Thursday 28 July 2016

DIKAU KEKUATANKU


"Tidak ada dalam sejarah dunia, individu berpengaruh hidup seorang diri, melainkan ada pendorong di sisi yang selalu membisikkan sesuatu pada telinganya"


Salam Jumuah kalian.. Didoakan kalian semua sihat hendakNYA.

Korang pernah jatuh? Korang pernah Bangun? Kenapa korang bangun? Sebab korang jatuh korang bangun kan? Kita sama..

Kita pernah jatuh, kita pernah hancur, kita pernah berada di puncak kejayaan dan kita pernah meninggikan tempat yang jatuh dimana kita sendiri yang menempah risiko kejatuhan kita. Paham tak maksud tu? Maknanya, kegagalan kita untuk merancang masa depan dengan baik, membuatkan ketinggian kita dipuncak menjadi ukuran berapa banyak risiko yang kita hadapi. Paham ke belum paham lagi? Tak faham takpe, slow-slow.. nanti uolls akan faham.

Kalaulah kita tak belajar dari kesilapan, apa lagi yang boleh kita buat selain dari itu untuk mencipta sebuah kejayaan.

Baru-baru ini aku attend dalam satu forum, pengalaman yang di share rakan seperjuangan saya Dr Faiz dan Tuan Haji Shahrom yang betul-betul membuka minda sedikit demi sedikit akan laluan untuk menuju ke satu destinasi yang saya inginkan. Kadang-kadang rasa nak menangis hati ini, sebab nak tahu yang mana satu aliran yang patut ditujui untuk mencipta masa depan dengan penuh kejayaan memandangkan rasa minat dan keghairahan dalam satu-satu benda tu, meluap-luap sampai dah tak tahu yang mana paling sebati dengan diri.

Dalam suatu hari yang tenang, orang yang jadi menjadi tulang belakang selama ni mula bersuara. Mungkin dia melihat aku gagal fokus dalam satu-satu perkara yang membuatkan ada sesetengah benda terbarai ditengah jalan. Ehh bukan la terbarai, tapi on progress...

Dalam hidup kita, kita memang memerlukan pendorong. Kalau dapat pasangan yang mendorong kita untuk mencipta kejayaan, memang untung dan bahagia sangat. Pendorong merupakan penasihat dan tak jemu-jemu menghiburkan hati kita.. Dia juga memberi harapan dan sentiasa menceritakan kebaikan kita.. Dia tidak pernah serik-serik meringankan beban dan menjadi orang nombor satu mempercayai kita, Dia juga menjadi sumber rujukan dan sumber pandangan yang bernas.

Jika uolls tak dapat orang yang bisa mendorong, anggap ajelah itu satu cabaran untuk uolls lebih melangkah  ke hadapan.

Alhamdulillah, aku ada pendorong. InshaALLAH kejayaan itu pasti milik kita nanti.

Wednesday 27 July 2016

KARENAH MANUSIA

Dulu  tak pandai melihat karenah orang. Langsung kurang tahu menilai. Yang penting difikir fikir masa tu hanyalah diri sendiri. Jangan main-main, jangan cuba pijak kepala kita ini, kalau tak mahu kepala anda dipijak lagi penyekkan. Gangster kan? HuhuHu..

Sekarang ini, almaklumlah, umur pun dah meningkat. Dah layak jadi mak dan ayah  orang pun. So kalau masih lagi tak tahu nak menilai dan berfikir dan bertindak rasional tentang sesuatu perkara tu, memang something wrong somewhere lah kita ni.

Sejak dua menjak ini kepala asyik sakit aje, rasanya sebab melayan karenah orang. Tapi fikir-fikir balik, sebab karenah orang ke atau diri kita sendiri yang langsung dah tak kebal. Mudah sangat lemah, mudah sangat nampak kesalahan orang, mudah sangat pentingkan diri, mudah sangat berbicara tanpa sedar kesan kata-kata kita terhadap orang lain. MashaaALLAH.. Apa sudah jadi... Barangkali hati ni dah sekeras batu..Ya Allah.. Lembutkan lah hati aku ini. tak sanggup rasanya hati ini nak mengadapMU dengan hati kotor lagi keras. 

Maka sungguh lah weh. Bila hati sudah keras, kita marah, kita buruk sangka, kita rasa stress, kita pandai perli orang, .. Sebenarnya bukan orang yang bermasalah, tapi hati sendiri yang bermasalah. Cuba scan balik. 

Bila kita rasa tak tenang, bila kita rasa tak kusyuk, bila kita rasa berat gila nak solat di awal waktu.. dan paling teruk ada orang yang sewenang-wenang tinggal-tinggal benda yang wajib tanpa sikit pun rasa kesal. Cuba scan hati balik wehh.... Kerana segalanya-galanya yang terpacul dari kata-kata dan tindakan kita bermula dari hati.. Astagfirullahalazmim...

" Kerana satu perkataan seseorang boleh dianggap bijak, dan kerana satu perkataan dia boleh dianggap bodoh. Jadi berhati-hati dengan apa yang kita katakan"   Confucius

Tuesday 26 July 2016

Ramli Sarip - Bukan Kerana Nama Chord



      Am                       G      
   Jangan kau pandang bibir yang manis
          Dm                 Am
   Kerana dia bisa menghancurkan
   Am                       G
   Jangan kau pandang wajah yang indah
          Dm              Am
   Kerana dia bisa meracunmu
 


   C             G
   Dengarlah hai teman
   C            G
   Dengarkan bersama
    Dm                       Am
   Aku menulis bukan kerna nama



   C           G
   Kerna sifat kasih
     C         G
   Pada sesama insan
       Dm                     Am
   Dan menyatakan kasih sayangmu



     E                  Am
   Kita sama semuanya sama
       E                       Am
   Apa yang ada hanyalah kehidupan



   Am                   G
   Jangan kau dengar puisi dusta
          Dm                      Am
   Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
   Am              G
   Dengarkanlah puisi di pusaka
          Dm                      Am
   Yang telah turun temurun hari ini



   Am                  G
   Jangan kau alas hatimu itu
          Dm                  Am
   Dengan secebis warna kehitaman
   Am                G
   Dialah seperti anai-anai
          Dm                 Am
   Lambat laun hancurlah dirimu

 

GST Jinggo - Nice voice. Remind Me This Song To Something

~Sofea Anne~

Antibodi Orang Tenang

Assalammualaikum.. wbt.

Tuan-tuan dan puan-puan...

Siapa yang tak tension? Ada ke? Cuba ngaku... U tak tension? U tak cakap u tak tension maknanya u orang yang tension la tu...

Tension memang perlu ada. Tension tu satu cabaran. cabaran memang perlu untuk kehidupan. Sedangkan Nabi pun ada pelbagai cabaran yang sangat berat. Ini kan kita, setakat cabaran dan ujian dengan isu-isu dunia. Kadang-kadang kita tension dengan anggapan orang pada kita. Setakat dua tiga orang kutuk kita pun, kita rasa macam nak runtuh dunia.

Jangan kita ingat, kita tak kaya kita tension. Orang kaya cucu Menteri Kewangan pun tahu tension. tak usah duit banyak tara mana pun, tension tetap tention. Lagi tinggi pangkat, lagi tinggi keddudukan lagi banyak cabaran dalam kehidupan, sebab ujian Allah pasti ada pada setiap orang yang berbeza-beza. jangan lihat orang, lihat kita.

Manusia ni, kalau tension, dia akan tidur. Kalau tengah tension tu masih boleh tidur, maknanya okay lah tu kan. Kalau tension yang tak boleh tidur pun okay juga. Maknanya peluang kita untuk dekatkan diri denga Allah lebih dekat. Lebih rapat. Cubalah fikir positif..

Tak susah nak hilangkan tension dan serabut. Dekatkan je dengan Allah. Sesungguhnya Rahmat Allah dekat dengan orang yang buat Ehsan. Apa itu Ehsan? Bangun je la solat malam, dekat dengan Allah. Istigfar banyak-banyal. Terutama time-time dah penghujung dan pertengahan malam. Katakan pada Allah .. Ya Allah.. engkau itu pemaaf, sukakan kemaafan. Maafkan aku ya Allah. Kemaafan Allah lebih dari segalanya-galanya. Jangan di risau dengan segala kegusaran dalam dunia ini terutama tangapan orang terhadap kita. Kita tak hidup dek puji dan tak mati dek keji. Sebab pengakhiran kita hanya satu je, iaitu MATI.

Sunday 17 July 2016

Produk - PruBSN SmartLink (Education Plan) Untuk Anak Anda

Seperti anda sedia maklum plan ini layak untuk anda berusia dari 14 hari hingga 17 tahun. Sila baca keterangan, sekiranya ada sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut, hubungi saya untuk free consultation, free quotation di : 017-888-1610. Nama Saya , dari Agensi : Muqmeen Group.


Umum semua mengetahui, kenapa kita perlu sediakan simpanan untuk pendidikan anak2 pada masa hadapan. Pada awal tahun setiap musim persekolahan dibuka, setiap ibu-bapa pergi menghantar anak mereka untuk sessi orientasi (bagi yang darjah 1), pernah kat kita terfikir atau terbayang, ada ke ibu-bapa yang suruh anak dia belajar main2 atau malas2?....Mesti suruh belajar rajin2....itu dari satu sudut.


Akan tapi dari sudut yang lain, adakah kita pernah terfikir, atau pernah rancang, sekiranya anak kita yang kita hantar ke sekolah mendapat tempat di Universiti dan memerlukan sumber kewangan untuk beliau belajar atau membayar yuran pengajian...berapa yang kita sediakan untuk mereka?...atau kita hanya harapkan PTPTN untuk bantu. Lepas tu, bila anak grad, belum kerja lagi dah berhutang...dan kalau tak bayar, kena black list dan sebagainya....


Jadi, sudah menjadi tanggungjawap ibu bapa untuk menyediakan tabung pendidikan untuk anak2. Oleh yang demikian, plan PruBSN SmartLink ini memberikan salah satu option atau pilihan kepada ibu bapa untuk menyimpan ditabung pendidikan anak2.


Selain manfaat2 seperti orang dewasa (manfaat kematian, lumpuh kekal, sakit kritikal, kemalangan, medical card) terdapat beberapa ciri2 yang istimewa yang sepatutnya anda tahu mengenai plan ini yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan lain selain insurance atau takaful.


Antaranya adalah;


1- Manfaat pembayar / pasangan pembayar.


Manfaat ini akan membayar simpanan akan datang sekiranya pembayar kepada pelan pendidikan anak tersebut meninggal dunia, lumpuh kekal keseluruhan atau mengidap salah satu dari sakit kritikal. Ia bukan setakat menyimpan, malah semua manfaat yang ada didalam policy kekal seperti biasa. Bahasa yang paling mudah adalah, caruman dah le free, manfaat lain still boleh claim macam biasa.


Sekarang ni pulak, boleh combined ayah dan ibu sebagai pembayar. So, kalau salah sorang kena musibah yang saya sebutkan di atas tadi, caruman akan datang automatik akan jadi percuma.


Jadi, secara ringkasnya, kalau pembayar ada, duit untuk anak pun ada, kalau pembayar tak de, duit untuk anak Insyallah ada. Dan manfaat ini anda tidak akan dapat sekiranya anda simpan duit untuk pelajaran anak anda di bank.


2- Anugerah kecemerlangan


Sekiranya anak anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan utama, anak anda layak untuk mendapat anugerah ini mengikut skala manfaat yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual di bawah.









Senarai manfaat dan penerangan


1- Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.


Umur pada tarikh akan datang :
1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%


Sebab kematian terdiri kematian biasa


2- 36 Jenis Penyakit Kritikal
- Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
- Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.


3- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)
- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
- Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
- Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
- Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.


4- Takaful Health2
- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.


5- Elaun Hospital
- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
- Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
- Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

6- Elaun ICU
- Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.


7- Elaun Bedah
- Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.


8- Elaun Lumpuh
- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)


9- Khairat Kematian
- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut


10- Premium Percuma (Parent Contributor)
Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya :-


Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal
Pembayar meninggal dunia
Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)
Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.


Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.


11- Pulangan Pelaburan
- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
- Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
- Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

12- Takaful Saver
- Manfaat tambahan untuk memaksimumkan simpanan pendidikan untuk anak anda. Sila rujuk Takaful Saver


Sediakan payung sebelum hujan untuk manfaat anak-anak anda mulai sekarang. Hubungi saya segera : 017 - 888- 1610





Jangan mudah menolak takaful, kerana 1 hari nanti anda pasti menggunakan juga lebih dari nilai yang anda carum.

Renungkanlah.

Thursday 14 July 2016

HATI MAK AYAH dan HATI ANAK

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata

Yang terhiris terluka

Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda
Di manakah

Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal Disana Biarlah..kita bersama
UsahlahHanyut terus terlenaKerana dunia
Pada aku masih ada

Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati


Assalammualaikum... 

Layan sekejap lagu ni. aku rasa ini luahan hati seorang mak atau ayah kepada anaknya. Mungkin kadang-kadang kita lakukan kesalahan tanpa kita sedar kepada mak ayah kita. Mana ada orang tak buat salah dalam dunia ini. Sedangkan mak ayah kita pun pernah buat salah pada mak ayah mereka. Cuma kadang-kadang mak ayah sendiri bila dapat anak yang tidak begitu menghargai, apa yang perlu dibuat , cuba la menilai di mana kesalahan dan kesilapan kita. Masing-masing muhasabah diri. Bukan sahaja anak. Tapi mak ayah pun sama.. Mungkin ada sesuatu kesalahan dengan Allah yang kita dah buat hingga kita hilang kasih sayang anak-anak.Dan mungkin juga ada kesilapan lain yang kita lakukan sampai kita sendiri sebagai anak hilang rasa ehsan pada mak ayah. Kadang-kadang bukan salah anak kita sangat pun., Tapi  Allah uji kita mak ayah untuk kita makin dekat dengan Dia. 

Ya, memang syurga itu dibawah tapak kaki mak ayah kita. Nabi minta kita taat taat dan terus taat. Sebagai anak, kita memang perlu banyak bersabar dengan karenah mak ayah kita. Kedua-dua perlu mainkan peranan, bukan sahaja anak, tapi mak ayah juga kena mainkan peranan agar kehidupan ini lebih harmoni. 

Mak ayah,.. Tolonglah jangan menitiskan air mata kerana anak-anak anda. Setitis air mata mak ayah keluar sebab anak-anak, hilang  kebajikan anak-anak. Mak ayah tak kasihan ke pada anak-anak kalian??? Kadang-kadang, bukan kesilapan yang besar, tapi memandang jiwa kita mak ayah sendiri yang mahukan perhatian dan gemar melayan perasaan sekaligus berikan tekanan serta tindakan yang negatif kepada anak-anak. Mak ayah danh hidup 60 hingga 70 tahun berbanding anak-anak yang kurang matang lagi-lagi  yang berusia 20an, rasanya tak perlu nak sensitif sangat dengan perkara kecil adakalanya. 

Beruntunglah kalau ada mak ayah yang paham tentang ilmu agama yang dekat dengan Allah. Perkara begini tak mungkin berlaku.

Plzzz la mak ayah.. Di atas dunia, anak-anak perlukan doa dan retsu mak ayah. Bila mak ayah dah tiada, mak ayah perlukan doa anak-anak. Kita semua saling memerlukan. Buanglah ego anak-anak.. Buanglah ego mak ayah agar kehidupan kita bertambah tenang. 

Anak-anak.. kasihanlah pada mak ayah. Mak ayah, kasihanlah pada anak-anak kalian. Jangan dibenci anak cucu. Jangan diumpat anak cucu. Jika semua ini berlaku, takkan ada nilai kasih sayang dalam kehidupan tanpa kita sedar. 

Kalau difikirkan kematian, kita pun tak tahu dimana dan masanya ajal kita. Mungkin anak-anak akan pergi dulu. Mungkin mak ayah pergi dulu. Kalau la masing-masing tahu matlamat kehidupan, tentu kehidupan ini ada jadi lebih mudah.

Monday 4 July 2016

1 hari di hari raya

Assalammualaikum kawan2,

Pahabaq sihat ke dah 28 hari pose ni? Esok last kita pose. Jangan ada yang nak memonteng lak yo.

Hari ni dengar cerita ada beberapa biji kereta terlibat dengan kemalangan hingga menyebabkan 7 kematian. Innalillah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka. Kita yang ada ni, hati2 driving yah. Tak perlu nak bersaing sangat. Tak lari gunung dikejar. Jangan sampai abang polis lak kejar. Kita semua ada yang dua kali lima saje perangai. Kalau tak tahan sabar, memang belasah jer lorong kecemasan kat highway tu. Tapi sekarang dah tak berani nak buat kerja-kerja tak senonoh tu. Sebab denda yang dikenakan mahal sangat. Kok 5000k. 5000k macam-macam boleh buat weh. Renovate awning depan rumah pun boleh tuuuuu. 

Raya sekarang dah tak macam dulu? Yeke? Ke sama je? Aku rasa okay kot. Dari dulu sampai sekarang happy je raya. Dapat belasah makanan sedap-sedap. Kira happy  la tu kan .Lepas tu jadi mangsa adik beradik jadi tukang basuh pinggan mangkuk. Muke aku nie la kena. Pakai baju lawa-lawa pastu senteng sampai lengan. Takpe takpe.. Sabo sabo... Esok aku dah kahwin, ada anak.. Aku suruh anak-anak aku lak ambik alih tugas aku.

Raya sekarang dah tak macam dulu? Yeke? Aku rasa sama je. Bezanya aku tak dapat duit raya. Dulu tak jalan mana2, duduk rumah santai-santai pun, adik beradik datang, aku sengih2 manja-manja diorang hulur la duit raya. Sekarang, anak diorang lak datang sengih2 mata bulat je pandang aku... Comel sangat diorang.. Dalam hati pun kata.. Ieee dah beso pun nak duit raya lagii,...kopakkk...

Raya sekarang ada sikit lah perbezaan sebab aku dah start malu nak join ngan budak-budak main bunga api. Almaklumlah, dah tahap makcik dah aku ni. Malu mak nak melompat ngan korang nak. Korang baling mercun bawang pun makcik korang ni dah takutnak oii. Faktor usia mungkin.

Raya sekarang dah tak macam dulu. Sebab dulu ada tayangkan  sarkas tiap-tiap hari raya. Aku selalunya akan mengadap tv layan sarkas sambil makan-makan kuih. Besttt.. maklumla mak aku garang. Dia tak kasi keluar umah orang pergi  collect2 duit raya...

Raya tahun ni mungkin sama tak macam tahun depan? Heheheh.. Tu tak tahu lah kan. mengikut perancangan, memang tak sama lah kan... Aku tahun ini dah tak sama macam tahun depan.. Kalau tahun ni aku as single ladies, hot hot chicken shit gitu, mungkin tahun depan aku dah double. Hahahah... Mungkin dah bertambah-tambah orang yang disayang.. Memang berbeza lah aku rasa. Pengalaman baru mungkin.. Yehhaaa...

Semua orang tanya... ape tu ape tuu ape tu... taraaa pam pam pammm...

InshaaAllah tahun depan aku dah ada geng main mercun, main bunga api dan lain-lain.. Ini right geng aku hokay.. bukan wrong geng a.k.a ronggeng k..

Btw u guys, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Didoakan kalian semua selamat sampai ke destinasi. Laju ke tak laju ke suke ati koranglah kan..

Jemputlah datang rumah, tapi kalau boleh bawalah sekali lauk masing-masing kerana aku di jadualkan lewat tiba ke kampung halaman. So memang tak dan nak masak menu hebat-hebat untuk korang.. erkkkkk...

Hahahah.. Ok Ok ok ... tata geng...

Assalammualaikum...

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.