Tuesday 10 November 2015

Senyumlah Sayang

Apabila kita senyum dan ketawa, kita tidak pernah berasa sedih. Sewaktu kita senyum, kita tidak ingat perkara yang silam dan sedih serta kemurungan kita juga hilang.

"senyuman yang ikhlas bila kita tersenyum sambil menampakkan 30 btg gigi."


Sewaktu kita ketawa, kita tidak pernah terfikir apa yang akan terjadi esok, minggu depan. Sewaktu kita senyum, hati kita tiba- tiba riang. Apabila kita melihat orang senyum pada kita, kita terikut gembira dan senyum bersama.

Ini kerana senyum dan ketawa akan menghasilkan penawar air liur yang mengubatkan duka, menenangkan minda dan membawa manusia kembali ke saat ini, bahawa saat ini sahajalah apa yang kita ada.

Penawar ini begitu kuat dan ajaib, sehinggakan orang yang melihat kita senyum dan ketawa turut menghasilkan penawar yang sama. inilah sebabnya senyuan itu adalah satu sedekah yang mulia.

Oleh itu, senyumlah sayang. Semasa memandu, semasa mandi, semasa bercakap dengan mak, semasa di pejabat dan dimana-mana,… Namun, diingatkan semuanya harus dilakukan dalam keadaan sederhana.

*Boleh jatuh cinta tengok senyuman orang.  :-P


No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.