Tuesday 12 April 2016

U, AH BAD VS I, BILLIONAIRE

"Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
Yeah, a different city every night oh right
I swear the world better prepare
For when I'm a billionaire"

Kita suka berangan.Berangan itu salah satu planning kehidupan. Berangan tu tak salah beb. Kita memang perlu berangan untuk mencipta kejayaan. Tanpa angan-angan, kemahuan serta perancangan dan tindakan, semua itu mustahil beb!

One day, someone mesej me, " Jangan pentingkan diri, jadi diri sendiri" , rasa macam nak tunjal je hidung orang yang mesej ni. Dia tak tahu, apa yang kita wanna be, mudahnya berkata-kata. Ya memang kita pentingkan diri, kerana diri kita tak ada kena mengena dengan dia.. Untuk berjaya, kita perlu ada idola untuk diikuti, untuk dicontohi, bukan kita mahu jadi orang lain. Tapi bila di fikirkan, dia siapa yang kita sampai nak pecah kepala nak marah sedang kan dia bukan siapa-siapa. Hanya seorang "AH BAD". Kan sudah di bilang, jadi katak pekak. So pekakkan telinga, dan mungkin butakan mata dek kerana-kerana orang yang cuba untuk bagi provokasi pada kita. Beb, dia yang aku gelar "AH BAD".. " AH BAD" gelaran yang di panggil pada siapa-siapa yang cuba nak menjahanamkan impian dan cita-cita kita, cita-cita orang lain atau cita-cita dia sendiri.. Dia "AH BAD" ... So bad bro. 

Beb, nak berjaya ni hati kena besar, hati kena kering. Kalau u guys cepat mengalah. It is so bad. Kadang-kadang orang takkan paham apa yang kita mahukan, apa nawaitu kita. Pedulikan je apa orang kata. Sebab lebih bebaik kita jadi orang yang memahami daripada memilih untuk di fahami. Terima aje apa juga kejian atau pandangan negatif orang terhadap apa-apa yang kita lakukan  secara positif. Malah tidak terjejas pun semangat, usaha dan tindakan kita untuk mencapai kejayaan dan matlamat kehidupan.Plz avoid "AH BAD". Orang begini sangat negatif. Sangat pesimis. Silap haribulan , korang akan terpengaruh dengan manusia spesis "AH BAD". Sebab , spesis "AH BAD" ini dia akan bangga dengan apa yang dia ada. Nilai hidup dia hanyalah diukur dengan material. Bukan kekayaan jiwa. Ego tinggi melangit kerana dia hanyalah seorang "AH BAD".






No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.