#1 Wajah Yang Selalu Ceria.
Rasulullah
sentiasa berwajah ceria, baginda pernah besabda, “Janganlah terlalu
membebani jiwamu dengan segala kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan
hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksa memikul
beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta”. ( Abu Dawud).
#2 Senyuman Ikhlas.
Rasulullah sentiasa tersenyum manis dan ini sangat menyenangkan sesiapa yang melihatnya.
Senyuman
adalah sedekah, senyuman yang ikhlas memiliki daya sentuhan yang dalam
ke lubuk hati sesiapapun, senyum adalah nikmat Allah yang besar bagi
manusia yang mencintai kebaikan.
.
#3 Kata-kata Yang Sopan dan Lembut.
Pilihlah
kata-kata yang paling sopan dan sampaikan dengan cara yang lembut,
kerana sikap seperti itulah yang dilakukan Rasulullah, ketika berbincang
dengan para sahabatnya, sehingga wujud suasana yang menyenangkan.
.
#4 Senang Menyapa dan Mengucapkan Salam.
Selalu menjadi orang yang memulakan dalam menyapa dan mengucapkan salam.
Jabatlah
tangan kawan kita penuh dengan kehangatan dan lepaskanlah tangan sesudah
dilepaskan oleh orang lain, kerana demikianlah yang dicontohkan
Rasulullah.
Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh perhatian.
.
#5 Bersikap Sopan dan Menghormati Orang Lain
Rasulullah
jika berbincang dengan para sahabatnya selalu menghormati dengan cara
memberi perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya melawak, dan ikut
merasa takjub ketika sahabatnya bercerita perkara yang mempesona,
sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh Rasulullah.
.
#6 Memberi Pujian Terhadap Orang Lain
Pujilah
dengan ikhlas dan jujur terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil kita
mengaitkan dengan kebesaran Allah sehingga yang dipuji teringat akan
asal nikmat yang diraihnya, menyatakan terima kasih dan do’a.
Hal ini akan membuatkannya merasa bahagia.
Dan ingat jangan pernah kedekut untuk berterima kasih.
.
#7 Penampilan Yang Menyenangkan.
Pakailah pakaian yang kemas, sesuai dan wangi. Menggunakan pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan,
Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, dan ini mestilah dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.
..
#8 Memaafkan kesalahan.
Jadilah
pemaaf yang lapang dan ikhlas terhadap kekurangan dan kesalahan orang
lain kepada kita, kerana ia akan membuatkan kita bahagia dan senang,
walau sesiapapun yang pernah melakukan kekhilafan terhadap kita..
#9 Memberi Hadiah.
Saling memberi dan berkirim hadiah akan menumbuhkan kasih sayang.
Jangan
pernah takut miskin dengan memberikan sesuatu, kerana Allah yang Maha
Kaya telah menjanjikan ganjaran dan jaminan tidak akan miskin bagi ahli
sedekah yang ikhlas.
.
#10 Menolong dengan Sedaya- Upaya.
Bersegeralah
menolong dengan segala kemampuan, harta, tenaga, waktu atau
setidak-tidaknya perhatian yang ikhlas, walau hanya mendengar keluh
kesahnya.
Apabila
tidak mampu, maka do’akanlah dia, dan percayalah bahawa kebaikan sekecil
apa-apa pun akan diperhatikan dan dibalas dengan sempurna oleh Allah.
.
#11 Sumbangankan Ilmu dan Pengalaman.
Jangan
kedekut untuk mengajarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, kita harus
berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada pada diri kita dapat menjadi
jalan bagi kejayaan orang lain.
InsyaAllah
jika hidup kita penuh manfaat dengan ikhlas maka kebahagiaan akan
terasa nikmat, kerana tidak mengharapkan sesuatu dari orang melainkan
semata-mata kerana Allah SWT.
Keuntungan kita bukanlah diukur dari apa yang kita dapatkan tetapi dari nilai manfaat yang ada dari kehadiran kita.Bukankah sebaik-baik diantara manusia adalah orang yang paling banyak manfaatnya bagi hamba-hamba Allah lainnya?
No comments:
Post a Comment