Saya ada persoalan untuk kita fikirkan hari ini. Kenapakan, bila
manusia stress duduk di kawasan bandar, kita akan cari pemandangan alam
kat luar bandar seperti pergi laut, hutan, pulau, panjat gunung dan
sebagainya?
Ada yang kata sebab ketenangannya. Tapi, kenapa kita tenang bila pergi ke sana melihat pemandangan alam sekitar? Apa puncanya? Hehe.
Ada yang kata sebab ketenangannya. Tapi, kenapa kita tenang bila pergi ke sana melihat pemandangan alam sekitar? Apa puncanya? Hehe.
Antara faktor utamanya adalah, sebab alam sekitar itu BERZIKIR
mengingatii Allah dengan cara mereka sendiri. Mereka berkumpul
sekelompok dan berzikir. Dengan zikir kepada Allah, akan jadi tenang.
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,
sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan
bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih
mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."
(Surah al Isra 17 : 44)
Hati kita tenang sebab kita hanya menumpang ketenangan mereka saja.
Sebab tu hati kita rasa tenang, damai, tenteram dan segala bagai.
Tetapi persoalannya kan.... Sampai bila kita nak tumpang ketenangan
mereka? Takkan la selamanya nak duduk laut, nak tinggal atas gunung, nak
lepak dalam hutan dan sebagainya. Akhirnya kita kena balik rumah, balik
ke bandar dan sebaganinya.
So macam mana nak tenang semula?
Formulanya senang je, dengan berzikir pada Allah juga. Tanya pada
diri kita, sehari berapa banyak kali kita istighfar pada Allah?
Rasulullah yang maksum takde dosa tu pun, sehari istighfar sampai 70
kali. Ada riwayat lain kata, Rasulullah istighfar sampai 100 kali.
Kenapa kita susah nak istighfar sedangkan Rasulullah pun istighfar? Dah jom istighfar sekarang, jangan baca je. Hehe
Lepas tu, sehari berapa mukasurat kita baca al Quran? Atau seminggu
sekali je baca? Bacalah al Quran at least sehari satu muka surat. Bukan
lama sangat pun.
Saya tahu, ramai yang tak sempat membaca sebab sibuk kerja. Tapi
takkan anda takde waktu rehat langsung? Kerja 8 jam takde rehat? Waktu
rehat tu, baca la al Quran walau 1 muka surat.
Ketenangan ni selamanya akan dapat dengan ingat Allah. Ingat Allah
bukan waktu kita stress, waktu ada problem, waktu ada masalah dan
macam2, tapi LEBIH dari tu. Iaitu ingat Allah waktu kita senang,
gembira, dapat gaji dan sebagainya. Ingat Allah waktu senang, insyaAllah
Allah akan ingat kita waktu kita susah.
ok? :)
Jom istighfar dan baca al Quran sekarang
No comments:
Post a Comment