Friday 18 December 2015

Sabo banyak-banyak eh ..

Pertama sekali aku merasakan gegaran, pada suatu hari terpaksa berhenti di bawah jejambat sebab lampu merah. Terasa kereta bergerak terhayun semacam. Da kenapa pulak kereta aku ni. Tiada sapa nak ditanya, aku pendam aje lah sorang-sorang.

Kali kedua dengan mak, terasa sekali lagi gegaran dan ayunan jejambat itu juga di lokasi yang sama juga. hati terfikir, kenapa sampai dekat sini je, terasa, sampai situ je terasa. Ke nak runtuh jejambat ni? Hayunan jejambat tu dah di baik pulih setelah dilaporkan. Ramai orang awam bimbang ngan status jejambat tu. Ditambah lagi dengan bukti-bukti ayunan dan desakan para profesional, baru le aku tahu bahawa bukan aku sorang yang melahirkan kebimbangan. Aku pernah terfikir untuk sarankan jejambat itu di tutup sebelum apa-apa tragedi berlaku. Selamat amendanya kalau dah rasa berayun begitu. Akhirnya, syukur,ditutup juga jejambat tu. Dan sekarang jejambat tu boleh dilalui sama seperti biasa setelah dibaiki.

Kita semua ni, nampaknya acapkali sangat menjadi mangsa kecuaian dan pijakkan. Sebagai rakyat, sebagai pengguna, apa kita boleh buat?Itu belum aku nak cerita kita ni dah macam jadi mangsa rompakan George Soros. Tak pasal kena block lagi blog aku macam yang lepas-lepas. Bukan kita kaki fitnah politik punya orang sampai nak block-block. Sekadar meluah tanpa suara. Ilek arr, gen Y memanglah begini, fikiran kami memang urban. Kami di didik macam ini. Sapa pulak nak disalahkan? Sistem pendidikan? Haah. Betulah tu. Apa kita boleh buat? Diam bersabo aje lah.

Tapi disebalik ini, kita boleh lihat hikmah disebalik pelbagai tragedi yang berlaku kat Malaysia ini. Sekurang-kurangnya apa yang berlaku ini membuka mata ramai pihak  tentang perlunya pemantauan berkala dengan lebih teliti semasa pembinaan dan segala hal yang berkaitan yang adakalanya membuka kekurangan dan kekhilafan satu demi satu. Hah, ketirisan ? Hahaha sangatlah bagus Malaysia ni hingga menduduki carta tertinggi jenayah rasuah di dunia. Kalah Indon, apatah lagi China, hebatt hebatt.. Ini bukan berita dari Buletin tv3  yang sarat dengan "pengisian" ok. Realitinya, tidaklah aku terkejut dengan laporan The Wall Street Journal berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh badan Pemantau Rasuah, Tranparency International (TI) . Apa sajalah yang berlaku kebelakangan ini , baik perkara A, B, C dan seterusnya. Suka nak sebut, tapi, tak minat nak  merungut. Sabo je lah.

Sabo banyak-banyak eh, sedia air mineral banyak-banyak , samada di opis, dalam kereta untuk kurangkan tension. Bagi mereka yang terlibat dengan projek-projek mega ni, berhijrahlah sebelum anda dihijrahkan. Sekian.

Pesan Imam Ghazali " Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa, yang besar itu nafsu, yang berat itu manah, yang tajam itu lidah"

Waspada setiap langkah. Nah.. listen carefully, yang berat itu amanah. Bina jambatan yang tak kukuh ni amanah ke tak?

Sobo banyak-banyak eh. Papai !

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.