Thursday 10 December 2015

Bunuh Diri Dengan Vape




Dah lama Kementerian Kesihatan Kesihatan berkerah tenaga, berhempas pulas berusaha  cuba untuk mendidik rakyat Malaysia tentang bahaya merokok. Namun, kempen ini tidaklah memberi kesan yang besar. Walaupun rakyat Malaysia sudah sedia maklum, merokok memanglah membahayakan kesihatan. Tapi sudah jadi tabiat. Tak hisap, tak hepi. Ramai juga yang cuba untuk berhenti merokok, bukan kerana memang nak berhenti merokok kerana tahu diri itu menyusahkan orang lain, atau bimbang kesihatan diri terjejas, tapi hanya kerana harga rokok naik berlipat-lipat ganda.

So, no wonder lah perokok tegar cuba menukar habit menhisap rokok kepada menghisap vape. Jadi perokok ini selalunya pasang 2 niat, iaitu samada mahu mengurangkan tabiat merokok atau pun mahu mengurangkan kos merokok, tetapi masih lagi mahu meneruskan amalan merokok. Cuba la kalian tukar niat tu,  niat saja nak berhenti merokok kemuadian tanamkan dalam perasaan benci pada rokok. Cakap memang mudah, tp pasal niat ni,  perokok tegar punya cadangan. Tak perlu kok hisap rokok letrik. Buang duit sama  je + -  .

Sebagai wanita normal lagi sejati, aku bukan nak prejudis sangat la kan. I immediately lose respect for anyone who is vaping. Sebab apa tau, aku rasa like hobi atau tabiat yang bodoh lagi sia-sia lagi amalan yang orang bijak tak buat lagi lagi dan lagi. Superbad dohhh.. Korang dah addict vape tau. addiction is penyakit tau. dan aku sangat kesian dengan orang yang mempunyai sakit addiction.

Why is vaping better than smoking? Helo si bijak pandai, deep down inside. You hate eating clean. Everyone knows. Kau jangan nak berangan cakap vape tu bagus lah sangat. Vape, tiada yang selamat.

Baru ini aku hadir satu program Bual Bicara Fenomena Vape "Vape Off" anjuran HECC, KKM dan kolaborasi idea dengan bawah cawangan aku bertugas iaitu Unit Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC Kebangsaan. Moderator is Encik Ally Iskandar,  dan penceramah is Prof Muhaya Mohammad, Pakar Inspirasi dan Dr Jamalul Azizi Abdul Rahman, seorang Pakar Perunding Pulmonologi. Bagi aku, idea program ini bagus. Banyak juga maklumat yang aku peroleh. Before this, mungkin aku boleh marah kawan-kawan dan sedara  aku yang mana addiction vape dengan cara blackmail untuk buang vape dorang kalau aku nampak. Time tu mula lah macam-macam fatwa semulajadi dari kerongkong tekak hangit dorang yang memang dongeng belaka semata-mata untuk hentam aku yang memang kurang kaji sangat pasal benda aku tak hisap. So, bila dah join bual bicara ini, adalah ilmu sedikit kalau sapa nak cari pasal tu boleh la kan. 

 Duhhh.. senget lak dia ni

1 dunia tahu vape rendah nikotin. Itu la smoker happy gila balik bagi tahu anak bini. Nak kurangkan merokok, boleh jimat. Katanya lah kan. Sekarang mahu hisap vape. Ikut trend mat salleh lah konon. trend lah sangat. benda bijak kau tak mahu ikut pulak kan. 

Kandungan dalam vape; Nikotin, Propylene Glycol, Vegetable Glycerin serta bahan perasa dan pewarna. Masuk-masuk, panas-panas, hembusssss..  Berkepul-kepul asap yang tak ada pedoman keluar dari mulut dan hidung kau. Semua orang tahu, nikotin adalah racun. Nikotin pada paras yang rendah hanya digunakan dalam  "patch" atau  "gum" untuk merawat perokok tegar.  Namun, kau ken atahu bahawa nikotin bentuk ini hanya dibenarkan diperoleh dari farmasi yang berlesen dan Pegawai Perubatan berdaftar.

Kalau nak tahu kesan nikotin memang terlalu banyak lah kan. Kalau tak, masakan kerajaan atau fatwa mengatakan bahawa ianya harommm. Diantara kesan sampingan yang simple adalah boleh menyebabkan gangguan otak yang kronik. addiction ini berkaita rapat dengan kadar kepantasan nikotin yang diserap dan sampai ke otak. tambah-tambah lagi kalau diperingkat remaja lagi dah ambil nikotin, kerana zaman remaja ini adalah di mana peringkat kritikal perkembangan otak dan amatlah berisiko sekiranya golongan ni terlibat dengan benda-benda sia-sia ini.

Selain dari itu, nikotin akan menybabkan pembekuan darah, beri efek pada bayi dalam kandungan serta 2mg nikotin pun sudah cukup merosakkan perut dan usus. lagi tinggi nikotin, lagi lah pelbagai penyakit kronik yang korang bakal mengadap satu hari nanti.

Wei tahu tak kau, tak semua asap vape yang kau hisap dan hembus tu masuk dalam paru-paru kau, tapi kau hembus keluar dan aku aku aku pun terkena tempias bahana juga. 
Lelaki yang hisap vape ini, permintaan kurang tau. so, please la.. pesan-pesan pada kanak-kanak, wanita mengadung. please avoid dari orang yang vape. Jangan hidu asap tu. Bahaya wei. 

Macam-macam propa aku dengar yang kononnya Vape boleh menghentikan perokok untuk merokok. Kiranya macam salah satu perantara lah yang boleh menyebabkan dorang nak stop hisap rokok.mana ada kesan pon kan. Akui lah weh, takdo kosan pun. Tak payah nak membongak. Kadang-kadang yang kata cara ni berkesan ini cuma , dorang punya mainan psikologi aje. Sama ada kau guna vape atau tidak, sama je beb. Tak yah buang karan lah.

Apa yang kita boleh lihat, lastly hasilnya adalah, penggian rokok, tak boleh berhenti rokok dan kini golongan vaper ni dah menjadi Dual User. Selain dari itu, yang tak merokok akan start vape, budak sekolah start vape, awek tudung vape, mak budak pun vape dan lain-lain lah. 

So, tak perlulah positif dengan budaya negatif. Pincang hidup pernuh dengan sifat agresif dan tak kondusif.  

 

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.