Thursday, 10 December 2015

Petua Kurus Dengan Penuh Gaya

Macam tak percaya, tapi percayala, ini betul-betul, aku tak main-main. Aku sungguh-sungguh. Nampak tak aku sedang buat muke sungguh-sungguh ni. Macam cute-cute je kan..  Macam opah pun ada..
Ahh riak lagi... Tahu riak tu sebahagian dari syirik, buat juga... Tu lah manusia kan. Mudah lupa.Dah terhantuk baru nak teradah. Astagfirullahalazim...

Dulu aku kurus, pernah mencecah 39kg. 39kg bukan masa darjah 3 hokay. Tapi lebih kurang umur 17, 18 tahun. tak tahu lah nak makan apa time tu. Weight gain dah minum, ayam berekor-ekor dah makan, steroid dah inject (tipu-tipu sikit) hahahhaa... tak nak naik juga badan ni. Malu tau, naik moto pergi sekolah rasa macam nak melayang-layang. Seriously cakap, memang nak melayang kalau angin tiup. Ini kan ada bas lalu sebelah. Rasa macam nak tercampak dibuatnya. Itu cerita bawa moto. Moto 125cc skuter kot. Cute lak tu moto, sticker gigirl kan. Malu weii.. Tengok je tuan dia, Ya Allah.. Kesian kat aku time tu.
Abis kisah moto, umo 19 kuaga kasi kereta kancil 650cc, yang lampu bulat tu. Kenangan sangat kereta tu. banyak ong woo.. Tak bestlah. Maklumlah kurus sangat, pergi KL lalu highway plus, bawa laju-laju tepi lori, rasa nak terbabas kot. Tak sedar diri tu kecik, kereta tu kecik, belagak macam tahap lori juga nak racing kat highway. Bergegor stereng. Ini kisah kurus ok. Settle.

Ini kisah gemuk pulak ye, dek kerana tak tahan dalam keadaan kurus macam lidi. Kita dah remaja kan, susah nak cari baju. Aku nekad nak makan banyak. tak tahu nak buat apa. Aku makan pisang, bersikat-sikat makan. Berat naik, 42,43, 44, 45, 46, 50, 52, 54, 55, baju sendattt... beli baju baru... 56 , 58 (bangga time ni . Rasa macam sado gile. Nampak tong gas pun aku nak angkat macam dumbell. 59, 60, 61, 62.. wehh.. overweight... 63, 64.,, 65kg.. Obese wehh..... Pecah kulit merekah. Semua orang dah tak kenal aku. Mak aku pun tak kenal aku. Kurus macam orang lain, debab macam orang lain. Sampai hati kan. Mak aku kata aku macam pinggan. Ok seriuosly, takda boypren masa tu. tapi senang hati la time tu. takde orang ngurat. Aman sangat dunia nih.. Eh, pernah tau kawan aku cakap,  aku macam Rabbit. Siapa yang ingat pasal Rabiit tu, ingatlah kan.Fyi, my berat sekarang sudah 49kg.

Ok, aku dah gemuk masa tu. Adoihh.. tak boleh tahan la. Sakit lutut. nak solat pun macam dah kena duduk atas kerusi kot. baiklah. Exercise sikit dah lemau. Orang kata makin gemuk, makin putih. lain macam lak aku. lagi gemuk lagi hitam. Dah macam hiperpigmentation dah. No, no, no... aku start workout gym, exercise, jogging, zumba.. heii zumba.. Tak suka la zumba... Aku tak pandai nari, sakit pinggang, Keras. Jiwa rock kan.. welll.. Tak suka- Tak suka zumba pun, bertahun juga aku meneruskan misi Fit n firm body dengan cara berzumba. Hasil, ok la. badan sihat. Cergas. Cerdas. takde malas-malas. Well.. Boleh la turun sikit sikit sikit.

Actually la kan, aku just nak share sedikit tips diet aku yang relevan dengan metabolisme badan aku dan aku yakin 80% individu yang amalkan lifestyle macam aku, memang kau boleh kurus lah. Cuma ada sorang my friend bagi tahu, dia cuba amalkan diet aku. tapi, tak menjadi. Berat dia makin hari makin naik. Dari 85, go to 89, 93, 94kg.. Depan aku sister tu timbang berat dia hari-hari. Dan aku cakap pada dia " Akak, dah alang-alang 94kg tu, akak kasi cukup satu ratus lah ye".. dia sahut lak cabaran aku. Aku sangkakan dia insaf la sikit ayat pesimis aku tu. Dia ni memang berbaik sangka dengan aku betul. Kak M.... Kak M. Sangat comel. Sekarang aku tahu, kawan aku tu berat dia dah mencecah 104kg. Patutla  berat di macam di pam-pam, rupanya dia hidup untuk makan. Paham-paham lah ye., Aku pulak yang kecewa dek kerana berat kawan aku dah above 100kg dohh. Suami dia buat rilek buat peace je. Siap cakap isteri dia cantik jelita. Ok fine kakak sayang. 

Perut Allah bagi, size perut, kita yang menentukan.Laaaa.. kawan-kawan tak faham juga kenapa aku suruh dorang kempiskan perut dorang. Aduhh.. girls.. perut u buncit, u tido berdengkur krohh krohhh krohhh... I see u punya perut turun naik menekan u punya diafragma. I kesian sama u tau. I pun tak tau i berdengkur ke tak sebab i tidur sorang kan. Tp mak i cakap, tarak bunyi apa-apa. Ni info sikit tentang diafragma :


Diafragma merupakan otot yang memisahkan rongga dada dengan bahagian perut. Diafragma merupakan bahagian penting untuk membantu proses pernafasan. Kontraksi otot diafragma akan memperluas rongga dada saat seseorang menghirup dan menghembuskan udara. Semua manusia sangat bergantung pada diafragma untuk sistem pernafasan. Untuk itu ketika diafragma Anda terganggu, hal tersebut akan membahayakan pernafasan anda.


Please la wei, jaga makan jaga minum. aku tegur sebab aku sayang. Tapi ada sesetengah orang tak boleh makan nasihat. aku tegur suruh minum air untuk proses metabolisme badan dan agar buah pinggang dia tak rosak pun, dia tak hirau. Last-last bila fully medical check up, the result is, U mengalami kemerosotan buah pinggang. Huh.. Sayang la kat diri please la girl. C'monnn la wei, jangan la pentingkan diri sangat. Bagi aku, orang yang tak mahu jaga diri, jaga kesihatan adalah orang yang sangat pentingkan diri sendiri. Bila kau dah sakit, otometikeli kau akan susahkan ramai individu. barangkali aku juga terganggu. Ye lah sakit adalah salah satu cara Allah menghapuskan dosa kita. Tapi sebagai tanda syukur pada Nya, hargailah batang tubuh badan kita ini. Bukankah bersyukur tu lebih tinggi makamnya dari bersabar. Kalau kau sakit, kau akan terpaksa bersabar. nampak tak ayat tu . Terpaksa bersabar. Tapi kau kena tahu, sebaik-baik sabar adalah sabar yang cantik. Iaitu Sobrun Jamil. Dalam Al-quran ada habaq. Berulang-ulang Allah berfirman.. Fa Sobrun Jamil.. fa Sobrun Jamil. Dalam Surah Yusuf pun ada.Silalah semak. Sabar yang cantik ni atau Sobrun Jamil ini adalah, kau dalam keadaan redha di detik pertama kau terkena musibah. Macam lah contohnya kan. Kita ni, kalau sakit. Mulalah.. Aduh..kenapa aku sakit.. Owwhh.. U think yourself.. Ada tak benda tu dalam diri.

"Peringatan.. Untuk both of us" .. eh ini ayat Incik Sayang malam tadi. Ish da kenapa cerita cinta masuk dalam ini cerita lak ni..Hehe.Saje iklan.

Okay la wei, panjang gile intro. Sebenarnya aku nak bagitahu tips untuk slim dengan penuh gaya je. Ini belum dapat mikrofon lagi. Sohih orang meluat, merepek berbagai. Eii dahh lah.. tips la oii.. tipss... tipss...

Okay begini ya.

  • Make sure setiap kali makan, kau kena Bismillah, baca doa makan, untuk keberkatan. Supaya makanan kau di hadamkan dengan sempurna, bukan sahaja untuk ke alam flora mahupun di jadikan baja organik,  tapi untuk kesejahteraan agar khasiat dan vitamin baik dari pemakanan kau di cerna untuk manfaat fungsi-fungsi tubuh. Nampak kan, kebesaran Allah.
  • Please, set dalam minda sedar, yang kau makan untuk sihat. Bukan untuk nafsu serakah kau nak makan sedap-sedap je tanpa fikir kesan-kesan buruk. Sebab aku tengok, sebab nafsu, berpinggan-pinggan kau tambah, especially kalau kau makan buffet kat hotel gitu kan. Bagi aku, sedap ni kat lidah je. Bila dah masuk tekak, dah jadi racun terutama gula la kan. Kau pilih-pilih la makan, kau nampak teliti tau bila kau berdisiplin tentang pemakanan.
  • Kau kurangkan pengambilan gula dan garam.
  • Jangan degil, kau wajib minum air yang banyak.Ada juga la kawan-kawan aku tak nak minum air banyak sebab malas pergi tandas. Aku tanya kenapa, dia bilang "tandas kotor". Aku jawab " kau cuci lah tandas tu". Ok ape, boleh reduce kolestrol jahat dalam badan kau kan. So, what? pahala pun kau dapat. Ape daaa.. Serius wei, aku kalau pergi tandas awam yang kotor, macam di highway tau office aku la, slumber  badak je aku cuci. Aku act macam aku kerja jaga tandas tu. Apasalahnya, apa dosanya. Tak lah terbeban.
  • Kau makan benda yang seimbang. kalau oleh kau pastikan dalam makanan kau, contohnya makan tengah hari, ada 6 jenis warna sayuran include buah pencuci mulut untuk per serving di waktu kau makan tu. Pilih-pilih dan fikir-fikirlah sebelum kau nak telan tu. Ingat, sihat. Bukan sakit.
  • Kau bersenam lah ok. Jalan kaki 1000 langkah sehari atau apa sahaja senaman yang sesuai dengan jiwa kau. Kalau kau tak berminat dengan menari, kau tak yah la berzumba. Kau cari benda lain yang boleh di consider kan sebagai senaman.
  • Lastly, ini tips yang agak segera lah ok. Abang ipar aku dah kurus, my sister dah kurus, my friends ramai yang dah kurus secara sihat lah kan. Dorang minum satu jenis teh yang aku rasa teh yang paling hebat yang pernah jumpa dalam hidup aku. Teh tu dalam sachet. Kau bole guna teh tu 3 kali dalam sehari. Bila kau dah kurus, kau dah tak payah minim. Kau just on to firm body-body kau yang mengelebeh sebab berat kau dah kurus dan cantik jelita time tu dengan cara sapu losyen untuk firm atau senaman ringan lah kan. Tapi sorry la weh , aku tak ingat la teh apa. Post lepas ni aku cerita pasal teh tu ok. 
Btw wei, aku caucinci dulu. Sakit la jari-jari ni asyik menaip je. Kau amalkan je apa aku bagi tahu ini dengan penuh istiqomah. Lifestyle kau akan berdisiplin dengan penuh gaya selain dari kau bole kurus dengan jelita sekali.
 





No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.