Thursday 21 April 2016

Jom BEBAS!

Nak berjaya , hidup kena bebas. Kalau asyik tersepit, asyik didesak atau menjadi pendesak. Seriously, kita akan gagal. Gagal everything. Mungkin di dunia lagi akhirat. Bebas bukan bermakna kita bebas melakukan kemungkaran. Bebas nak buat halal haram, sampai sanggup menindas orang, sampai sanggup makan riba semata-mata nak hidup senang. Itu takkan bebas namanya. Akhirnya hidup akan terus terbelenggu dengan masalah-masalah yang kita create sendiri. Sudahnya kita sendiri yang susah.Itu yang dikatakan pentingnya "ulul albab". Bertindak seperti orang yang berfikir.

Macam disebut-sebut selalu, belum dinamanya merdeka andai diri sendiri masih lagi terpenjara dalam diri sendiri.Hah macamana tuh??? Cuba renung-renung.. Beb, orang berjaya takkan buat sesuatu yang orang tak berjaya buat. Orang berjaya takkan bercakap kosong macam orang tak berjaya selalu buat. Orang berjaya takkan bercakap sesuatu tanpa ilmu  macam orang tak berjaya selalu cakap. Tinggalkan je orang-orang atau perkara  negatif yang bisa menyemakkan kepala kita. Just let it gooo...

Hidup tak bebas ini ibaratkan memandu kereta, tapi tak tarik handbreak. Tersekat-sekat . Kalau move forward pun, akan ada masalah besar yang lain akan berlaku dengan kereta kita atau perjalanan kita. So, jika ada halangan, just buang halangan itu dan terus memandu seperti biasa penuh hati-hati. Tapi make sure pemanduan tu sentiasa bermula dengan nawaitu yang baik, dan selamat sampai ke destinasi yang kita tuju dengan gembira lagi tenang. Terus memandang hadapan supaya tidak salah jalan. Sesekali pandang cermin belakang agar kita sentiasa selamat. Gotta go.... tata....


"Bebas peribadimu... 
Perhatikanlah.. bebas tingkah laku mu... 
Jangan sampai tersalah pilihan hidupmu... 
Jagalah personalitimu... bebas masa depanmu"  ini lirik lagu hokayy.. hehehe...


Tuesday 12 April 2016

U, AH BAD VS I, BILLIONAIRE

"Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
Yeah, a different city every night oh right
I swear the world better prepare
For when I'm a billionaire"

Kita suka berangan.Berangan itu salah satu planning kehidupan. Berangan tu tak salah beb. Kita memang perlu berangan untuk mencipta kejayaan. Tanpa angan-angan, kemahuan serta perancangan dan tindakan, semua itu mustahil beb!

One day, someone mesej me, " Jangan pentingkan diri, jadi diri sendiri" , rasa macam nak tunjal je hidung orang yang mesej ni. Dia tak tahu, apa yang kita wanna be, mudahnya berkata-kata. Ya memang kita pentingkan diri, kerana diri kita tak ada kena mengena dengan dia.. Untuk berjaya, kita perlu ada idola untuk diikuti, untuk dicontohi, bukan kita mahu jadi orang lain. Tapi bila di fikirkan, dia siapa yang kita sampai nak pecah kepala nak marah sedang kan dia bukan siapa-siapa. Hanya seorang "AH BAD". Kan sudah di bilang, jadi katak pekak. So pekakkan telinga, dan mungkin butakan mata dek kerana-kerana orang yang cuba untuk bagi provokasi pada kita. Beb, dia yang aku gelar "AH BAD".. " AH BAD" gelaran yang di panggil pada siapa-siapa yang cuba nak menjahanamkan impian dan cita-cita kita, cita-cita orang lain atau cita-cita dia sendiri.. Dia "AH BAD" ... So bad bro. 

Beb, nak berjaya ni hati kena besar, hati kena kering. Kalau u guys cepat mengalah. It is so bad. Kadang-kadang orang takkan paham apa yang kita mahukan, apa nawaitu kita. Pedulikan je apa orang kata. Sebab lebih bebaik kita jadi orang yang memahami daripada memilih untuk di fahami. Terima aje apa juga kejian atau pandangan negatif orang terhadap apa-apa yang kita lakukan  secara positif. Malah tidak terjejas pun semangat, usaha dan tindakan kita untuk mencapai kejayaan dan matlamat kehidupan.Plz avoid "AH BAD". Orang begini sangat negatif. Sangat pesimis. Silap haribulan , korang akan terpengaruh dengan manusia spesis "AH BAD". Sebab , spesis "AH BAD" ini dia akan bangga dengan apa yang dia ada. Nilai hidup dia hanyalah diukur dengan material. Bukan kekayaan jiwa. Ego tinggi melangit kerana dia hanyalah seorang "AH BAD".






Wednesday 6 April 2016

PEKAKKAN TELINGA UNTUK BERJAYA

Alkisahnya seekor katak pekak. Kisah ini saya pernah baca atau terdengar dari sumber mana, saya kurang pasti. yang pastinya orang-orang bijak pandai lah yang cerita. Barangkali dari seorang saintis atau pakar inspirasi.

Terdapat 100 ekor katak yang menyertai satu perlumbaan. maknanya, siapa yang tiba di garisan penamat, dia akan akan menang. ( eh boleh ke guna perkataan "siapa" dan "dia" untuk katak-katak ni?Hantam je lah).. Barangkali katak-kata ini diberi apa-apa gangguan sepanjang perjalanan mereka ke tempat penamat dan diberikan atrraction utk sampai ke hujung.  

Dalam banyak-banyak katak ini, cuma seekor katak yang sampai ke penghujungnya dengan senang hati. tak tahulah rupa katak senang hati tu camana kan. Mungkin dia senyum ke ape ke lebih kurang gitulah kot.

Makanya, saintis hebat ini pun buatlah kajian, kenapa katak yang seekor ni, dari mula perlumbaan nampak tenang, istiqomah gitu dan samp di penghujung dengan slumber katak je. Rupanya-rupanya, katak yang seekor ini adalah katak pekak. Dia tidak peduli apa yang berlaku, apa yang menganggu, apa yang menghalang... Dia tetap terus mara ke hadapan untuk sampai ke penghujung yang ada attaction tu. See,,,

Kita sebagai manusia yang mampu berfikir, begitulah juga. Pekakkan telinga apa jua situasi jika mahu berjaya. Walau hakikatnya kita perlu menjadi pendengar yang baik, itu kita simpulkan dari aspek lain. tapi dari aspek masa depan dan kejayaan , kita perlu pekak kan telinga. Jangan pedulikan kata-kata orang. Jangan ambil port cemuhan orang. Jangan malu dengan kesilapan yang pernah berlaku. Kita perlu ke hadapan.. ke hadapan dan kehadapan.. Sesekali kita pandang belakang untuk di jadikan iktibar untuk kita mara kehadapan demi sebuah kejayaan.

Ingat,. kena ada target atau matlamat kehidupan. Biar dan pedulikan orang kata kita kuat berangan. tapi tanpa angan-angan , amat mustahil kita nak realisasikan kemampuan dan impian. Ingat tu. Andai hari ini kita jatuh, tak selamanya-lamanya kita jatuh. Sebab hukum kehidupan adalah " Kehidupan ibarat roda yang sentiasa berputar"

Jangan sesekali putus asa, jangan sesekali!! Kita ada usaha, kita ada doa, kita tawakal aje. Allah tak pernah sia-siakan doa orang yang berdoa. Sedangka cina yang tak pernah bismillah pun Allah bagi mereka kejayaan, inikan kita, hamba Dia.

Andai sekarang orang asyik bercerita tentang kesalahan kita, abaikan. Fokus pada benda lain yang lebih enak dalam fikiran kita. Orang akan letih dan penat bercerita tentang kita, mereka pun ada masalah mereka sendiri dan ada cerita lain yang lebih sedap untuk diceritakan.

Apa-apa pun, ingat, pekakkan telinga. Kita semua pasti berjaya, berjaya dan terus berjaya, InshaaAllah...


Wild World



Now that I've lost everything to you
You say you wanna start something new
And it's breakin' my heart you're leavin'
Baby, I'm grievin'
But if you wanna leave, take good care
I hope you have a lot of nice things to wear
But then a lot of nice things turn bad out there


Oh, baby, baby, it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby, it's a wild world
I'll always remember you like a child, girl

You know I've seen a lot of what the world can do
And it's breakin' my heart in two
Because I never wanna see you a sad girl
Don't be a bad girl
But if you wanna leave, take good care
I hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware



Baby, I love you
But if you wanna leave, take good care
I hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware


Kisah Perempuan Tengah Datang Bulan

Kenapa eh korang, rasa seronok sangat ke tengok muka orang datang bulan. Korang perasan tak, bila perempuan datang bulan, time tu lah korang nak tanya dia macam-macam, time tu lah korang nak suruh dia buat macam-macam. Korang tahu tak dia tengah datang bulan, atau hormon perempuan datang bulan ni memang menampakan wajah perempuan datang bulan itu ibarat bulan sampai korang rasa tertarik nak borak dengan dia sepanjang hari? Adakah???Gitu ke korang????

Yeyeye, saya tahu perempuan memang hebat, kalau tak, masakan orang bijak pandai kata " Sebijak-bijak lelaki, dia pasti akan ditipu oleh perempuan yang paling bodoh" .. Ehh betol la... Lelaki bija , ditipu perempuan bodoh. Tapi jangan lupa, perempuan bijak selalu ditipu lelaki bergeliga, bukan lah bijak namanya kalau lelaki suka conggg perempuan. Bergeliga itu lebih sesuai.

Korang oredi tahu kan , perempuan datang bulan semangnya hormon dia tak tentu hala. tak kiralah berapa umur perempuan tu. As long as dia adalah perempuan,(boleh pulak aku guna perkataan as long as)...dia pasti mempunyai hormon yang begitu. Korang as sesiapa, tak kira jantina korang, janganlah expect semua perempuan akan berada dalam mood tenang selama-lamanya walau dia seorang yang slumber badak. 

Korang jangan cuba cari pasal eh time perempuan datang bulan. Silap-silap hari bulan penumbuk singgah di batang hidung korang. Sumpah tak tipu ! Korag tak percaya, korang try lah.

Ape, salah ke cerita tentang isu ni? Malu apa. Ini realiti kehidupan. Ini realiti yang kamu semua tempuhi hari-hari. Kadang-kadang orang perempuan ini  mohon difahami. Tapi korang tu lah, judge je lebih. "Less Judge, understand more".. Berapa kali mahu ingatkan..






 ``Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi
oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.

``Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca
mengapa wanita begitu mudah terdedah pada perubahan emosi,''


 ``Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar
dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita."

``Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit,''


``Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan
mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau
mengalami kemurungan,''

Monday 4 April 2016

Vermont & Von Zeus - LORD (Mentera Remix Azan?)

Mesej pertama saya terima dalam whatsapp bunyinya lebih kurang begini " Mohon jasa orang islam untuk memboikot lagu ini. Dan doakan siapa yang buat lagu ini dapat balasan yang setimpal"

Lain-lain mesej semakin berbunyi-bunyi, dan bunyinya lebih kurang begitu pula "I dah dengar, mudahan orang yang mencipta lagu ini dapat hidayah".. Sejuk hati baca... Nampak sangat pengomen ni seorang yang positif mindanya. 

Dan yang paling bunyinya agak  kritikal  " Kami kat Manchester, ada yang dengar lagu ini. Hingga termuntah-muntah... pening-pening dan mujurlah di bacakan..............." 

Dan orang-orang di Malaysia apa kurangnya.. " Kami dengar, seramm bunyinya.. suara azan di remix hingga kami muntah-muntah dan kami perlu panggil ustaz untuk selesaikan masalah kami ini" 

Dan ini saya terkejut juga..Mesej dari whatsapp " Akak nak download lagu ni, akakk nak dengar sendiri" dan selepas dari itu " Akak rasa pening kepala, akak rasa ini adalah mentera"

 ... Wowowo... Ada seorang budak group usrah saya mesej : "Ramai kawan-kawan saya dah lemah apabila dengar lagu ni.." ...Saya jawab.... " Siapa suruh dengar? tak ada benda lain nak dengar?"... Budak tu jawab... " Diorang hantar link dan audio la kak" ...Saya balas... " Kita ada option untuk stop je", Dia jawab ... Oke ... kan settle..

Assalammualaikum semua.. Didoakan kalian sihat walafiat hendakNya. 

Beb, ini satu penyakit orang melayu kita. Bukan penyakit orang islam ok, tetapi orang MELAYU. Ada-ada lah korang ni. Lepas satu-satu- satu dan satu. Yayaya .. Bunyinya serius, tapi kamu pun fahamkan kat luar sana bermacam-macam ideologi dan pelbagai kaedah yang mereka gunakan untuk jatuhkan orang islam. Fitnah pada orang islam adalah secara besar-besaran terutama di akhir zaman ni. Hebat sangatkan mereka sampai korang semua nak tumbang. Sedangkan kamu semua punyai pilihan untuk buat sesuatu perkara yang lebih baik, dengar perkara yang lebih baik dan isu berkualiti yang boleh dibincangkan untuk memajukan bangsa dan agama kita.

C'Mon la beb, nampak lemah sungguh lah weh. Sungguh-sungguh lemah sampai di rasakan minda kita dah kaw-kaw dijajah dengan bermacam-macam cara sampai jadi lemah camni sekali kotttt..

Beb, yang nampak alim pun belum tentu dia islam sejati. Inikan dah kita nampak benda tu setan. Plz avoid lah ok. Jadi bijak. Tak perlu kot susah payah download, then korang dengar. Buang masa beb. Sangat buang masa. Korang download itu pun dah menyumbang kredit pada diorang. Appaaa raa.. itu pun tak tahu? 

Kadang-kadang aku meluat juga perangai  manusia berstatus melayu ni, bila orang main-main azan kita, kita marah. Tapi tang kita, bila dah azan, tak reti-reti pergi masjid tu, buat ilek buat peace bole buat donno plak.

 
WHY? 




PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.