Monday 14 November 2016

Overthinking Syndrom

Wei overthinking tu sindrom ke..

Tolong fikir jap.. Sindrom ke psikologi konflik..?

Tak kisah la apa pun, yang penting jangan overthinking.

Kalau overthinking sesuatu perkara, sila buat macam saya buat sekarang, iaitu meluahkan segalanya melalui penulisan.

Taip la apa yang nak di taip. Tulis sebanyak-banyaknya agar  ianya terluah. Dari  terus pendam dan cakap benda yang negatif. 

Serius beb, overthinking something like letak batu atas kepala. Beban siak nak usung batu atas kepala ke sana ke mari. Sedangkan kita ada option untuk buang je batu yang tak de manfaat tu.

Hallloo nobody can put the batu atas kepala kita maa,,

Today i pilih busy.. u know y? Sebab dengan busy juga boleh membuatkan jiwa dan minda kita aktif dan boleh berfikir secara rasional. ada orang kata." Ieee blah laa.. aku malas nak fikir" .. jangan ingat dengan cara tak berfikir tu , kepala minda kita boleh fresh.. No la.. Kepala minda kita ni ibarat macam parang..lagi di asah lagi tajam.. kalau tak guna.. jadi tumpul.. silap haribulan boleh jadi karat..

Stop-stop la jadi overthinking. Buat lah benda berfaedah. Cipta la hobi bari supaya hidup ni happy n happy n happy.. 1 lagi.. stop-stop la jadi stalker,.. Sakit kepala beb. Orang atau benda yang uolls stalk tu.. Tak ada efek apa pun... tapi yang efek kat diri kita sendiri la.. So sampah ..

Lastly, jangan lupa tarik nafas dalam-dalam dan kemudian lepas kan.. Buat laa istigfar banyak-banyak.. tenang.

Yang semak tu, buang.. move on move on. Bina karakter diri tu.. Ingat!!!!!!!


Friday 4 November 2016

Andainya Aku Pergi Dulu

Andainya aku pergi dulu sebelum mu .. Janganlah kau bersedih hati.. Andainya aku tiada lagi di sisi mu...
Kenang-kenangkanlah masa bahagia..

Tu andai... Andai tu jika.. Kita tak pasti.. Sama ada kita pergi dulu .. atau dia pergi dulu.. Dia tu sesiapa sahaja dalam kehidupan kita.... Mungkin orang yang paling hampir dengan kita atau sesiapa sahaja di sekeliling kita. Mati tu pasti. Tiada siapa boleh ubah. Kalau kita tahu, kita balik kerja.. Kita meninggal dalam sebuah kemalangan, mudahlah. Sekurangnya kita buat persediaan. Persediaan dari segi mental dan kewangan untuk ahli keluarga kita. sekurangnya kita dapat langsaikan hutang-hutang kita dan tak jadi bahan maki hamun orang lepas kita mati. Itu lah sebaik-baikya..Tapi masalahnya kita tak pernah tahu..

Kalau kita fikir kita akan pergi dulu sebelum orang, kita akanjadi manusia yang sentiasa nak di hargai. Tapi kita yakin ke kita pergi dulu sebelum dia? Yakin ke orang yang sakit akan mati dulu sebelum orang sihat? Kebanyakkan yang mati sekarang adalah mati mengejut. Kemalangan, kecelakaan dan sebagainya. yang sakit, akan terus sakit. Membilang masa dan detik-detik  yang tinggal. Itu Allah beri kelebihan orang yang sakit. Allah bagi peluang pada dia untuk menghitung nikmat yang Allah bagi. Semoga kita dalam pengakhiran yang baik. Aminnn..

Seharusnya kita jadi manusia yang menghargai. Andai kita fikirkan dia yang akan pergi dulu sebelum kita., pasti kita lebih menghargai. Kita lebih menyayangi orang lain. Orang bijak kata, bergaulah dengan orang yang dekat dengan kita seperti itulah kali terakhir kita melihatnya. Jika kita hargai orang, kita pasti di hargai dan dihormati. Kerana apa yang kita buat, itulah yang kita akan dapat.

Wahai hati, hargailah  orang disekelilingmu. Allah Maha Tahu.

Tuesday 1 November 2016

Nyang Rapik

Assalammualaikum.. selamat petang si cantik dan si hensem sekalian..

Wahai kalian semua.. yakinlah Allah ciptakan kamu memang sempurna. Syukurlah dengan apa yang Allah bagi. jangan lagi dipersoalkan.. Kenapa kita hitam.. kenapa kita rendah.. kenapa kita gemuk.. kenapa kita begitu dan begini...

Plz my friend, jangan lihat dimana kekurangan kita.. Apatah lagi kekurangan orang lain.. Janganlah mata kita jadi macam mata lalat yang sentiasa lihat sesuatu yang busuk.. jadilah mata lebah kerana sentiasa melihat sesuatu yang wangi lagi cantik..

"Hey you... ieee kenapa dengan muka you tuuu haaa... ada jerawat... hitam-hitam pulak tu.. muka u dulu putih aje..sekarang kenapa muka you.... i dulu pun macam tu juga you... Malu youuu.. i pergi jumpa SUB , i tutup muka i dengan tisu youuu.... i maluuu.. i rasa tak nak keluar rumah... i naik kereta i tengok cermin pandang belakang, ... i sendiri terkejut tau youu.. macam nyang rapik.. macam muka you sekarang lah..."

MashaALLAH.... Halloo Doktor cantik.. i pun heran kenapa you nampak muka i macam nyiang rapik.. i tak rasa pun muka i macam nyiang rapik.. I rasa muka i macam biasa-biasa saja. Memanglah muka i tiba-tiba berubah daripada comel menjadi luar biasa. Tapi tak adalah i nak seram tengok muka i macam u seram dengan i kan.. Dan satu lagi.. You cakap muka you dulu macam nyiang rapik.. tapi itengok dari dulu sampai sekarang tak ada beza pun.. Sebab i nampak you macam Intan Ladyana. Sikit kekurangan you pun i tak nampak.. sebab kelebihan yang ada pada you menutupi kekuranganm you di mata i.. Itu i apa yang i nampak lah...

"Adik... kenapa teruk ni muka adik.... " sambil herot-herot muka dan mulut dia serta pipi kakak indon cleaner yang chubby tu... Nah hai.. Kakak indon ni pun cakap muka aku teruk... MashaALLAH... " Tengok kakak ni, cantik kan kulit kakak... kakak pakai produk TAT* ," puas aku belek kat mana bezanya.. dulu chubby, sekarang chubby.. cuma sekarang kulit merah menyala adalah.. Ok tak apa.. sabarrr...

Orang perempuan ni memang kadang-kadang teruk.. Jerawat sebijik pun dah macam nak kiamat... nak jumpa orang pun dah malu... Muka burn sikit pun dah cakap macam hantu bagai...

Hari pula Doktor M yang quite cantik jelita datang bilik aku.. "You, ambik ni.... I bagi you harga i.. you pakai ni je"... clenser.. RM100.. dia selalu jual rm120 ++, ok aku akan cuba.. Tak nak la aku review testimoni bagai kat sini. Sebab aku dah tak minat cerita pasal kecantikan lagi. Dah not my passion anyway..

Balik rumah story kat mak... "Mak.. napa depa kutuk adik yer... cakap muka cam nyiang rapik la bagai"...mak jawab " aku tengok hang okay je adik" ... 

"You.... teruk ke muka i you... kawan-kawan opis semua cakap muka i.. blaa blaa bla..., tapi i lak tak rasa lak muka i ni teruk pun, confident je buat sale pun banyak bulan nie"..."Manje... biar orang nak cakap apa.. abang sayanggg manje".. Untungla bakal suami boleh terima diri seadanya.. Bukan nak sombong tapi bersyukur.... Dia baik, dia nampak semuanya baik...You all pun girls, mana dapat bakal suami yang tahu hargai you all jangan macam-macam pulak.

Sebenarnya beauty is on the eye of the  beholder... Kalau hati kau baik.. kau akan nampak semua benda cantik dan baik.. kalau hati kau tak baik.. kau akan nampak buruk dan kau akan cari semua kesalahan orang... Yakinlah.. Allah cipta kita sebaik-baik hamba.. yakin la diri kita ni

MashaaALLAH.. termuhasabah betul dengan kata-kata sendiri...


PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.