Thursday 17 March 2016

WAKENABEB!

Jika rasa diri tu orang, jadilah orang. Jangan pulak pilih untuk menjadi orang-orang. Memang hakikatnya hidup ini sebuah pilihan, macamana kita fikir dan apa yang kita fikirkan tentang diri kita, begitulah akan jadi. Kalau kita kita fikir kita berjaya, maka kita akan berjaya. Kalau kita set dalam kepalaotak kita sebuah kegagalan, maka gagal lah kehidupan kita. Sebab itu, apa jua situasi apa jua yang pernah berlaku dalam kehidupan kita, walau kita jatuh terduduk hancur lebur sekalipun, berubah lah sebelum tubuh badan kita ini di ubah. Bangkit dan bangunlah segera, jangan ditangisi sebuah kegagalan kerana kehidupan ini adalah sebuah pilihan.

Assalammualaikum Bro Sis yang dihormati sekalian, Apa habaq.. Best cuti sekolah? I biasa je. Maklumlah i bukan budak sekolah atau cikgu sekolah. So, tak ada apa-apa feeling. Jodoh pun tarakkkk lagi, so i buat ilek buat peace..

Anak-anak ibarat kain putih, sebab tu ada mak bapak yang menggosok anaknya dengan seterika panas.Dasyatnyaaa.. 

Cerita dalam kehidupan ni ada satu ribu macam, perangai orang yang berada disekeliling kita pun macam-macam hal, dan kita pun ada satu ribu macam untuk selesaikan macam-macam ragam orang yang kita berhadapan. Penat memang penat, tapi apa kan daya. dah kita sama-sama tumpang kat bumi Allah ni. Hadap je lah. tapi yang paling tak boleh tahan bila melayan karenah orang yang buat masalah pada kita. Memang panas beb! Dalam kita hati-hati pun ada orang kenakan kita. Apake#@$%!nya. 

Hari tu seseorang pesan  "Sometimes, you have to be cruel in order to be kind", Tq Mr Lawyer. 1 ayat dia pesan, sampai mati i ingat. Sama la satu ayat my mom bila i duk buat peace time subuh, pukul 6.30 pagi  duk berselimut lagi, terlalai sat  "Hang jangan ikut setan dikkkk".. Terkesan dalam hati sampai sekarang.  Tu beza orang tegur kita dengan ikhlas atau sebaliknya, 1 ayat merubah segalanya.

Berbalik pada kes tadi, 

Tak ada orang yang nak jatuhkan kita kecuali orang-orang kita jugak. Betul ke benar? Musuh negara yang paling berbahaya bukan yang berada dalam hutan, tu sure kita mudah kenal, sebab penetangannya memang jelas. Yang lebih bahaya adalah siapa yang berada didalam kalangan kita sendiri dan yang kita kenali dan kita sendiri tak tahu dia adalah gunting dalam lipatan. Orang yang jenis gunting cap apatah barangkali cap lidah ini berada di mana-mana je. Bah kan yang paling buruk lagi paling Dangerous Maximum sekali orang putih kata adalah, apabila kita sendiri jadi musuh kepada diri kita sendiri. Ya, yourself..Itu lagi nyata lagi jelas lebih berbahaya berbanding dengan musuh di luar sana..

Sikap malas, penyegan, merungut, mendown-downkan diri sendiri, fikir negatif 24 jam, malas nak fikir, dan buruk sangka contohnya. Mana datangnya tu? Tak ke dari dalam diri kita sendiri. Makanya, sikap-sikap yang disebut tadi adalah gunting dalam lipatan kita sendiri. Sebab itu, kita ni jarang sangat ada yang cemerlang, yang puncanya dari kita sendiri yang memang begitu. Kita yang mahukan begitu!

Cuba bayangkan jika rakyat Malaysia yang berpendirian begini, agak-agak apa akan jadi 20 tahun akan datang? Siapa yang akan menguasai negara kita? Kita ni kadang-kadang memang selesa sangat jadi kuli-kuli. Tak ada masalah nak jadi kuli sekali pun, tapi jarang sekali kita berimaginasi untuk menjadi taukeh dan langsung tak ada imaginasi untuk nak segera selesaikan hutang-hutang yang kita ada dan jadi manusia yang merdeka. Lastly, kita juga susah hati. Emmmm...

Kita tertarik kebelakang dan faktor luaran tak banyak masuk campur. Yang sebetulnya, diri kita sendiri menjadi dalangnya. Apa yang ada dalam hati itulah yang menjadi dalangnya. 

Nak buat kerja, buat betul-betul, tak nak buat tak usah buat langsung. Jangan main-main lah. Macam nak makan,makanlah betul-betul. Kalau tak nak, baik tak usah makan. Jangan dicubit sana sini, digigit sana sini, rosak karipap tu. Kalau dah begerigil,  siapa yang mahu? Kucing pun tak hingin.





Kaya yang sebenar adalah bukanlah harta dan wang ringgit, tapi kaya jiwa yang langsung tidak pernah lupa akan erti sebuah kesyukuran. Kita nak jadi orang berjaya, kita usahakan, kita nak jadi sampah masyarakat, kita juga usahakan. Jangan salahkan TUHAN. "Sesunggunya Allah tidak mengubah sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereke sendiri" - Al- Ra'd

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.