Monday 4 April 2016

Vermont & Von Zeus - LORD (Mentera Remix Azan?)

Mesej pertama saya terima dalam whatsapp bunyinya lebih kurang begini " Mohon jasa orang islam untuk memboikot lagu ini. Dan doakan siapa yang buat lagu ini dapat balasan yang setimpal"

Lain-lain mesej semakin berbunyi-bunyi, dan bunyinya lebih kurang begitu pula "I dah dengar, mudahan orang yang mencipta lagu ini dapat hidayah".. Sejuk hati baca... Nampak sangat pengomen ni seorang yang positif mindanya. 

Dan yang paling bunyinya agak  kritikal  " Kami kat Manchester, ada yang dengar lagu ini. Hingga termuntah-muntah... pening-pening dan mujurlah di bacakan..............." 

Dan orang-orang di Malaysia apa kurangnya.. " Kami dengar, seramm bunyinya.. suara azan di remix hingga kami muntah-muntah dan kami perlu panggil ustaz untuk selesaikan masalah kami ini" 

Dan ini saya terkejut juga..Mesej dari whatsapp " Akak nak download lagu ni, akakk nak dengar sendiri" dan selepas dari itu " Akak rasa pening kepala, akak rasa ini adalah mentera"

 ... Wowowo... Ada seorang budak group usrah saya mesej : "Ramai kawan-kawan saya dah lemah apabila dengar lagu ni.." ...Saya jawab.... " Siapa suruh dengar? tak ada benda lain nak dengar?"... Budak tu jawab... " Diorang hantar link dan audio la kak" ...Saya balas... " Kita ada option untuk stop je", Dia jawab ... Oke ... kan settle..

Assalammualaikum semua.. Didoakan kalian sihat walafiat hendakNya. 

Beb, ini satu penyakit orang melayu kita. Bukan penyakit orang islam ok, tetapi orang MELAYU. Ada-ada lah korang ni. Lepas satu-satu- satu dan satu. Yayaya .. Bunyinya serius, tapi kamu pun fahamkan kat luar sana bermacam-macam ideologi dan pelbagai kaedah yang mereka gunakan untuk jatuhkan orang islam. Fitnah pada orang islam adalah secara besar-besaran terutama di akhir zaman ni. Hebat sangatkan mereka sampai korang semua nak tumbang. Sedangkan kamu semua punyai pilihan untuk buat sesuatu perkara yang lebih baik, dengar perkara yang lebih baik dan isu berkualiti yang boleh dibincangkan untuk memajukan bangsa dan agama kita.

C'Mon la beb, nampak lemah sungguh lah weh. Sungguh-sungguh lemah sampai di rasakan minda kita dah kaw-kaw dijajah dengan bermacam-macam cara sampai jadi lemah camni sekali kotttt..

Beb, yang nampak alim pun belum tentu dia islam sejati. Inikan dah kita nampak benda tu setan. Plz avoid lah ok. Jadi bijak. Tak perlu kot susah payah download, then korang dengar. Buang masa beb. Sangat buang masa. Korang download itu pun dah menyumbang kredit pada diorang. Appaaa raa.. itu pun tak tahu? 

Kadang-kadang aku meluat juga perangai  manusia berstatus melayu ni, bila orang main-main azan kita, kita marah. Tapi tang kita, bila dah azan, tak reti-reti pergi masjid tu, buat ilek buat peace bole buat donno plak.

 
WHY? 




No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.