Wednesday 22 June 2016

Perlu Ke Kongkong Pasangan?

Beb, today is Thursday. Dah berapa hari sudah kita berpuasa ya? Wahh ada yang sudah lupa. Sesetengan orang dia memang pelupa bab number. Sebab dia bukan budak finance. Not play with figure. katanya. Hahaha.. Orang kata kalau kita ni tak tahu bilangan hari dan hari apa, tu tanda-tanda nak meninggal. Ehhh.. betul ke? "Betul la tu".... kata Incik lawyer.. 

Btw, this pagi saya nak story2 pasal hati dan perasaan. U guys, i just cerita benda2 camni setiap 25 hari sekali. U guys know y? rahsia, tabley cerita. Ini bukan my story, just share with uolls tentang this matter. Checi it out yaw!


"Jangan kongkong selagi tiada ikatan. Biar lah dia nak berkawan dengan berapa ramai perempuan/ lelaki sekalipun. Biar lah dia nak mengaku single dengan perempuan/ lelaki tu sekalipun. Kita boleh cemburu tapi jangan tunjuk. Jangan memberontak dan pendam lah semua rasa tu. Maknanya hati dia bukan la 100% untuk kita. Sebab tu lah dia cari yang lain. Simpan perempuan/ lelaki lain. Doa jelah. Bila jodoh kita dengan dia, insyaAllah dia berubah tinggalkan semua tu. Time tu, nak kongkong, kongkong lah. Sebab dah sah dia milik kita.”
Mesti ramai yang pernah baca ayat ni kan?
Ehhh kenapa tak boleh kongkong?
“You’re mine and only mine. All right reserved.
I’m selfish. I don’t share. What’s mine is mine!”
Setiap yang bercinta mesti akan rasa macam ni kan? Kita sayang dia. Dia sayang kita jadi dia hak kekal kita selamanya.
Noktah. Tak mungkin berkongsi dengan orang lain.
Tapi.
Kita terlupa. Apa hak kita?
Siapa kita pada dia? Suami? Isteri?
Ya. Kita kekasih dia. Kekasih hati intan payung kesayangan.
Tapi hanya dengan status itu kita rasa kita punya hak untuk kongkong dia? Untuk ambil tahu segala apa yang dia lakukan.
  • Nak makan kena report dulu makan apa harini. Makan kat mana.
  • Nak mandi kena bagitahu dulu.
  • Nak keluar beli roti kat kedai depan kena minta izin dulu.
  • Nak lepak dengan kawan-kawan, kena ajak dia sekali. Kalau tak jangan berani-berani nak keluar.
Dia keluar dengan siapa, dia keluar pergi mana, dia keluar pukul berapa, dia balik pukul berapa, dia pakai baju apa, kasut dia warna apa, dia keluar dengan apa.
Kalau facebook, memang tak sah kalau pasangan kita tak tahu password. Katanya bukan tiada kepercayaan tapi tanda tiada rahsia antara pasangan.
Kenapa awak add perempuan tu?
Kenapa awak like gambar perempuan tu?
Kenapa awak komen status perempuan tu?
Kenapa? Kenapa?
Awak jangan kawan dengan perempuan tu. Saya tak suka. Awak curang ye. Awak suka perempuan tu kan.
Semua nak kawal.
Kalau boleh nak biar kita sorang je yang ada dalam friendlist dia. Biar dia baca status kita je hari-hari.
Biar dia like gambar kita je 24 jam. Biar dia komen status kita je setiap masa.
Whatsapp or wechat kalau boleh setiap masa nak check. Pantang ada nama perempuan lain habis mengamuk satu kampung tak ingat dunia walhal tu cuma rakan sekerja yang whatsapp cakap esok meeting di mana.
Kita rasa bila kita kongkong, itu menunjukkan kasih sayang kita pada dia.
Kita rasa kita ambil berat pasal dia bila kita tahu setiap butiran apa yang dia lakukan. Kita nak dia tahu yang kita terlalu sayangkan dia sebab tu kita ambil tahu segalanya.
Kita yakinkan hati yang dia tak akan berpaling pada orang lain sekiranya kita berjaya kongkong dia. Hanya kita di hati. Hanya kita yang terbaik.
Hanya kita yang pandai jaga dia.

Pernah tak terfikir, kenapa kita penatkan diri untuk kongkong dia sampai ke tahap macam tu?

Pernah tak terfikir apa yang akan terjadi kalau kita tak kongkong dia. Pernah?
“ Relationship are about trust. If you have to play detective, then it’s time to move on.”
Sebenarnya, kita tak perlu pun nak kongkong dia. Ambil berat tak salah tapi jangan melampau. Jangan melebih-lebih daripada yang sepatutnya.
Hati mana yang tak sakit bila kekasih hati mengaku single pada lelaki atau perempuan lain. Hati mana yang tak cemburu. Marah. Sakit hati.
Tapi cuba bertenang. Ingatkan hati, itu maknanya cinta dia bukan untuk kita, sebab tu dia masih mencari yang lain.
Kalau benar dia sayang, kalau betul hanya kita di hati, walaupun kita biarkan dia terbang bebas sejauh mana sekalipun, hanya kita yang kekal di hati. Dia tak akan layan orang lain. Dia tak akan beri peluang untuk jatuh hati pada orang lain.
“ A relationship without trust is like a car without gas, you can stay in it all you want, but it won’t go anywhere.“

Jadi, kenapa masih memilih untuk terus kongkong?

Yakin dengan jodoh yang Allah dah tetapkan. Sekuat mana pun kita pegang, andai dia memang untuk kita, ikatan itu akan tetap terlerai.
Andai kita ditakdirkan berkahwin, itulah masa yang sesuai untuk kita gunakan hak kita sebagai seorang isteri, seorang suami. Dia adalah hak mutlak kita.
Kita ada hak untuk tahu apa yang dia lakukan.
Jalankan tanggungjawab kita yang sepatutnya.
Jangan pula cuma waktu bercinta sahaja bukan main bersemangat untuk mengongkong tapi bila dah halal di sisi kita langsung tak ambil tahu apa yang dia lakukan.
Mengongkong biar pada tempat yang betul.
Trust is earned, respect is given, loyalty is demonstrated and betrayal of any one of those is to lose all three.“
Untuk yang masih bercinta, banyakkan berfikir kembali. — jangan memperbodohkan diri anda mengawal dan dikawal oleh mereka yang belum halal. Kita berhak membuat keputusan untuk diri kita sendiri.

Guna logik akal. Jangan terlalu ikutkan hati.

Kalau benar yakin, tak perlu mengongkong. Andai benar jodoh, tidak akan mencari yang ketiga.
Status sebagai kekasih/tunang bukan bermakna kita ada hak mutlak untuk mengongkong kehidupan dia. Kita juga tidak perlu mengikut arahan orang lain selagi dia belum menjadi yang halal buat kita.
Inilah ‘derita percintaan’ yang kita cari-cari selama ini.
Letakkan kepercayaan pada Allah. Jika dia untuk kita, kita akan kekal bersama dengannya. Andai bukan, sekuat mana kita letakkan dia dalam genggaman, ia akan pecah jua.
“Never assume. Never ask. And never demand. Just let it be. If it’s meant to be, it will happen.”

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.