Friday 4 November 2016

Andainya Aku Pergi Dulu

Andainya aku pergi dulu sebelum mu .. Janganlah kau bersedih hati.. Andainya aku tiada lagi di sisi mu...
Kenang-kenangkanlah masa bahagia..

Tu andai... Andai tu jika.. Kita tak pasti.. Sama ada kita pergi dulu .. atau dia pergi dulu.. Dia tu sesiapa sahaja dalam kehidupan kita.... Mungkin orang yang paling hampir dengan kita atau sesiapa sahaja di sekeliling kita. Mati tu pasti. Tiada siapa boleh ubah. Kalau kita tahu, kita balik kerja.. Kita meninggal dalam sebuah kemalangan, mudahlah. Sekurangnya kita buat persediaan. Persediaan dari segi mental dan kewangan untuk ahli keluarga kita. sekurangnya kita dapat langsaikan hutang-hutang kita dan tak jadi bahan maki hamun orang lepas kita mati. Itu lah sebaik-baikya..Tapi masalahnya kita tak pernah tahu..

Kalau kita fikir kita akan pergi dulu sebelum orang, kita akanjadi manusia yang sentiasa nak di hargai. Tapi kita yakin ke kita pergi dulu sebelum dia? Yakin ke orang yang sakit akan mati dulu sebelum orang sihat? Kebanyakkan yang mati sekarang adalah mati mengejut. Kemalangan, kecelakaan dan sebagainya. yang sakit, akan terus sakit. Membilang masa dan detik-detik  yang tinggal. Itu Allah beri kelebihan orang yang sakit. Allah bagi peluang pada dia untuk menghitung nikmat yang Allah bagi. Semoga kita dalam pengakhiran yang baik. Aminnn..

Seharusnya kita jadi manusia yang menghargai. Andai kita fikirkan dia yang akan pergi dulu sebelum kita., pasti kita lebih menghargai. Kita lebih menyayangi orang lain. Orang bijak kata, bergaulah dengan orang yang dekat dengan kita seperti itulah kali terakhir kita melihatnya. Jika kita hargai orang, kita pasti di hargai dan dihormati. Kerana apa yang kita buat, itulah yang kita akan dapat.

Wahai hati, hargailah  orang disekelilingmu. Allah Maha Tahu.

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.