Monday 21 December 2015

Malang yang Terbilang

Selamat melewati cuti di hari isnin untuk diri aku sendiri. Nampaknya macam semua orang kerja. Aku je cuti. Buat ilek buat peace petang-petang ni. Sepagi jadi mak supir. Iya aku emang kerjain supir. Aku juga tukang panjat bumbung, semua aku bisa, atau multipurpose kata orang putih. Yayaya, kok bisa.? Ya aku bisa.

Laba, bala. Bala, laba. Kita ni kan, kadang-kadang buat apa, ada yg menjadi, ada yang tak menjadi. Adakalanya, lagi sikit nak menjadi, ada pulak selenge sabotaj kerja kita. Apa benda la hai. Orang bijak, tak buat kerja orang tak bijak buat. Tapi itu lah, kalau tak jadi pun kerja kita, janganlah kecil hati sangat, yang penting pahala kita dapat. eh, kita dapat pahala. Begitulah cara kita fikir sepatutnya, supaya kita tak mudah melatah kalau ditimpa masalah, supaya kita tak lupa diri bila success satu hari nanti.

Laba, bala. Bala, laba. Dua-dua benda ini, datang seiring. Something like isi dengan kuku lah.  Tak ada orang dapat bala memanjang dan tak ada orang dapat laba  memanjang. Gitu gini mesti dua dua hangpa dapat. Tak kira siapa dia. Orang kaya ke, bangsawan ke, orang baik ke, jahat ke, cun ke, buruk ke ape ke. For me, tak ada orang  yang teruk atau buruk. Setiap orang adalah lawa. Pendek kata... siapa pun, sepanjang hayatnya mesti dapat bala dan laba. Tak akan ada laba je sepanjang masa, tak akan ada bala sepanjang masa.  Jangan pening eh, simple je hukum laba, bala ni.

Hidup ni macam roda berputar-putar. Juga macam bukit, ada puncak, adalah kakinya. Mana ada bukit yang memanjang je bukitkan. Mesti ada puncak, kaki dan lembah. Tak gitu yang? Hidup pun macam itulah, ada masa macam kat puncak. Fuyooooo... bangganya.. adakalanya di kaki. Adakalanya rasa bertuahnya sangat la haii.. adakalanya rasa hapah pun tarak guna weii.. Adakalanya sihat tahap maksimum, time tu kalau ada kawan kita sakit pun kita macam tak caya dia sakit. Maklumlah kita tengah sihat. Adakalanya kita sakit, macam tak ada tanda-tanda untuk sembuh. Macam aku jadi time bulan ramadhon itu hari la. Ya Allah, aku tak pernah rasa sakit macam tu. Bayangkan tak boleh yeyak, tak boleh buang gas metana, hidrogen, nitrogen selama beberapa hari. Time tu aku dah start fikir, pencen aku nak bagi kat siapa eh. Hahahah..

Ok Ok back to cerita kita tadi, laba, bala...

Senang cerita macam inilah ok, macam orang main wrestling. Biar kuat mana pun dia, sehebat mana pun dia, setangkas mana pun dia, secekap mana pun dia, dia tak akan selalu menang. Never. Kadang-kadang kita tengok lawannya tu bukan hebat mana pun, kecik je. Eh menang lah pulak si kecik tu. Eh camana tuh?

Apa susah nak jawab! Jawabnya hidup memang macam ini lah beb. Tak macam ini pun, macam itu. Kadang-kadang puncak sangat. Kadang-kadang di bawah sangat. Kadang-kadang rasa macam tak boleh runtuh, tapi runtuh juga. Kadang-kadang rasa macam tak sakit, tiba - tiba dapat sakit juga weii... Ehhhhhh... Apa cita.

Laba, bala is asam garam hidup. Yang laba kita sambut dengan syukur, yang bala kita hadapi dengan sabar.  Mesti okay punya. Jangan sambut bala dengan marah, memang makin ditimpa bala dibuatnya. Buat ilek buat peace ha macam tu.  Nak marah pun untuk apa kan, sebab kebanyakan bala bukan kita yang cari.  Dia yang willing datang. Macam mana kita nak elak pun dia datang. Nak buek camno. Sabo sabo je la eh.

Amboi kau.. Masa kena bala kemain kecoh. Tapi masa dapat laba, sonyap yo eko jang.

Eh eh eh, kena bala tu dapat pahala? Apa nak gaduh sangat ni weihh!!!  Apa betoi?  Ya ya ya,cuba baca hadis ni. Rasulullah bersabda “ Siapa yang  menghibur orang yang ditimpa musibah (bala) maka dia mendapat pahala sama dengan penderita itu” ...

See.. u dapat, i dapat pahala kan?

Dan satu lagi hadis , “ Tiada  seorang mukmin yang menghibur saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan akan diberi oleh Allah perhiasan kehormatan dihari akhirat.”

Fikirlah sendiri hokay,

Assalammualaikum...


No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.