Wednesday, 9 December 2015

Aku dan Mental Aku

" Jangan libatkan diri dengan suasana yang lesu dan membosankan. Ini kerana perasaan bosan itu adalah punca kematian mental."

Betul la wei. Hidup ini memang untuk diuji. Lepas satu-satu ujian. Jangan di mimpilah hidup ini riang gembira macam dalam cerita kartun tu. Memang tak ada. Selagi nama dunia, selagi mana hidup, selagi itulah kita akan diuji dan terus di uji sampai lah ke alam kubur dan ke alam akhirat , turn kita untuk di hisab pulak. MashaaAllah, aku ni kalau sebut bab mati.. Otometikeli termotivasi dengan sendirinya. Betul la para ilmuwan berkata, mati adalah satu motivasi yang terbaik untuk kehidupan.


A002

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). Surah Al-Mulk 

 Kadang-kita kita ni, hormon tak menentu. tambah-tambah lagi orang perempuan. Kalau kuat, memang dia lah superwoman. Siap boleh jadi pegawai kaunseling kepada kawan-kawan dia lagi. tapi, kalau mai turn dia kena musibah,  tambah lagi bila time PMS, dah macam meroyan dah gaye. Ya Allah. Malu nak cakap. Kalau boleh record by that time, huh.. memang... Ieeeeeeee....
Macam aku lah lately, gile banyak ujian. Kaw-kaw punya ujian sampai aku boleh cakap sorang-sorang. Eh mujur aku sedar aku tengah cakap sorang-sorang. Aku bimbang kalau aku bercakap sorang-sorang yang aku sangka ada orang lain berbual sebelah aku. Huh, mental. Nama je keje di Unit Mental, Substans Violense , Injury and Prevention Program. Tapi, mental illness gak. Hahahha... Ahhh malas la nak italic bahasa Inggeris.

Orang yang pintar, kadang-kadang bodoh dalam melakukan kerja. Ampun maaf, ini kajian random. tak wajib betul, harus salah. Benda ini memang selalu lah aku hadapi. Bekerjasama dengan yang bijak pandai,tapi adalakanya bodoh juga tindakannya. Apa yang dia tak tahu, aku tahu. Kiranya bangga juga la sebab orang yang takde title Dr ni pun power gak lah kan. Dalam hati ada riak la sikit. Jalan pun ada rasa  nak kembang je dada ni. Hahahahahaha... Apa yang dia tahu, memang banyak lah aku tak tahu. Siapalah aku ni kan. Mentang-mentanglah kau orang atasan, mudahnya kau memprovokkan segala kesalah di atas bahu aku. Ehhhhh .. dah kenapa aku ni .. Tiba-tiba lak emosi semacam... OoooOO.. PMS.. patut lah.

Heii.. apasal hah, orang perempuan ni kan, dalam sebulan circle nya terbahagi kepada 4 pusingan. Something like 4 musim la.  Seminggu hepi, seminggu kuat makan., seminggu rasa down, moody, nak nangis, rasa sunyi, sayu dan seminggu manje sangat, ini time paling cute. Dengan kulit pun jadi cerah lembut bagai. seksi jer.... hakhakhak...Untung la.. Camana aku tahu? ehh tahu la.. aku girl kan...  So guys, u must be alert lah dengan wanita sekeliling kau yer. Kalau dia tak nak senyum tu, dont u judge dia tu sombong or what. Adalah lah yang tak kena dengan hormon dia. Untung jadi wanita ni kan. Syukur sangat di hati.  Tapi kan, walau kondisi wanita ni adalakalanya tak stabil, tapi wanita lah makhluk Allah yang sangat penyayang. Kalau tak, masakan Allah menciptakan rahim di dalam  tubuh wanita.

Baru ini ada orang tanya aku,  skizo tu apa. Simple aku jawab. Mental disorder. Dan ini bukan soalan dia yang pertama. Malas nak jawab panjang-panjang sebab orang yang tanya tu memang dah tahu apa itu soalan yang dia tanya. Sebab di memang bijak, bukan calang calang orang dalam dunia perubatan. Aku lak di tanya. Dan aku dapati dia sedang dalam rawatan psikiatri di sebuah hospital. Yang aku tahu , orang yang tanya aku tu sering mengalami halusinasi yang melibatkan perkara-perkara yang tak logik akal bagi orang normal macam kita. Contohnya, dia berinteraksi dengan makhluk halus. Puncanya daripada ketagihan dadah yang sangat kritikal.Semoga sahabat aku tu cepat sembuh. Ni sikit aku share beberapa fakta tentang skizo ok.

"Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia."

Ok btw, banyak benda aku nak share kat sini. Pasal mental dan macam-macam lah.tapi tunggu for the next post lah ok. Apa pun, kita ni kawal lah emosi kita walau dalam apa jua keadaan sekalipun. banyak ingat Allah, banyak bertaubat, banyak istigfar. InshaaAllah hati kita akan tenang. Ada masalah, luah la. Keluarkan. Nangislah. Mohon kekuatan dari Allah. Kita will be ok.  Emosi yang stabil adalah jawapan kepada  keputusan-keputusan yang betul.


 

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.