Wednesday 11 November 2015

Merajukkah Aku?

Emm... Hehe.. Seriously, aku paling tak suka orang merajuk ngan aku, Sorry aku nak layan benda-benda yang aku anggap nonsense. 

Masa aku darjah satu dulu, aku ada sorang kawan yang aku label dia sebagai kawan baik aku lah. Orangnya jenis kecik aje, yang aku gelarkan dia Milah. Hehe.. Kategori  yang comel dan takde lah bijak sangat orangnya time tu. Kiranya aku bijak lagi la kan.. (huahuahua..) .. Milah ni memang terkenal dengan sikap dia suka sangat merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Aku ada geng baru dia merajuk, aku kawan ngn geng2 boy boy pun dia merajuk, pendek kata.. Dia ni memang sensitif taraf teruk, naik meluat aku di buatnya. Start daripada trauma dengan sikap milah, aku mula anti ngan orang suka merajuk, Aku pun pelik, kenapalah aku ini di takdirkan bertemu dengan orang yang suka merajuk. OMG, mak aku semakin kuat merajuk sekarang. So, aku memang very particulars bab bab keluarkan kata-kata dari mulut aku ini , kerana mak aku sangat super merajuk. PEhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,....

Mungkin dengan cara ni Allah didik aku dengan sikap penyabar dengan cara menjaga kata-kata yang terkeluar dari mulut aku.

Sorry la weh, kalau ada ngan sapa-sapa diantara korang aku ada sakitkan hati. Aku memang camni, main cakappppp jer...

Bila aku meningkat dewasa, ditakdirkan aku kenal dengan hamba Allah yang sangat penyabar. Ntah manusia apakah itu. Bersabarnya dia, Langsung tak pernah dia sakitkan hati aku dengan kata-kata dia. Mungkin sebab itu sampai sekarang aku sukar sangat nak lupakan seorang hamba Allah yang sangat penyabar ini. Semoga Allah merahmati kehidupan dia.

Memang aku yang anti merajuk ini dah pandai merajuk. Merajuknya aku membawa diri. baru aku faham apakah itu merajuk. Kenapa milah kuat merajuk. Kenapa mak aku suka merajuk.

Sekarang ini, ada pelajaran baru yang aku belajar, iaitu jangan lah merajuk. Sebab merajuk ini merenggangkan persahabatan, ikatan kekeluargaan dan lain-lain lah. Hakikatnya merajuk ini menunjukkan betapa kecilnya jiwa kita ini.

Tq hamba Allah tu,  sekarang aku kat PD. Sebab tu aku suddenly teringat pasal perkataan MERAJUK.

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.