Sunday 27 March 2016

PLAYBUAYA

Beb.. Beb.. Beb..

Wah kurang asam dah sekarang, dah tak pandai bagi salam.

Assalammualaikummmm wbt kawan-kawan yang dikasihi sekalian.... Daku menaip bukan kerana nama. Daku menaip kerana disini daku bisa meluahkan apa yang daku pendam, dan adakalanya barangkali menjadi pencetus idea kalian semua. Adakalanya hentaman kuat yang mungkin kalian rasa disindir. Sekadar berkongsi rasa dan berkongsi apa yang daku baca dari artiket-artike yang  bermanfaat,  kemudian dikongsi pendapat dengan harapan bisa menegur diri masing-masing.Tak gitu?

Susah beb nak buat ayat bunga. Belajar dolu ambik jurusan sains. So ayat  metafora memang lah tak pandai. Ada orang komen beb, kata bahasa rosak. Tak mengapalah, asalkan kalian faham baca sudah. Mohon memahami.

Beb, susah kita nak faham manusia. Nak memuaskan hati semua orang memang payah dan meletihkan.  Adakalanya kita memang susah nak maju ke depan kerana melayan karenah luar biasa manusia.

Zaman la ni atau zaman dulu, kalau kita tak mengurat orang, orang akan mengurat kita. Yang kita nak, memang payah nak dapat sungguh. Yang kita tak mahu tu, nak pula kat kita. Bukan kita tak hendak, tetapi si dia tidak menepati ciri-ciri yang kita mahukan. Mungkin cara penampilan atau rupa paras tidak lah menjadi priority kepada sebuah pilihan, tapi akal fikiran itu menentukan dia itu layak untuk menjadi pendamping atau tidak. Masuk U belajar tinggi sampai ada PHD pun tak guna la beb kalau akal fikiran masih di level bawah. U guys tau cemana level bawah? Itu u guys kena research sendiri. Sebab manusia ini di kategorikan ber level-level tahap pemikiran. Kadang-kadang yang belajar tahap SPM  pun lebih bijak dan teratur segala tindakan. Jangan sampai orang kata, belajar tinggi-tinggi bodoh bertingkat-tingkat.Dan ada kategori, dah tahu kita belajar tak jauh mana, cub ala jadi bijak sikit, cari ilmu agama, barula ada attraction dalam diri tu. Ini tak, Alif ba ta pun tak berapa nak kenal, baca Al fatihah pun tajwidnya entah ke mana, duit banyak pun tarak guna kalau ilmu tarak.,Ni  Chowww aaaaa...

Beb... Beb, 

Uoollls pernah dengar kan istilah musang berbulu ayam? Musang berjanggut tak pe lah juga. Macam cerita P Ramlee tu. Rupa-rupanya musang yang berjanggut tu adalah lelaki yg baik hati yang berpura-pura jadi lelaki miskin semata-mata nak cari isteri yang terbaik untuk dia. Si musang berjanggut tu anak raja pulak tu uolllsss. Kauu hado? Ada ke zaman sekarang lelaki yang  pura-pura susah? Adaaa...memang ada.. perempuan pun ada, tapi jumlahnya kecil.Yang pura-pusa senang tapi hapak tu tarak ada, belambak laaa... Hati-hati beb, especially muslimah di luar sana, tidak kira anak dara, jando atau isteri-isteri orang. Hati-hati Uooolllllssss... Musang sekarang bukan sekadar berbulu ayam, yang dogiang tak ada bulu pun ada. Korang tahu ke dogiang tu apa? Tu memang jenis tak tahu malu, duit perempuan pun dia rembat. Ceee Seeeeee Arrrrrr....

Nama saya Hj Mus Ang Varjanggut, Saya memang alim, kalau mak-mak tengok saya, kompon buat menantu, saya baguih, saya pandai masak, untung sape kahwin dengan saya. Jadilah seperti saya.(ciri-ciri lelaki tarak guna, dia suka puji dir sendiri, kasi reject awal-awal yaahhh...)


Beb... Beb,
Kalau dulu lelaki playboy hanya dirujuk kepada lelaki yang pakai seluar jeans, baju smart sikit, rambut ada jambul ayam sikit. Yang up to date sikit, rambut gaya bajet korea celup cokelat.Usha awek dengan ayat,
"Hye awak. Intro please? wink emoticon" ....."Hye.. single ke? kalau dah berpunya, boleh kita scandal?"

Tetapi sekarang ada juga playboy yang pakai KOPIAH, SERBAN, JUBAH bagai, rambut tak nampak sebab pakai kopiah kan. Yang up to date sikit, boleh bagi tazkirah kat depan. Siap buat usrah campur lagi, kononnya nak rapatkan ukhuwwah. 

Usha muslimat dengan ayat,
"Enti dah solat? Malam tadi tahajjud tak? Moga ukhuwwah kita sampai ke an Narr. Eh, Jannah. Ukhuwwah fillah abadan abada birohmatikaya arhamar rohimin."
"Ana ni bukanlah yang terbaik. Ana sedar kat sana ramai lagi lelaki yang lagi soleh. Tetapi ana cuba juga jadi yang terbaik untuk enti.Ana uhibukka fillah.. eh silap. Uhibukki fillah.."

Dua-dua perangai playboy ni adalah level syaitonirrojim.
Cuma yang menggunakan kopiah, serban, jubah bagai, ini lagi syaiton sebab menggunakan agama untuk usha/mengurat perempuan !

Saya pernah text 1 pesanan sinis  kepada anak buah yang lelaki "ALONG, USU ADA 1 TIPS. ALONG, KALAU HANG NAK NAMPAK BAIK, SENANG JE, HANG LETAK PIC PROFILE FB KE, WHATSAP KE, HANG PAKAI LA KOPIAH, LEPAS TU MASA SNAP GAMBAR, HANG BAGI KEPALA TELENG SIKIT ALA-ALA TIDAK BERSALAH, LEPAS TU HANG BUAT LA MATA KESIAN ALA-ALA SUCI TAK ADA DOSA.  BILA GIRL TANYA TENGAH BUAT APA, HANG CAKAP JE HANG BARU BALIK SURAU. KALAU CAMTU HANG CAKAP, HANG TAK SOLAT 5 WAKTU PUN DIORANG PERCAYA HANG BAGUIHH LONG, SEBAB PEREMPUAN LA NI RAMAI YANG BODO"


No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.