Wednesday 6 April 2016

PEKAKKAN TELINGA UNTUK BERJAYA

Alkisahnya seekor katak pekak. Kisah ini saya pernah baca atau terdengar dari sumber mana, saya kurang pasti. yang pastinya orang-orang bijak pandai lah yang cerita. Barangkali dari seorang saintis atau pakar inspirasi.

Terdapat 100 ekor katak yang menyertai satu perlumbaan. maknanya, siapa yang tiba di garisan penamat, dia akan akan menang. ( eh boleh ke guna perkataan "siapa" dan "dia" untuk katak-katak ni?Hantam je lah).. Barangkali katak-kata ini diberi apa-apa gangguan sepanjang perjalanan mereka ke tempat penamat dan diberikan atrraction utk sampai ke hujung.  

Dalam banyak-banyak katak ini, cuma seekor katak yang sampai ke penghujungnya dengan senang hati. tak tahulah rupa katak senang hati tu camana kan. Mungkin dia senyum ke ape ke lebih kurang gitulah kot.

Makanya, saintis hebat ini pun buatlah kajian, kenapa katak yang seekor ni, dari mula perlumbaan nampak tenang, istiqomah gitu dan samp di penghujung dengan slumber katak je. Rupanya-rupanya, katak yang seekor ini adalah katak pekak. Dia tidak peduli apa yang berlaku, apa yang menganggu, apa yang menghalang... Dia tetap terus mara ke hadapan untuk sampai ke penghujung yang ada attaction tu. See,,,

Kita sebagai manusia yang mampu berfikir, begitulah juga. Pekakkan telinga apa jua situasi jika mahu berjaya. Walau hakikatnya kita perlu menjadi pendengar yang baik, itu kita simpulkan dari aspek lain. tapi dari aspek masa depan dan kejayaan , kita perlu pekak kan telinga. Jangan pedulikan kata-kata orang. Jangan ambil port cemuhan orang. Jangan malu dengan kesilapan yang pernah berlaku. Kita perlu ke hadapan.. ke hadapan dan kehadapan.. Sesekali kita pandang belakang untuk di jadikan iktibar untuk kita mara kehadapan demi sebuah kejayaan.

Ingat,. kena ada target atau matlamat kehidupan. Biar dan pedulikan orang kata kita kuat berangan. tapi tanpa angan-angan , amat mustahil kita nak realisasikan kemampuan dan impian. Ingat tu. Andai hari ini kita jatuh, tak selamanya-lamanya kita jatuh. Sebab hukum kehidupan adalah " Kehidupan ibarat roda yang sentiasa berputar"

Jangan sesekali putus asa, jangan sesekali!! Kita ada usaha, kita ada doa, kita tawakal aje. Allah tak pernah sia-siakan doa orang yang berdoa. Sedangka cina yang tak pernah bismillah pun Allah bagi mereka kejayaan, inikan kita, hamba Dia.

Andai sekarang orang asyik bercerita tentang kesalahan kita, abaikan. Fokus pada benda lain yang lebih enak dalam fikiran kita. Orang akan letih dan penat bercerita tentang kita, mereka pun ada masalah mereka sendiri dan ada cerita lain yang lebih sedap untuk diceritakan.

Apa-apa pun, ingat, pekakkan telinga. Kita semua pasti berjaya, berjaya dan terus berjaya, InshaaAllah...


No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.