Friday 25 December 2015

Hi Madu, nice to meet u.

Helo everybody, salam Jumaat yang cool. Sedang menghirup udara segar di kampung halaman, yang jauh hiruk pikuk kota, walau pada hakikatnya stay Putrajaya pun sudah cukup-cukup nyaman dan mendamaikan jiwa. Sistem trafik yang teratur, kehidupan yang penuh dengan rules bisa membuatkan pengurusan diri lebih praktikal. Namun, desakan tugas adakalanya membuatkan dada ni terasa sasakkkkkk. Tapi bila di fikir balik, beban tugas yang adakalanya tak sesuai untuk dipikul bukan membuatkan diri kita bertambah bodoh, tapi sebaliknya. Realitinya, tak ada kerja yang tak ada masalah, tapi masalah yang paling besar apa bila tak ada kerja, tapi lagi paling paling paling besar masalah adalah, ada kerja, gaji 20k sebulan tapi hapak kerja pun tak buat, menyusahkan. Betul kan?

Suddenly terasa badan ini banyak sangat toksin. Toksin ini lah punca pelbagai penyakit dalam badan, dan salah satu minor penyakit yang melekat kat diri ni sekarang adalah jerawat. Bermacam research dibuat, mengalahkan profesor pulak la kan. Suddenly terfikir, kenapa aku makan ubat pun tak menjadi, kenapa aku guna bahan kimia pun macam dah tak ada effect apa-apa langsung. Baru aku sedar memang toksin dalam liver lah punca segala-galanya. Memang aku jarang keluar peluh sekarang, hingga menyebabkan toksin ni semakin degil, semakin menguasi diri sampai aku nak makan benda yang aku favourite pun terbantut. Pelbagai punca yang boleh menyebabkan toksin bersarang dalam body kita. Diantara contohnya adalah dari pemakanan,seperti makanan yang diproses, makanan yang dipanggang dll, ubatan, stress dan pelbagai lagi.

Serius ada  rasa sikit perasaan life tak enjoy, especially time layan meals. Itu tak boleh, ini tak boleh. Mungkin Allah dah tarik nikmat makanan kat aku. Jaga perut. Macam aku mention selalulah, everything happen for a reason. Bukan nak menpositifkan realiti, tapi inilah hakikat kehidupankan. Dalam keadaan bertoksin ni, semakin ligat kepala aku fikir, macam mana aku nak buat ni. Aduh please lah, aku tak mahu minum teh teh7 kinohimitsu yang tak dapat dinafikan produk tu memang bagus. Aku tak mahu sebab ia adalah teh, dan satu lagi hanya kerana malas dan nak cepat, aku terpaksa berbelanja lebih pulak untuk produk yang pastinya ada sedikit bahan kimia kat dalam tu. Padahal,ada aje solution lain yang lebih efektif.

Jus nyah toksin. Ni eksperimen ok. Takut juga tiba-tiba mabuk pulak minum benda ni pada mula tu. Tapi apsal nak mabuk plak kan. Wellknown vitamin dalam semua bahan bahan yang di campur tu memang bagus sangat, termasuklah ada bahan sampai boleh stabil hormon terutama dalam madu.  Aku campurkan lemon, isi daun aloevera, madu dan halia. Ya Allahhhh.. perghhhhhh.. Ini Jus yang paling sedap yang aku pernah buat. Tak perlu hancurkan aloevera tu. Rasa sebijik macam bubble. Aloevera memang super healthy pokok yang aku rasa memang sangat membantu dalam proses penyahtoksin nih.

Lemon, semua orang tahu lemon kaya dengan vitamin c. Halia, boleh la google sendiri sebab tak terniat nak cerita pasal halia. Ok paling best nak cerita, Madu. Ye madu. Madu lebah banyak khasiat, madu poligami pun banyak manfaat. Eh sori tiba tiba pulak.  Ok balik kepada cerita pasal madu tadi, semua orang tahu madu berasal dari lebah. Bagusnya madu ini hingga Surah tentang lebah pun ada dalam AlQuran. Al Nahl. Sampai Nabi Saw pernah bersabda “Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya”

Waa.. itu macam bagus kaluu..  Mak datuk punya power rupanya madu ni. Jangan tanya lagi, terus lah cari madu. Jangan cari lebah pulak. Itu buang tabiat namanya. Cuba baca surah AlNahl. Banyak ilmu kita boleh dapat dari Surah itu. Kehidupan lebah telah didokumentasikan di dalam AlQuran. Manusia disarankan untuk meneladani kehidupan lebah, selain mengambil madunya yang sangat berkhasiat. Seperti kita semua sedia maklum, lebah menghuraikan lubang-lubang berbentuk hexagon atau enam segi pada sarang lebah menunjukkan kecekapan serangga ini menjimatkan ruang untuk didiami oleh penghuninya. Madu pula tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, klorin, sulfir, besi dan fostat. Madu juga mengandungi vitain B1,B2,C,B6 dam B3. Disamping  itu, didalam madu terdapat pula tembaga, sodium dan zink dalam jumah yang kecil dan beberapa jenis hormon. Tapi ada juga orang yang menafikan kelebihan madu ni. Aku tak fahamlah. Macam menidakkan nikmat yang Allah bagi pulak.

Serius cakap, proses penyahtoksin atau detoksifikasi  yang dibuat kali ini menunjukkan tindakbalas yang sangat positif kat diri aku sendiri. Emm.. terfikir pulak nak berbisnes, 600ml rm60. Boleh blah tak? Cancincau.. Tata...



                                                   Sememangnya kamu istimewa..
                                                         Best pic from ; Mr Shidi


No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.