Wednesday 16 December 2015

Membina Motivasi Diri Tatkala Hati Sedang Tertekan

Semua orang ada stress, termasuk aku yang sedang menaip dan berkongsi cara untuk release stress. Hakikatnya, kadang-kadang dengan mengamalkan sikap memberi, otometikeli hidup kita akan lebih bermakna, stress kita kan beransur-ansur hilang dan akhirnya kita hidup dalam bahagia. Bagi aku, nak dapat kebahagian dan ketenangan, jangan hanya tunggu orang bagi kegembiraan pada kita, tapi kita yang perlu memberi terdahulu kegembiraan pada orang lain. Apa yang kita beri, itu lah yang kita akan dapat. Betol tak? Samalah dengan konsep kita memperdajalkan orang, hari ini kita hentam orang, satu hari nanti kita lak kena hentam. Begitulah yang aku maksudkan, kita beri kita dapat. Tapi, harus diingat, kalau kita memberi, tak perlu kot kita nak mengharapkan sesuatu dari orang yang kita beri. Kerana, kalau kita nak orang berterima kasih pada kita sentiasa, bukan di bumi ni lah kan, memang takkan ada bak kata Dr Aidh Abdullah Al-Qarni. So, apa yang kita beri, ikhlas sahajalah kerana yang menilai kita bukannya orang. Tapi nun di sana Maha Pencipta.

Apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah hanya untuk kehidupan yang selanjutnya.

Kadang-kadang Allah mentakdirkan hati kita hancur berkali-kali kerana Allah mahu kembalikan hati itu hidup hanya kerana Allah.

Jangan moody. DONT ! semua ini bakal menjejaskan sistem badan sekaligus membuatkan kita nampak tua dari usia sebenar. 

Jomlah kita sama-sama praktik buat perkara yang aku sendiri pernah buat dalam jurnal kehidupan ini untuk UP diri ketika aku DOWN lagi stress. Yeeeeehaaaaa (ala-ala koboi gituh)... 

1st, Saranan kendiri. Cuba bermonolog sorang-sorang. Please semasa bermonolog itu, jangan sesekali down down kan diri sendiri. Cuba bertenang dan cakap benda positif. Fikir benda positif tentang diri sendiri. Cuba bentaukkan kata-kata peransang yang  boleh meredakan perasaan negatif. Sebagai contoh ek, cakap begini : " Aku boleh. Aku yakin aku boleh" "apa kurangnya aku ini, aku yakin aku tetap tak akan mengalah"

2nd, kenduran minda. Cuba menyekat kata-kata negatif yang menebus minda. Contoh la ek : Time bangun subuh, "oooiii letihnya.. malasnya", cuba sekat fikiran dan perasaan busuk tu. Gantikan dengan fikir begini "bahaya qada solat., padahal aku sedar"

banyak mengingati Allah, hati akan tenang. Beristigfarlah sebanyaknya. Allah akan berikan jalan keluar kepada orang yang beristigfar. Berulang kali Allah berfirman dala Al-Quran tentang benda yang sama. Beristigfarlah, beristigfarlah. Jadi, beristigfarlah sebanyak-banyaknya.

Nak share sedikit kelebihan istigfar untuk manfaat kita besama;

Definisi Istighfar
 
Istighfar bermaksud memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.

Menurut segolongan ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199


واستغفرالله ان الله غفوررحيم

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Hukum Beristighfar

Istighfar adalah satu ibadah yang agung bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT sama ada istighfar untuk diri sendiri atau orang lain.

Pada dasarnya, hukum beristighfar adalah sunnah seperti dinyatakan di dalam ayat al-Quran di atas.  Perlu diingat, hukum istighfar akan bertukar menjadi wajib seperti istighfar terhadap maksiat dan dosa yang dilakukan.  Dan hukum boleh bertukar menjadi haram, jika beristighfar untuk orang yang kafir.

Lafaz Istighfar

Di antara lafaz istighfar yang biasa diucapkan.

استغفرالله


( Daku mohon keampunan kepada Allah )

استغفرالله الذلأاله الأهو واتوب اليه

( Daku mohon keampunan kepada Allah, tiada ilah (sembahan) melainkan Dia, dan kepadaNyalah daku bertaubat )
Kelebihan Istighfar

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah, terdapat beberapa kelebihan yang akan diperolehi dari istighfar yang kita lakukan.

  1. Mengampunkan segala dosa dan kesalahan
  2. Terhindar dari seksaan Allah SWT di dunia dan akhirat
  3. Memperolehi kenikmatan dan kesenangan yang baik
  4. Mendapat hujan apabila musim kemarau
  5. Memperolehi harta benda dan zuriat
  6. Menambahkan kekuatan badan (fizikal) dan rohani
  7. Menyembuhkan penyakit
  8. Menimbulkan kemarahan syaitan dan membinasakannya
  9. Menghilangkan dukacita, kesedihan serta menambah rezeki
Suatu iktibar yang diambil dari kisah seorang ‘alim mujtahid yang agung iaitu Imam Hassan al-Basri  (rahimahullah)  dan beliau merupakan seorang tabi’en.

  • Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Imam Hassan al-Basri dan mengadu mengenai kemarau yang berlaku di tempatnya. Lalu beliau menyuruh lelaki tersebut beristighfar kepada Allah SWT.
  • Seorang lelaki lain mengadu tentang kefakirannya, lalu beliau menyuruhnya beristighfar.
  • Kemudian datang lelaki yang lain mengadu tentang kebunnya tidak subur, maka beliau menyuruhnya beristighfar.
  • Seterusnya, datang seorang lelaki terakhir mengadu perihal kehidupannya yang tidak mempunyai anak, maka beliau berkata “beristighfarlah kepada Allah”.  Lalu imam Hassan al-Basri membacakan firman Allah SWT iaitu ayat 10 dari surah Nuh.
Diriwayatkan bahawa Sheikhul Islam Ibn. Taimiyyah (rahimahullah) jika menghadapi sesuatu masalah dan beliau tidak dapat menyelesaikannya, maka beliau akan beristighfar sebanyak seribu kali atau lebih dan beliau akan mendapati Allah SWT akan menyelesaikan masalahnya.

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan istighfar kepada Allah SWT dengan penuh keinsafan agar kita beroleh keampunan dan rahmatNya.

Sekian, wassalam.

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.