Saturday 12 December 2015

Putus Terpaksa

“Sudah ku menghimpun doa agar kau berubah, berpaling  membentuk impian hidup kita. Namun tiada oh kudratku untuk halang keinginan, suara ku tak berdaya  menentang kemahuan mu.. Sia sia belaka aku, berkorban kasih kepada mu sekiranya kau, masih tak ubah pendirian  .... bla bla bla.. yang hanya menjanjikan.. pemergian ngeri, yang tak memberi erti..”

Aduh lupa lak aku lirik lagu kat atas ni. Hentam jela...  ok sambung nyanyi ..

“Demi masa, hadapan kita, aku merayu... bertemankan fantasi..”  ehhh.. serius aku lupa lagu ni. Dulu kemain lagi aku fefeling nyanyi sampai terangkat kening ni haaa...

Standard lah lagu ZZ kan. Semuanya stok sakit tekak. Semua ada hantu. Ni kalau bawa masuk karok, harus aku bawa masuk air asam jawa. Bagi merdu sikit suara. Lagi pun selalunya memang akan ada kuman infection kat tekak aku kalau lagu lagu jerit jerit camni.. Lupa diri di buatnya. Astagfirullahalazim.. Piah Piah...

Dalam hidup aku nie, belum ada la sejarah putus terpaksa. Kalau aku yang paksa putus tu adalah. Hahaha.. Btw, this song memang takdo kono mengono dongan den. Cuma lantunan suara penyanyi ni buat aku rasa, uhhh.. sedihhh weh.. Biasa la girl kan. Fefeling.lebih.

Dengar lagu ni, teringat satu memory time aku ngan bff aku, Nurul Iman dan Lely. Masa attend satu course kat Kemaman, kalau time mandi mesti aku akan nyanyi lagu ni. Berulang ulang sampai si Iman dah boleh hafal dah even dia tak pernah dengar lagu ni pun sebelum ni.

Tak tahan punya pasal, keluar lah berlibur sekejap, maklumlah course kami attend ni agak stress. Pergi karaoke di Kemaman, berulang-ulang si Iman layan lagu ni. Dia mau nyanyi sampai masuklah key dia dengan lagu ni. Imann Imann... Hahaha.. Kemaman dan semua area Pantai Timur bukanlah negeri yang aku familliar sangat. Tempat libbur-libur memang lah kurang, kalau ada pun tak ada lah menepati citarasa aku macam kat KL ni. Cuma aku sangat jatuh cinta dengan makanan di area Pantai Timur. Orang orang sana baik baik pulak tu. Kalau pergi Kemaman tu, memang akan adalah aktiviti dan tempat tempat yang aim nak pergi. Alang alang dah ke situ, memang tak sah lah kalau aku tak singgah Cherating. Unik lah Cherating. Pantaii, scene semua aku suka. Damai sangat. Tempat pun tak sesak. Kemajuan memang agak kurang, tetapi sempurna. 

Back to Lagu Putus Terpaksa, actually Nana nyanyi lagu ni dalam final satu program realiti tv. Tah kenapa excited nak dengar. Maklumlah sahabat lama jatuh bagun perih hina hiba dia semua aku turut rasa. Di doakan dia succes dan terus progresif selepas ini. Good luck my friend.

Jangan lupa tengok malam ni ok!

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.