Thursday 16 June 2016

TIPS MUDAH - CARA MINUM AIR DIBULAN PUASA

Susahkan nak make sure kita minum air dengan cukup di bulan puasa ini. tambah-tambah lagi kita dari jenis orang yang consume supplement terutama ahli sukan dan orang yang sentiasa menjaga kesihatan dan kecantikan secara optimum.

Disini saya share beberapa cara mudah dan lebih berdisplin  agar kita sama-sama dapat mengekalkan  kandungan air dalam badan di tahap yang stabil.


1st tips saya bagi yang simple and staright forward untuk makesure kita minum 8 gelas sehari dalam bulan puasa ok.

1 - Minum 1 gelas time berbuka iaitu sebelum kita makan. kurangkan minum air berperisa.
2- Minum 1 gelas selepas makan
3- Minum lagi 1 gelas sebelum solat magrib
4- Minum 1 gelas lagi sebelum isyak atau per terawih.
5- Minum 500ml (lebih kurang 2 gelas) (bawa air ke surau). Kalau berterawikh kat rumah pun 
     boleh la  sediakan air disebelah. dahaga je terus minum. Berxikir banyak2 atau time kita baca 
     Quran sebab kadang-kadang kering tekak time tu.
6- Sebelum tidur minum lagi 1 gelas.
7- Bagun sahur minum lagi 1 gelas
8- Selepas habis makan sahur, minum lagi 1 gelas.
9- Bagi yang bangun malam, sediakan air dalam botol yang 500ml bagus juga.

Pesanan :

1 -Minumlah air kosong dengan tertib, supaya anda tidak pergi ke tandas dengan kerap selepas bersahur
2- Teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah 
    semula.
3- Jangan minum sambil berdiri. Buruk sangat rupa. Ieeerrk..

Sekian saje dari saya, semoga manfaat untuk kita semua.

Selamat berpuasa, Assalammualaikum.. 

~Sofea Anne~




    No comments:

    PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

    Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

     
    Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.