Sunday 6 March 2016

J . O . Jo, D . O . H . Doh .. JODOH !

Selalu dapat mesej dari teman-teman baik,  mengadu tentang jodoh. Ada yang sedih sangat sebab belum bertemu jodoh. Ada yang ada jodoh, tapi mahu cari jodoh lagi.  For me, bab jodoh, ajal maut, rezeki ni tak perlu kita nak risaukan sangat lah kan. Sebab semuanya telah ditentukan. 3 rahsia yang ditutup rapat-rapat adalah 3 perkara penting tulah, Jodoh, rezeki  dan ajal maut. Sebab itulah, i buat rilax buat peace aja bila orang sibuk bercerita tentang jodoh, selain berdoa dan usaha, apa lagi yang mampu kita buat selain tawakal. Yang baik, akan tiba. So, let go dan let  God lah kan.

Orang kata, jodoh memberatkan kepala, setelah dapat jodoh, barangkali semakin memberatkan kepala... keh kehkeh,, gelak sambil fikirlah yer..

Kadang-kadang orang kita sibuk la hai sampai pening kepala fikir pasal jodoh, berkelahi dengan boypren, sampai tak lalu makan, tak boleh tidur. Rasa badmood semacam 1 hari sampai tengok muke kucing kat rumah pun dah naik benci. Hamba Allah tu juga jadi mangsa. Kan semua tu janji Allah. tak perlu lah kita sakit kepala runsing bagai. termasuklah orang yang dah kahwin. Belum tentu suami atau isteri kita sekarang adalah jodoh kita sampai akhir hayat kita. So, yang penting sekarang, sesiapa yang sudah ketemu jodohnya, makanya . Do your best lah. jangan mengharap pasangan kita aje melayani kita. Kita juga perlu sentiasa menjadi manusia yang bijak emosi atau pun Emotional Quotient mestilah tahap A.

Assalammua;aikum kawan-kawan yang di kasihi sekalian,

Berkahwinlah kalian untuk sebuah kebahagian. ewahh.. Berkahwin tapi fokusnya tak nak bahagia, dah kenapa begitu. Jangan ingat takde orang macam tu tau. Ada di luar sana, sebab kepala manusia ni macam-macam ada, macam astro gak. Macam-macam ada, kata tok wan.

Saya ada seorang kawan. Namanya dirahsia, tempatnya dirahsiakan juga. Bahaya cerita kat korang. Sebab tahu hukum agama, bawa mulut story-story cerita hot kat member-member memang bunyinya best lagi sedap, tapi dosanya pakat-pakat tanggung secara berjemaah kau. Cuma cerita ini atau lain-lain cerita yang i cerita ni, jadikanlah iktibar ok.  

Ok balik kepada cerita seorang kakak, dia pernah mengadu dia tidak bahagia sepanjang 10 tahun berkahwin. Ya Ammpunn... 10 tahun kahwin tak bahagia? Katanya, dia dilayan bagai ammah atau hamba abdi. Dari hari pertama kahwin dia d dera sampailah sekarang. MasyaaaaAllahhh.. Apa sudah jadi... Tak ada istilah isteri. Zalim!

Tak guna laku cepat tapi penuh dengan duka air mata. Biar lambat sedikit tapi  mendapat insan yang betul. Sebab perkahwinan ini bukanlah macam ibarat pilih makanan. Pilih yang mana kita suka makan, kalau tak sedap, boleh luah atau muntah. tanggung jawab besar sama sekali, Suka ke tidak, busuk ke wangi, kena pikul segalanya selagi berjodohan atau sampai mati.

Bagi makwe, pakwe kat luar sana tu, jangan lah anda susah hati sangat kalau belum bertemu jodoh. Rilax weyy.. jangan lah rasa diri tu teruk sangat. Lebih baik kita single begini daripada hidup seperti manusia yang hilang kemerdekaan. cantik, cun melecun dan tampan, sado bergaya pun tidak guna kalau hidup langsung takde kemerdekaan. paham tak apa itu kemerdekaan? Fikir sendiri ok. 

Dan nasihat untuk diri sendiri juga, hidup ini umpama meniti jambatan yang panjang dan berhalangan dan jambatan yang pendek lagi mudah. Yang panjang tu, ambik masa juga nak sampai, yang pendek tu, nasib lah. Laju kau sampai jah. yang lambat tu, tak payah buat gabra tak tentu hala lah okay, sabarlah, tak perlu tergesa-gesa. Syaitan je ajar manusia tergesa-gesa. Kita ini tak dapat berfikir sempurna sangat kalau tergesa-gesa. Sebab itu, kalau terjumpa dengan orang yang jenis tergsesa-gesa tak tentu hala dalam soal kerja atau keputusan, mesti aku advise " Hang jadi macam setan naa" ..  Tak tau nak cakap apa lagi. Nasihat diri sendiri sebenarnya.

Rilax la wey kalau kena perli ke apa, buat pekak je . Tambah-tambah lagi kalau pergi kenduri kahwin.,hah, mula lah. Yang jenis nakal pulak cakap "Oi tak laku ke". Senyum je lahhh walau kita ada banyak option samada boleh tampor je orang yang sindir tu atau balas balik. Tapi senyum jelah cara orang bijak pandai macam kita-kita ni melawan segala tohmahan. Ewahhh..

Apa raa orang macam tu. Sini mau bagi tahu arrr... Kahwin tu bukan puncak cemerlang, gemilang lagi terbilang hokay. Bukan ke ramai je orang start jadi tak senonoh pada hari pertama diorang berkahwin? Hahahaha..Jangan maraaaa arrr..

Biar kita busy menggapai impian dan wawasan daripada busy bercerita tentang orang lain punya masa depan. Ahakksss !!

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.