Sunday, 8 May 2016

Quran dan Kita

Kadang2, kita abaikan quran, dan kita tak perasan kita abaikan quran.
Kadang2, kita lalai, tapi kita tak perasan yang kita ni lalai.
Ye lah, orang yang lalai, dia takkan perasan yang dia lalai, bahkan dia akan pertahankan bahawa dia tak lalai.

Cuba buat kira-kira.

Kalau kita baca quran sehari 1 juz, setahun, kita dapat khatam quran 12 kali. Satu juz tu dalam 30 minit je kalau lancar. Kalau tak lancar maybe 45 minit.
Kalau kita baca quran sehari 10 muka surat, setahun kita dapat khatam quran 6 kali. 10 muka surat tu dalam 15 minit ke 30 minit je. Kejap je.
Kalau kita baca quran 5 muka sehari:
5 x 30(sebulan)= 150ms.
150 x 12(bulan) = 1800ms
Bermakna, kalau kita baca quran sehari 5ms, kita akan khatam quran setahun 3 kali.
Kalau kita baca quran sehari semuka, semuka tu dalam 3 minit je, at least setahun kita akan dapat 365 muka surat, means, separuh quran.
***

Persoalannya:

1) tahun ni kita dah khatam quran berapa kali? Kalau kita baca sehari 1 juz, kita dah khatam 9 kali. Kalau kita baca 10 muka, sekarang kita dah khatam 4 kali. Kalau kita baca sehari 5 muka, at least tahun ni kita dah khatam quran 2 kali.
Tahun ni kita dah khatam quran berapa kali??
2) Kalau kita baca quran sehari semuka, at least tahun ni kita dah 300 muka surat quran dah.
Means, kalau kita masih belum muka surat 300, soalan saya ialah:
"Sebenarnya kita baca quran setiap hari atau tak?"
Cuba check, sekarang kita muka surat berapa tilawah quran. Kemudian, muhasabah lah diri, kita ni baca quran atau tak setiap hari.
😢😢😢😢
***
Wallahua'lam.
Percayalah cakap saya, kalau anda hidup dgn quran, insyallah anda akan rasa sangat tenang. Demi Allah, jiwa anda akan bahagia dan terisi dgn IMAN.
Moga Allah ampunkan kita!

No comments:

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.