Wednesday 13 January 2016

Payah Nak Senyum

Helo everybody,

Today is Thursday. Esok last kerja. So lusa cuti. Yeeeehaaaa..  so apa mau bikin ha, tak ada idea la. Jangan sesiapa nak ajak. Sebab tengah peace of mind. Memandangkan kita ni kerja kaw kaw busy la sangat. So, weekend ni macam nak reward diri. Boleh duduk dalam hutan, mandi air terjun, baring atas batu sambil tengok langit, tengok burung, kan best. Ahhhh mana nak dapat semua ni kalau dah nama pun duduk di Hutan Batu. Hantu dan buaya banyaklah kat sini., well.

Kita ni ada urat senyum tau. Urat senyum terletak dekat tepi ke dua-dua belah pipi kita. Pernah tak tengok orang yang muka dia biasa, tapi sebab wajahnya yang manis dan suka tersenyum, kita rasa sejuk hati nak pandang dia. tambah pulak senyum tu ikhlas, lagi la sejuknya hati kita. Especially baby, cutenya haaiii... Tengok orang senyum ni, kita pun rasa nak senyum sama. Lastly sama-sama rasa happy. Itulah penangan sebuah senyuman.

Orang kata, nak nampak senyuman yang menarik senang jer.. Buat senyuman yang paling kita rasa kita manis bila senyum style macam tu. Nak tahu camana, lihat ler cermin atau paling senang selfie lah. Seriuosly beb, bukan senang nak dapat senyuman paling manis. Sebab kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tak. Kadang hampir terlupa senyuman kita yang mana satukah yang paling manis. Ok, bila dah dapat senyuman paling manis, u guys boleh bukakan sedikit mulut bagi nampak gigi. Gigi kuning atau berterabur itu tak jadi hal. Asalkan bagi nampak sikit gigi tu. Kemudian, mata tu bagi kecil sikit. Haaa.. Tu namanya senyuman paling manis. Senyuman cheer up. Jangan la senyum meleret pula. Kalau meleret depan ni hari-hari tambah pula berlainan jantina, aiii kang ada yang nak kena tampor. Sebab bila buat macam tu, tak ubah macam kambing gatal.

 

Kiri      : Muka tatak senyum tatak cun woo 
Kanan : Bukan maksud nak memikat, tapi kalau kau terpikat, ku tak kisah  apa salahnya.

Kita ni kan, senyumlah. Adoihh apa pasal ha payah sangat nak senyum. Ada masalah ke? Rimas kalau pagi-pagi bangun pagi tengok muka orang tak senyum. Something like membawa kecelakaan pula. Weh sorry to say. Ni ikhlas cakap tau. Dari hati. Orang kata, orang ikhlas tak bagi tahu ikhlas. Tapi ini ikhlas betul ni. 



Inila yang dikatakan senyuman kambing gatal

Baru ni time balik kerja, tragedi berlaku dekat parking. Saya terparking agak dekat sikit dengan sebuah kereta myvi warna silver. Tak kenal siapa pemiliknya. Dekat tak ada la dekat sangat. kalau orang berat 90kg still boleh lalu lagi. Bole buka pintu kereta dan masuk dengan selesa. Suddenly ternampak ada sorang cik kakak berjalan tepi saya. Memang saya syak dia lah yang parking tepi saya. Saya senyum ajer lah buat slumber, eh dia tak balas senyum. Ok takpe. Dia tak perasaan tu. Saya pun memang tak harap pun orang balas senyuman saya sebab kita senyum untuk diri kita sendiri rasa bahagia gak kan. Dia buka pintu kereta dia. Ok tak apa lah, dia berdiri tegak tepi pintu kereta dia. sambil buka pintu. Serius muat, 3 orang besar dia nak masuk sekali gus pun memamg muat. Saya pun tengok dia berdiri terpacak macam tak puas hati. saya said sorry " Puan, I am sorry ya" , sambil senyum gembira.. Dia tarik muka masam sambil jeling. Kesian pun ada tengok dia. Dalam hati berkata "Kalau kau senyum, mesti kau nampak cantik walau kau biasa-biasa saja. Ok ok lantak kau lah mungkin kau tengah mental disorder, barangkali gaduh dengan bos ke ape ke..." Haa macam tu la kita ni kan. Macam la kita tak pernah buat kat orang kan, tarik muka masam. Macam tu la orang kata kat kita bila kita buat kat orang. So, jangan buat orang , nanti orang buat kita. 

Orang kata, wajah yang biasa-biasa akan kelihatan cantik dengan senyuman yang menawan. Hidung yang pesek orang dah tak nampak dek kerana senyuman yang sangat menarik.Senyum je lah, ape susah!


No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.