguh menjadikan hidup penuh duri sedangkan belum tentu usia panjang lagi dan bahagia dapat dinikmati sesudah mati. Takut-takut di dunia tidak bahagia, di Akhirat pun demikian juga. Ironik

Jadi, sentiasalah berasa “mahu” untuk setiap perkara baik yang ingin kita lakukan.

Rasa “mahu tak mahu” akan hanya membuatkan hati kita berbolak balik dan meluaskan jurang keliru dan tidak tahu dalam minda kita.

Rasa “tak mahu” pula kekalkanlah pada perkara-perkara yang merugikan dan haram sahaja.

“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’d: 28)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat.” (al-Baqarah:45)

11 Cara Menjadi Insan Yang Menyenangkan yang Diajarkan Rasulullah


Menyenangkan
Menyenangkan Hati Sahabat

#1 Wajah Yang  Selalu Ceria.

Rasulullah sentiasa berwajah ceria, baginda pernah besabda, “Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta”. ( Abu Dawud).

#2 Senyuman Ikhlas.

Rasulullah sentiasa tersenyum manis dan ini sangat menyenangkan sesiapa yang melihatnya.
Senyuman adalah sedekah, senyuman yang ikhlas memiliki daya sentuhan yang dalam ke lubuk hati sesiapapun, senyum adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia yang mencintai kebaikan.

.

#3  Kata-kata Yang Sopan dan Lembut.

Pilihlah kata-kata yang paling sopan dan sampaikan dengan cara yang lembut, kerana sikap seperti itulah yang dilakukan Rasulullah, ketika berbincang dengan para sahabatnya, sehingga wujud suasana yang menyenangkan.
.

#4 Senang Menyapa dan Mengucapkan Salam.

Selalu menjadi orang yang memulakan dalam menyapa dan mengucapkan salam. 
Jabatlah tangan kawan kita penuh dengan kehangatan dan lepaskanlah tangan sesudah dilepaskan oleh orang lain, kerana demikianlah yang dicontohkan Rasulullah.
Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh perhatian.
.

#5 Bersikap  Sopan dan Menghormati Orang Lain

Rasulullah jika berbincang dengan para sahabatnya selalu menghormati dengan cara memberi perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya melawak, dan ikut merasa takjub ketika sahabatnya bercerita perkara yang mempesona, sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh Rasulullah.
.

#6 Memberi Pujian Terhadap Orang Lain

Pujilah dengan ikhlas dan jujur terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil kita mengaitkan dengan kebesaran Allah sehingga yang dipuji teringat akan asal nikmat yang diraihnya, menyatakan terima kasih dan do’a.
Hal ini akan membuatkannya merasa bahagia.
Dan ingat jangan pernah kedekut  untuk berterima kasih.
.

#7 Penampilan Yang Menyenangkan.

Pakailah pakaian yang kemas, sesuai dan wangi. Menggunakan pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan,
Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, dan ini mestilah dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.
..

#8 Memaafkan kesalahan.

Jadilah pemaaf yang lapang dan ikhlas terhadap kekurangan dan kesalahan orang lain kepada kita, kerana ia akan membuatkan kita bahagia dan senang, walau sesiapapun yang pernah melakukan kekhilafan terhadap kita..

#9 Memberi Hadiah.

Saling memberi dan berkirim hadiah akan menumbuhkan kasih sayang.
Jangan pernah takut miskin dengan memberikan sesuatu, kerana Allah yang Maha Kaya telah menjanjikan ganjaran dan jaminan tidak akan miskin bagi ahli sedekah yang ikhlas.
.

#10 Menolong dengan Sedaya- Upaya.

Bersegeralah menolong dengan segala kemampuan, harta, tenaga, waktu atau setidak-tidaknya perhatian yang ikhlas, walau hanya mendengar keluh kesahnya.
Apabila tidak mampu, maka do’akanlah dia, dan percayalah bahawa kebaikan sekecil apa-apa pun akan diperhatikan dan dibalas dengan sempurna oleh Allah.
.

#11 Sumbangankan Ilmu dan Pengalaman.

Jangan kedekut untuk mengajarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, kita harus berkongsi  ilmu dan pengalaman yang ada pada diri kita dapat menjadi jalan bagi kejayaan orang lain.
InsyaAllah jika hidup kita penuh manfaat dengan ikhlas maka kebahagiaan  akan terasa nikmat, kerana tidak mengharapkan sesuatu dari orang melainkan  semata-mata kerana Allah SWT.

Keuntungan kita bukanlah diukur dari apa yang kita dapatkan tetapi dari nilai manfaat yang ada dari kehadiran kita.
Bukankah sebaik-baik diantara manusia adalah orang yang paling banyak manfaatnya bagi hamba-hamba Allah lainnya?

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.