Tuesday 17 November 2015

Ubat Stress

Nikmati Ciptaan Allah

Jom pergi ke tempat yang boleh kita nikmati ciptaan Allah. Apa yang ada di depan mata kita adalah ciptaan Allah, semuanya indah. Allah yang Maha Indah menciptakan segalanya cantik dan mempunyai hikmah tertentu.

Jangan Sakiti Hati Orang Lain

Jangan kita sangka dengan menyakiti hati orang lain, kita akan puas hati. Sebenarnya menyakiti hati orang lain akan menambahkan rasa tekanan yang teramat di hati kita. Adakalanya orang kita sakiti itu, tidak la merana sangat pun dengan kata-kata kita, tetapi diri ,kita yang stress. Silap haribulan, kita yang dapat macam-macam penyakit. So, elakkanlah menyakiti hati orang lain.

Cuba Gembirakan Orang Lain

Macam-macam cara untuk kita gembirakan orang lain. Jangan hanya tunggu orang gembirakan hati kita. Kita yang perlu berikan kebahagian pada orang lain dahulu. Kita akan rasakan betapa gembiranya hati kita selepas dari itu. Nak gembira, bukan tunggu orang gembirakan kita, tapi kita perlu gembirakan orang. Betapa gembiranya orang yang dalam hatinya hanya untuk menggembirakan orang lain.

Pasti Ada Jalan Keluar

Setiap cabaran pasti ada jalan keluar. So, tak perlulah stress ok. Kalau tiada juga jalan keluar, jangan di fikirkan pekara yang menjadi punca kita punya stress. Biarkan ia berlalu. Buat perkara lain yang lebih penting. jangan biarkan fikiran kita liar terawang memikirkan benda yang tak perlu. Ingat, Allah menjanjikan jalan keluar pada hambaNYA yang bertakwa.

Terima Apa Saja Cabaran

Harus diingat, apa yang terjadi pasti ada kebaikan yang tersembunyi. pasti ada ilmu yang Allah beri pada kita untuk kita meneruskan kehidupan yang lebih baik untuk masa akan datang, Kadang-kadang Allah menjadikan hati kita hancur berkali-kali kerana hal-hal dunia sebelum kita bertemuNYA sebab Allah nak beri pahala pada kita, penghapus dosa. Jadi terimalah segala cabaran dengan senang hati.

Selalulah bertaubat, agar kita lebih mngerti apa itu ketengangan.

Buat rileks, buat peace.. tata..

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.