Wednesday 11 November 2015

Mimpi dia lagi dan lagi dan lagi

Aku mimpi dia malam tadi, tu tanda dia rindu aku. Puihhhhhh.... The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right.

Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita, sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik.

"Fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul.Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu!

Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbitkan dalam database yang disebutkan ni untuk dibuka kepada review dan kritikan."Fakta" yang dikeluarkan oleh mereka yang tiada ilmu sama macam budak mengaku bapanya Superman.

Psikologi ialah satu bidang yang mengkaji cara manusia berfikir melalui pendekatan sains.  Bila ada orang yang mengatakan bahawa sesuatu itu fakta psikologi, dia terlebih dahulu kena menyokong hujah dia dengan kajian dan statistik sebab begitulah cara sesuatu kajian tu dibentangkan. Tapi bila ada seseorang yang mengatakan psikologi tu macam ni dan macam tu, keluarkan pula kenyataan pelik seperti tajuk blog kali ni, saya hanya boleh menulis blog untuk menangkis tuduhan tersebut. Sebabnya tak ramai yang berminat sebarkan fakta sebenar dan lebih ramai yang sukakan idea mengarut tersebut. Orang yang mengeluarkan "fakta" psikologi ni sebenarnya tak tahu pun siapa tu Sigmund Freud. Dan bila saya cuba bercakap tentang isu ni di luar, ada suara mengatakan "betul lah benda ni fakta psikologi. Kat internet banyak ada tunjuk fakta ni". Eloklah tu, percaya semua benda di Tumblr, Twitter, Facebook...

Kenapa benda ni mengarut? Tolong jawab soalan ni untuk saya. Saya pernah mimpi pasal Zul Ariffin (cishh)  adakah tu bermakna dia rindukan saya? Logik yang ringkas ni dah cukup rasanya untuk menangkis kenyataan mengarut dalam posting kali ni. Selain Zul Ariffin saya juga pernah mimpikan Siti Nurhaliza. Sumpah tak tipu.Adakah bermakna Siti Nurhaliza dan Zul Ariffin rindukan saya? Obviously tidak, dan mereka tak tahu pun kewujudan saya. Mereka yang percaya kenyataan ni adalah mereka yang senang kena tipu dan mudah percaya pada benda-benda di internet.

Antara golongan yang saya selalu nampak post "fakta psikologi" di Twitter ialah remaja dan golongan belia awal 20-an, dan perempuan.Tapi boleh jadi juga pernyataan ni mungkin boleh jadi betul, kalau proses mimpi dan rindu ni berlaku antara dua orang kembar monozygote. Masih belum ada kajian yang saya tahu ada buat tentang kenyataan tadi. Kalau ada, tolong beritahu.

Jadi, mimpi ni apa sebenarnya? Menurut Carl Jung, mimpi ni ialah satu minda di bawah sedar kita. Apa yang kita mimpi sebenarnya sentiasa merujuk balik kepada diri kita dan pengalaman, tapi dalam bentuk yang lebih abstrak. Menurut beliau lagi dalam buku bertajuk Memories, Dreams, Reflections (1963), mimpi ni kita bukan kena lihat pada subjek atau orang yang kita mimpikan sahaja tapi kena tengok juga pada konteks mimpi dan cerita keseluruhannya. Dalam kata lain, mimpi ni adalah pasal individu, pasal diri kita sendiri dan langsung tiada kaitan dengan kognitif orang yang mungkin tak tahu pun kewujudan kita.Antara fakta psikologi lain tentang mimpi yang ditunjukkan oleh kajian ialah:

1- Dalam 5 minit lepas bangun tidur, 50% daripada mimpi kita akan dilupakan. 95%hilang selepas 10 minit.

2- Mimpi merupakan jalan cerita yang tak tersusun

3- Orang buta pun bermimpi. Jadi kesimpulannya dalam entri kali ni, tak payah percaya sangat dengan "fakta" merepek dalam zaman siber ni. Hah! Stop dream!

kalau paham, paham lah. Kalau tak pagam, kau punya pasal lah

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.