Monday, 22 February 2016

Isu Pertunangan Dalam Islam

Email From : Team Tabiah Sentap

To : NR Sofea CM Nasir,

Ramai yang bertanya tentang pertunangan dalam Islam yang sebetulnya macam mana.
Ada yang kata sudah bertunang sekiranya lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin! Maknanya si fulan couple dengan si fulanah, masing-masing mengikat janji setia kononnya nak berkahwin sehidup semati. Tiba-tiba break.

So apa status 'pertunangan' tersebut???

Jadi, macam mana pertunangan dalam Islam yang sebenarnya ni?!

Pertunangan hanya boleh berlangsung apabila TELAH DISAHKAN OLEH WALI WANITA TERSEBUT BAHAWA WANITA TERSEBUT TIDAK ATAU BELUM PERNAH MENERIMA PINANGAN DARIPADA LELAKI LAIN SEBELUM INI atau dalam erti kata lain tidak dalam tempoh pertunangan dengan mana-mana lelaki.

Setelah pinangan diterima tentunya akan ada lanjutan perbincangan seperti penetapan tarikh pernikahan, urusan walimatul urus dan lain-lain. Namun tidak bererti setelah peminangan tersebut, si lelaki bebas berdua-duaan dan berhubungan dengan tunangannya.

Ini kerana selagi belum berlangsungnya akad nikah, maka kedua-duanya tetap ajnabi, maka tidak seharusnya seorang Muslim mengambil mudah dalam hal ini.

Bro, kau dah la tak hormat maruah anak dara orang (couple sampai campak dia ke lembah kelalaian cinta yang tidak halal!), lepas tu kau tak hormat wali dia. Ada hati kau nak declare bertunang dengan dia pula?
Jangan gunakan agama untuk berhujah menghalalkan yang haram bro!

- Tarbiah Sentap
Sumber: An-Nizham Al-Ijtima’i fi Al-Islam - Sheikh Taqiyuddin An-Nabhani

Monday, 15 February 2016

Deyyyy... Hutang Kasi Bayar lahh..

Hai u guys,

Hepi tak hari ini? Kalau tak hepi, buatkan je la hepi ok.Kalau hepi jangan pura-pura tak hepi pulak. Pelik bonar tu. Ada orang tak hepi sebab dia ada hutang, sana hutang, sini hutang  sampai hidup pun jadi tunggang langgang. Hidup memang macam ini lah kan. Kita ini, kalau tengah duit banyak, gaji beso, mulalah macam-macam orang datang. Suruh beli itu, beli ini. Masuk skim itu, skim ini. Masuk MLM dan macam-macam lah. Time kayo, semuanye ngaku sedara. Time tak kaye, sedara pun tak ngaku sedara. Yang sedih, kerana tak kaya, bini pun lari. Katanya "lebih baik aku kahwin dengan bangla dari aku bersuamikan lelaki yang miskin dan kedekut tahi kucing macam kau". HooOOooo.. Time dia kaya dulu, kemain lagi kau ngurat dia pagi petang siang malam. Bila dia kedekut by that time, kau kata.. "Aku suke dia, sebab dia pandai berjimat".

Hidup ini kadang kala mudah, kadang kala susah. Jadi yang terbaik, kita anggap je hidup ini mudah. Jangan buat kehidupan kita penuh dengan complicated. Kerana, apa yang kita sangka, itulah yang kita akan dapat.Make everything simple, semuanya pasti akan jadi baik-baik aja.Thats all.

My Sister kesayangan, aku gelar dia Roro. Aku tahu dia tak suka sangat nama tu. Tapi itula yang paling aku suka panggil. Hahhaha.. Padan muka.. Kat ofis Roro ada seorang senior, namanya Hj Hamzah Bin Hj Kasim. Masih terngiang-ngiang kata-kata beliau di telinga , kalau tak hutang, binatang lah. Betul la kan. Ada ke manusia dalam dunia ni tak ada hutang. Semua ada kan. Hutang duit, hutang budi, hutang puasa. Hutanglah tu.Yang masalahnya sekarang, kita yang kakitangan kerajaan ni mudah sangat buat hutang dan suka sangat berhutang. nak tahu kenapa? jawapannya sebab peluang nak buat hutang tu memang mudah. Akhirnya, yang susah , kita juga. bagus juga la pihak bank negara perketatkan term n condition untuk buat personal loan dan memendekkan jangka masa meminjam dari 25 tahun kepada 10 tahun. Memang bagus sangat. Memang la kita nampak macam sikit installment bulanan, tapi dari aspek lain, segalanya menjerumus kepada kesusahan kita sendiri untuk jangka masa panjang.

Hutang kena bayar. Sekali lagi nak bagitahu, hutang kena bayar. Adakalanya kawan-kawan kita, slumber je minta pinjam seratus dua. Kita pun tak ada la nak berkira sangat setakat seratus dua tu. Kita boleh halalkan je. tapi yang sakit hati, bila bab meminjam, dia la no.1. Lepas meminjam batang hidung pun tak nampak,  ajak keluar minum pun dia buat dont know. Apa raaaaa.. .

Deyyyy thambi, sini mau bagi tau, Hutang misti bayar deyyy. Tak bayar kalu akhirat jumpa lah.Tak faham atau buat-buat tak faham.

Jadilah manusia yang merdeka dari hutang. Sebabnya orang yang beri hutang tu, ada option untuk menghalalkan hutang atau tidak. Kira-kiranya payah sekali. Bukan di dunia sahaja, tapi nun di akhirat sana. kalau hutang kat sini tak selesai, di akhirat sana kita kena cari orang yang kita berhutang itu di sebalik lautan manusia. Selagi tak settle, selagi itulah tak masuk syurga. Itu kalau kita masuk syurga, kalau neraka pulak? Maka ke nerakalah jawabnya.

Jadi, anda anda dan anda yang ada hutang, maka selesaikan lah hutang anda. kalau tak mampu lagiuntuk selesaikan, niat untuk selesaikan hutang itu harus di tanam sungguh-sungguh dalam hati di samping berusahalah. Niat tu kena ada, jangan niat tak nak bayar hutang pulak. Memang nahas lah kau. Jadi bagi sesiapa yang bagi kawan pinjam seringgit dua tu,eloklah di halalkan. Singgit dua pun nak cari sampai lubang cacing, kau apa hal? Jika anda tak halalkan, anda juga yang susah, elok nak masuk syurga, tapi terpaksa delay berikutan orang yang pernah berhutang dengan anda sedang mencari-cari anda untuk mohon halal dari anda. See?

Pernah dapat kawan yang asyik-asyik nak pinjam pinjam pinjam. Kita kesiankan orang. Kadang-kadang langsusng tak tahu beza samaada orang yang pinjam itu betul ke atau berdrama swasta? Pandai-pandailah kita menilai okay. Yang menipu ni kadang-kadang bagus juga kita ajar kaw-kaw sama dia. Bukan niat nak zalimi, cuma niat kita tak mahu galakkan dia tipu orang lain juga. Tak gitu?



Bagi anda yang ada hutang rumah, kereta dan hutang yang besar-besar, eloklah ambil insurans sekali. Tak lah masalah sangat bila anda mati nati, takde lah anak bini nak tolong settlekan hutang anda tu kan. Mungkin tak ada masalah sangat di sana. Well, semua orang ada hutang. Dengan Allah pun kita berhutang. Cuma kita jer lagha, tak pernah sedar yang diri tu penghutang. Astagfirullahalazimm...



















Sunday, 14 February 2016

My Februari Yeahhh

 Hai blog! Serius aku rasa rindu kat kau blog. Tersiksa sangat aku rasa memendan kerinduan ni. Selama ni aku pendam je dalam hati apa-apa aku nak luah sebab bulan Februari adalah bulan yang paling kelam kabut dalam hidup aku. Aku pun tak tahu kenapa nasib aku memang macam ni. Asal Februari memang aku akan sibuk semacam sejak dari azali lagi memang macam ni. Aku harap tahun hadapan adalah tahun yang paling aku tak kalut. Tapi aku sangat suka bulan februari sebab bulan februari ni bulan paling unik, bulan paling banyak cuti dan bulan yang sangat sweet. Apa yang sweet tu entah lah. Lagi pun banyak perkara yang besar-besar dalam hidup aku ini berlaku dalam bulan februari, contohnya 1 Februari lah paling best. Cuti hari Wilayah wei. Dah banyak kali aku menyambut hari wilayah dengan rasa bangga kerana the day is My Birthday yawwwwwwwww...


.                                                                                                           Speeeeccchhhlesss........





Kek Mom bagi, cute n romantik mom I.. hahaha
            

Thanks kepada orang yang aku cintai sebab wish birthday, bagi present lagi. Tq mom, Shafi,  kakak, anak buah, abang, kakak ipar, abg ipar ,  kawan-kawan dikasihi sekalian. Dan sangat terima kasih untuk Best Favourite Friends Forever BFFF, banyak F kan, betapa aku sayang kalian berempat  Kamellia, Zack dan Wan sebab buat surprise sambut My Birthday kat Kluang  Rail Coffee. Puas aku sorok tarikh birthday aku, korang tahu jugakkan...Aduh.. banyak kenangan kita, i cant forgot laa Kamellia atau aku gelar dia Roti Rudaini adalah isteri kepada Wan, twin Rita Rudaini hokay my pren. Korang hado? Thanks kawan-kawan pejabat, diatas kad ucapan n hadiah yang korang share sama-sama untuk hadiahkan kat aku. Hadiah yang di pos dari jauh buat aku rasa, i never stop untuk berdoa yang baik-baik pada kalian. Buku bertajuk "berdua lebih baik" tu best sangat !!! Moga Allah beri pahala. Mom, thanks sebab beli cupcake yang comel tu dan masakkan nasi warna hijau. Mom paling awal wish my birthday. , Abdul Munaimmm.. Thanks di atas buku yang sangat istimewa itu..  tq. I cant loosing u. Semoga my mom sembuh sepenuhnya. I love u so much, banyak ketenangan dan kasih sayang sewaktu bersamamu.

Aku ada satu lagu untuk kawan-kawan yang aku kasihi; dengar tau ..


If you ever find yourself stuck in the 
 middle of the sea,
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see,
I'll be the light to guide you
Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need
You can count on me like one two three
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like four three two  
You'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah
 Count On Me - Bruno Mars

 Thanks semua, sesungguhnya aku amat menghargai dan menyayangi kalian semua. Tak dapat melalut panjang. Ado kojo. Babaaaiiii...




                                                                              Pic 1 : Tq So much my lovely friends,
Kak Dayang, Matron Jue, Kak Eira,Kak Min,
Pn Viola, Naqiu, Dr Nurhaliza,En Christ, En Nik,Pn Farra, Matron Anieza dll. Thanksss a Lot!

Pic 2 : U guys, my best friends forever. Tq Kamellia n Sonaone. Lovely gile korang berdua ni kan. Hahhaha. dan Zack my best friend forever. Anyway, kita baru lepas balik padam api hokayy..

Tq tq tq. Jan Aries, dan berbelas tahun kita berkawan, u tak pernah lupa my birthday.Hajar, Syida, Mr Shidi. Tq so much !!!
U r my soul friends.     
 

Wednesday, 20 January 2016

Jadilah Seperti Cawan

Halo Bro, Sis. Apa khabar u guys. Semoga sihat selalu . Memandangkan kebanyakkan penyakit bermula dari diri kita sendiri. Jadi lebih elok lah kita jaga kesihatan sebaik mungkin time kita sihat walafiat ni. Tak salah pun layan diri kita ni lebih sikit, belai lebih sikit. Untuk diri kita dan orang yang kita sayang kita. Yang untung nya kita, mana tak nya, nak buat kerja senang, nak berbakti senang nak beribadat pun senang. Tak gitu kau???

Omak kesayangan aku susah sangat nak minum air masak. Sebab dia ada teori dia sendiri berkenaan dengan minum air. Teorinya mengalahkan health  physician. Boleh terima pakai sebab teori mak  tu berkenaan dengan kehidupan selalunya  hampir 99.9% daripadanya adalah tepat. Bagi aku, dia lah doktor, dia lah cikgu, dia lah lawyer, mak aku juga engineer dan mak aku hijau.

Baiklah semua, cuba bayangkan kita sama-sama pergi pergi minum kat sebuah restoran. apabila minuman sampai, kesemua cawan mempunyai bentuk yang berlainan. ada yang lonjong, ada yang tinggi, ada yang gemuk, ada yang cantik tapi kotor, ada yang warna hitam, putih, biru, ada yang kaca dan ada yang plastik. tapi air kat dalam gelas tu semuanya sama je, sama rasa dan sama warna.

Agak-agaklah kan, yang mana satu yang kita akan pilih? Pilihlah sekarang. Mesti ada yang ambil yang kecil, ada yang ambil besar, ada yang ambil putih dan macam-macamlah. So sekarang, cuma tinggal nak minum aje kan. Bila minum, kita semua rasa air yang sama je, semua exactly sama.

Begitulah hidup kita ni kan, Kita ni hanya memilih yang cantik pada pandangan kita aje. Kita tinggalkan yang tak berapa cantik. Padahal itu yang menjadi masalah dan tekanan dalam hidup kita.

Hakikatnya, kita perlukan air bukan cawan. Betul tak? Kita tak sedar kita pilih cawan yang cantik aje, yang buruk kita tinggalkan. Hidup inikan ibarat air, manakala kerja, duit, pangkat pulak ibaratkan macam cawan. Tengok lah cawan tadi tu, macam-macam rupa, macam-macam warna. Kalau kita hanya tumpu perhatian pada cawan, kita tak akan ada masa untuk menikmati dan menghargai air. Betol kan?
 
Sebenarnya, tak suruh jadi seperti cawan pun, tapi jadilah seperti Rashid. K bai !
















Monday, 18 January 2016

Kamu Bernafsu Besar?

Hi Beb!

Happy selasa. For me everyday is happy and wonderful, but everyday may not to be good, but there is something good in everyday.

Hari-hari kena cari hikmah. Kalau tak cari hikmah, memang kita nie asyik-asyik la tak puas hati dengan macam-macam ragam kehidupan. Itu tak kena ini tak kena, padahal apa yang terjadi tu pastilah ada kebaikan disebaliknya kan. Kita ni kadang-kadang terlupa, kufur nikmat. Dah terantuk, baru nak teradah. kita semua ni sama saja. cuma yang penting, hari-hari la muhasabah diri. apa yang terjadi dalam kehidupan bukan untuk kita tengok pada orang, tapi refleksi diri kita balik. Baru la kita jadi manusia yang lebih baik untuk esok esok esok dan esok hari. 

Diselubungi perkara negatif sesuatu yang kita nak elakkan. Berhadapan dengan orang negatif, lagi lah kita nak elakkan. tapi nak buat camana, selagi bergelar manusia yang duduk dekat planet bumi ni, macam ni lah. nak orang ikut kehendak kita, memang sampai mati pun memang takkan dapat la. Kita sendiri kot kena ubah cara hidup kita agar semua perjalanan hidup kita smooth, tenang and good-good gitu.

Sebut tentang sikap negatif tiba-tiba teringat kisah Armada Yang Hilang. Kisah ni berkaitan dengan kisah kerajaan Mongol yang ditadbir oleh Kublai Khan yang hebat gile tapi ... hehehehe....  sifat tamak Kublai Khan mengakibatkan kemusnahan teruk kerajaannya, sekaligus memberi tamparan tamparan hebat kepada selurul Mongol.  Tak salah kita ni bernafsu besar, tapi kena ikut kemampuan kita sendirilah. Sama lah macam orang yang nak berpoligami, kalau tak mampu, haram jadinya. Samalah alkisahnya orang Mongol yang seperti  kita semua tahu dorang ni memang hebat berperang di darat, tapi bukan dilaut. Biasalah manusia dan kehidupan ni, macam itu lah. Kurang tang tu, lebih tang ni. Itu normal. Kita nak expect kita mampu buat semua, itu bukan kitalah. Kita kena faham keupayaan diri sebelum buat sesuatu yang besar. Kalau main terjah aje, memang macam-macam lah jadinya. 

Ok back to story Kublai Khan yang mempunyai tentera yang hebat di darat ni. Sepatutnya dia dan konco-konconya tak menyerang Jepun, sebab dia sendiri tahu kehebatan tenteranya hanya menunggang kuda. Bukan menunggang kapal perang iaitu bukan di laut. Kalau nak menunggang kapal  pun it may take satu tahun untuk lebih mahir.  Ini tak, dia terburu-buru tak bijak sama sekali, tergesa-gesa menyerang dan kalah di tangan Jepun walaupun kita tahu tentera Jepun bukan hebat manapun, setakat samurai jepun tu.. Ahaiiii.. Orang tak cerita punca kenapa tentera Kublai Khan ni kalah. Tapi orang cerita tentera Kublai Khan Kalah di tangan Jepun. hakikatnya, kekalahan tentera Mongol berpunca dari ribut yang kuat semasa dorang otw ke Jepun.

Ahli sejarah buat research kenapa Kublai Khan n the gang tewas teruk sekali sedangkan armada yang di ketuai Ara Khan tu amat besar. Dengan 140000 askar dan 4400 kapal perang, kalau diikutkan seluruh jepun boleh tewas sebagaimana China, Rusia, Turki, Parsi dan lain-lain negara dengan begitu mudah. 

kajian ahli arkeologi pula membuat kesimpulan, kapal Mongol tenggelam dengan mudahnya apabila dipukul ribut disebabkan kapal yang mereka gunakan tidak kukuh dan dan dibuat dengan tergesa-gesa serta ada konspirasi. Kapal-kapal tu di buat oleh orang China. Dorang buat main cincai aje. Reka bentuk tak sesuai untuk tempuh lautan bergelora. Mungkin speksifikasi kapal tu, ala-ala bot nelayan la kot. Thats why terjunam begitu dasyat sekali.

Itulah kita ni, belajar dari sejarah. Pengalaman-pengalaman hidup kita ini pun sejarah. Jangan ghairah dan rakus sangat. Bercita-cita besar itu boleh. Tapi biarlah munasabah. Tergesa-gesa membuat sesuatu keputusan selalunya akan menjadi punca segala malang.

Kita ni sebenarnya tidak bodoh tau, sebenarnya kita kelihatan bodoh kerana kita yang membenarkan diri kita kelihatan bodoh.






Saturday, 16 January 2016

Bila Nak Berubah Hah?

Ramai orang TAK NAK berubah dengan alasan,

"Belum dapat hidayah lagi.."
"Belum sampai seru lagi.."
"Nanti la.. Belum sedia lagi.."

Korang nak tahu tak, Allah hampir setiap hari bagi kita hidayah. Hampir setiap hari kawan.

Buktinya?

Contoh kepada orang yang malas atau tak solat, Allah bagi korang hidayah dengan cara korang DENGAR Azan banyak kali. Azan tu adalah salah satu hidayah yang Allah nak bagi pada korang.

Tapi korang tak peduli pun hidayah Allah sedangkan sehari hampir 5 kali korang dengar azan. Lepas tu claim belum dapat hidayah.

Contoh kepada yang free hair atau tak tutup aurat. Dalam sehari berapa banyak kali korang nampak perempuan lain yang tutup aurat? Banyak kali. Bahkan kawan baik atau family korang pun tutup aurat.

Apa yang korang nampak tu sebenarnya hidayah yang Allah bagi pada korang, supaya korang muhasabah dan mula untuk tutup aurat sempurna. Korang bukan duduk negara kafir yang 100% non Muslim.

Tapi korang tak peduli pun hidayah Allah, kemudian "salahkan" Allah sebab kata belum sampai seru lagi.

Dan banyak lagi contoh.

Kawan-kawan..

Berubah dan bertaubatlah. Kami yakin, walau teruk mana pun korang, jauh dari sudut hati korang tu, korang rindu nak berubah. Korang teringin sangat nak berubah.

Korang teringin nak tutup aurat macam kawan korang yang lain.
Korang teringin nak solat berjemaah macam kawan korang yang lain.
Korang teringin nak jadi baik macam kawan korang yang lain.

Sebab apa? Sebab itulah FITRAH manusia. Korang tak boleh tipu diri sendiri. Tak boleh nak nafi. Kalau korang terdetik di hati macam ni, tu pun tanda Allah dah bagi hidayah.
Kawan..

Jangan jadi bodoh sombong. Buang ego, dan terimalah hidayah Allah. Terimalah.. Jangan tolak dan abaikan. Korang tak rugi. Serius tak rugi.

Iblis dulu kena buang dari Syurga bukan sebab dia jahil, bukan sebab dia tak kenal Allah. Malah dia nampak Allah depan mata.

Tapi dia kena buang Syurga dan kena laknat sebab dia EGO dan SOMBONG.

Pesanan dari Team Tarbiah Sentap.

Thursday, 14 January 2016

Cara Elak Maksiat

Salam Jumaat yang barokah. Artikel ni saya ambil dari Saudara Adnin Roslan. Moga pahala untuk awak. Saya yang hina ini tak mampu berbuat apa melainkan rasa sentap disudut Qolbu yang paling dalam,dan mengharapkan sesuatu perubahan diri dan kepada insan lain juga. Sesungguhnya kita semua ini pendosa.

Artikel Saudara Adnin Roslan bermula;

Siapa tak sedih, bila berulang-ulang kali melakukan dosa yang sama walaupun dah bertekad untuk berubah. Siapa tak tertekan, bila berputar-putar pada kesilapan yang sama walaupun telah berazam untuk tidak ulanginya. Siapa yang tak menangis bila maksiat yang kita telah berjaya tinggalkan dalam tempoh yang agak lama, akhirnya kita kecundang serta mengulangi maksiat tersebut.
Siapa tidak sedih dan menangis teresak-esak tentang perkara ini? Andai kita mempunyai hati yang hidup, andai kita mempunyai iman walau secebis, pasti perasaan sedih, tertekan, resah-gelisah, gundah gulana serta sesal menghantui fikiran kita.

Namun sampai bila? Sampai bilakah kita nak ulangi dosa yang kita benci, sampai bila kita mahu terus terpenjara dalam tekanan dosa dan maksiat? Sampai bila wahai kawan?!

Penulisan kali ini, saya tulis dengan penuh rasa serba salah, dengan penuh pengharapan agar saya sendiri BEBAS dari penjara dosa yang menyeksakan ini, dengan penuh harapan penulisan kali ini dapat memberi panduan, semangat, kekuatan, inspirasi, kefahaman dan kekeliruan serta halangan yang berlaku kepada mereka-mereka yang BERTEKAD  untuk BERUBAH.

Penulisan kali ini, saya tulis dengan tangisan. Saya amat mengharapkan kita sama-sama berpimpinan tangan menuju redha Allah. Saya sudah lihat depan mata bagaimana orang saya sayang dan percaya, berubah menjadi “pelik” dan bangga dengan dosa. Oh, Allah, aku sedih dan aku menangis! Saya kalau boleh, ingin usaha sedaya upaya untuk berubah dan menjadi asbab orang lain juga dapat berubah. Benar, itulah kebahgiaan saya.

Saya akan usaha menerangkan perkara ini satu persatu, sedikit demi sedikit. Saya minta maaf andai entri kali ini menjadi panjang lebar berbanding entri-entri yang lain. Saya harap, entri saya yang panjang ini memberi manfaat walaupun pada seorang insan.

3 point penting yang kita akan selami bersama insyallah:
1)Sejauh mana taubatmu?
2)Hukum Diri kita
3)Jangan buat dosa terang-terangan

SEJAUH MANA TAUBATMU?

Ramai yang bertanya, ramai yang luahkan, ramai yang terganggu, ramai yang sedih, ramai yang lemah semangat bila terfikir tentang:

 “Adakah taubatku di terima andai aku masih mengulangi dosa-dosa ku?”

Perasaan bersalah ini menyelubungi diri ramai orang. Pelbagai bentuk soalan yang di ajukan bagi menenangkan hati yang gelisah. Antara soalan yang di ajukan kepada saya yang membuatkan saya terkedu:

“Ustaz, saya memang nak berubah, dan saya ada niat nak berubah. Saya selalu menyesal dengan dosa yang saya lakukan, tapi masalahnya, saya masih tak dapat berubah! Seolah-olah ada benda yang menghalang saya…..”
“Ustaz, saya pernah berjanji untuk tak nak ulangi dosa saya, tapi saya tewas...”
“Ustaz, macamana cara nak hilangkan benda-benda kotor dalam fikiran kita..?”
“Ustaz, macaman nak jauhi maksiat? Beritahulah pada saya. Saya akan usaha untuk berubah dengan nasihat ustaz..”
“Ustaz, andai kita tak menitiskan air mata ketika bertaubat, adakah taubat kita itu benar-benar ikhlas?”
“Ustaz, saya selalu buat dosa, kemudian taubat, kemudian saya ulang semula dosa, kemudian taubat. Tapi saya tak tahan dan ulangi dosa itu semula, kemudian taubat semula. Adakah Allah akan terima taubat saya?”

Dan macam-macam lagi.

Wahai kawan, sejauh mana taubatmu itu betul-betul ikhlas?Apakah erti taubat? Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!

1)Taubat maskudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut.  Itulah 3 rukun taubat. RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.

2)Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Boleh je kita doa:

”Ya Allah, aku menyesal dengan dosa, ampunkan aku ya Allah, aku berazam untuk tak ulangi dosa aku ya Allah!”

Namun hakikatnya, di sudut hati kita, doa tersebut hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri!  Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir! Menangis adalah antara bukti kita jujur dengan penyesalan kita…

Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA.

3)Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi. Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!! 

4)Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat gila-gila. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.

Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!

*****

Begitulah pengampunnya Allah. Tapi, jangan amik kesempatan! Namun, bak kata ibn qayyim:

“Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah itu maha pengampun, maka dia jadikan perkara itu alasan untuk terus dia melakukan dosa…”

Kita tak tahu bila kita mati syeikh, sekali kita mati time buat maksiat, pergh… Sekali kita mati dalam keadaan kita tak taubat lagi sebab tangguh, silap besar! Sebab tu lah, jangan tangguh taubat, kalau boleh, lepas baca entri ni, terus taubat!

Ingat, taubat ni tak boleh berlakon. Ia isu HATI. Kerana sekarang, ramai yang rasa diri dia dah taubat, tapi dalam diri dia, tiada sekelumit pun rasa bersalah ketika buat dosa. Apakah?




HUKUM DIRI KITA

Saya nak sangat berkongsi pada semua orang tentang perkara ni. Cara ni adalah antara kaedah yang terbaik untuk kita baiki diri kita dan cara yang terbaik untuk membuatkan kita tak lagi teringin membuat maksiat. Cara ini saya namakan:”Cara nak memanipulasi syaitan”.

Dengan cara ini, seakan-akan syaitan sendiri akan “hasut” kita untuk tinggalkan maksiat(konon-kononnya). Caranya ialah dengan KITA MENGHUKUM DIRI KITA setelah buat maksiat dan dosa!

Kita pun tahu, syaitan akan suruh kita buat benda yang merugikan diri kita, dan menguntungkan dia. So, bila kita buat maksiat, ia merugikan diri kita dan menggembirakan syaitan! Tetapi, bila kita mengHUKUM diri kita, ia sangat efektif! Mari saya terangkan satu-satu cara nak memanipulasikan syiatn ni supaya boleh faham:

1)Kita berazam, setiap kali kita buat sesuatu dosa, kita akan hukum diri kita dengan sesuatu AMAL SOLEH. Contohnya, kita target:
”Setiap kali aku hisap rokok, aku akan hukum diri aku dengan baca quran 1 juzuk!”
“Kalau aku tengok video tak elok, aku akan sedekahkan RM50 kat surau, and then aku akan puasa 3 hari!!”
“Kalau aku tak pergi solat Jemaah subuh kat surau, aku akan denda diri aku dengan baca buku agama sebanyak 100 muka!”

2)Bila kita hukum diri kita, maka syaitan akan mula ragu-ragu, samada nak suruh kita buat maksiat atau tak. Sebab kalau dia goda kita untuk hisap rokok, dia tahu yang kita akan hukum diri kita dengan abca quran 1 juzuk, yang mana baca quran 1 juzuk tu amat merugikan syaitan dan meningkatkan iman kita berganda-ganda!!

3)Kalau dalam bahasa arab, cara ini di namakan “Iqob” yang bermaksud “denda”. Itulah yang para sahabat buat! Saya akan cerita beberapa contoh IQOB yang sahabat buat:

“Ada sorang sahabat, time dia tengah solat sunat kat kebun, tiba-tiba time tengah solat tu, dia ternampak burung dan burung tu menyebabkan dia tak khusyuk. Lepas habis solat, sahabat tu perasan yang dia tak khusyuk dan dia menyesal. Lantas, dia hukum diri dia dengan MENYEDEQAHKAN kebun itu kepada orang islam!!!!”

Dan banyak lagi. Takut panjang, orang malas baca:)

4)Saya mahu kemukan bukti, betapa efektifnya cara ini , sehingga syaitan sendiri akan hasut kita untuk tinggalkan maksiat! Hayati dan fahami kisah ini, akan betapa berharganya bila kita hukum diri kita setiap kali kita buat maksiat!

****

KISAH UMMU MAKTUM NAK KE MASJID

Ada sorang sahabat nama dia Ummu maktum, seorang yang BUTA. Dia nak pergi masjid untuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya kotor. Dia pun patah balik ke rumah, bersihkan baju dan pergi semula ke masjid buat kali kedua. Tapi, sekali lagi dia terjatuh, dan dia patah balik ke rumah untuk bersihkan pakaiannya. Kemudian, dia pergi semula ke masjid buat kali ketiga. Dan, kali ketiga ni, dia hampir terjatuh, tetapi ada seorang lelaki selamatkan dia dan usung dia sampai ke masjid!

Setelah sampai kat masjid, ummu maktum pun berterima kasih pada lelaki tu sebab bantu dia jalan hingga ke masjid. Dan bila ummu maktum Tanya tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Ummu maktum pun terkejut dan bertanya:

“Kenapa kau bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!”

Iblis jawab:

“Kerana time kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan semua dosa-dosa kau. Time kau jatuh kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua ahli keluarga kau. Aku takut kalau kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan semua dosa penduduk madinah!! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa selama ni! Sebab tu time kau nak jatuh kali ketiga tu, aku tolong kau!!!

:)

KISAH ABDUL QADIR ALJAILANI(ULAMA’ DAHULU KALA)

Ada sekali tu, time subuh, ada orang kejut abdul qadir jailani untuk solat subuh. Bila abdul qadir jailani Tanya, siapakah orang yang kejut dia, lantas orang tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Pastu Abdul qadir jailani Tanya balik:

“Kenapa kau kejut aku subuh sedangkan kau iblis??!”

Iblis jawab:

“Sebab aku tahu, kalau kau tak dapat solat subuh Jemaah, kau akan hukum diri kau dengan kau pergi mengajar agama kat ribuan orang! Aku takut kalau kau mengajar ribuan orang, mereka semua dapat hidayah dan susahlah kerja aku nanti!”

:)

*****


JANGAN BUAT DOSA TERANG-TERANGAN

Serius benda ni kena take note. Sebab once kalau kita dah buat dosa terang-terangan, ia bermakna kita rasa bangga dengan dosa, dan ketika itulah bermulanya KEBINASAAN diri! Saya rasa semua sedia maklum apakah itu dosa. Saya just nak bagi contoh beberapa dosa yang sangat biasa orang buat terang-terangan tanpa rasa bersalah.

Pertama, IKHTILAT. Semua sedia maklum, apa hukum ikhtilat dan batas-batas. Kalau tak tahu, boleh baca di sini:http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html
Tapi masalahnya, hari ni, ramai orang yang tahu tapi dengan bangganya ikhtilat di alam maya secara terang-terangan seperti komen mengomen “hohahoha”, sembang kosong di twitter siap mention-mention nama, komen-komen kat instagram dan lain-lain. Apakah? Apakah ini wahai kawan yang smart, macho lagi sweet?

Kalaulah rasa tak mampu nak kawal diri dari ikhtilat, janganlah sampai kita buat terang-terangan. Rasalah malu nak orang lain tahu maksiat yang kita buat. Kalau nak sangat, mesej je private, direct mesej dan yang sama waktu dengannya(walaupu itu pun salah). The point is, malulah dengan dosa yang kita buat wahai kawan! Isk , isk…

Kedua, TENGOK MOVIE DAN DENGAR LAGU LAGHO. Perlu ke kita bagi tahu orang lain tentang lagu lagho apa yang kita dengar sedangkan kita pun tahu apa hukum  dengar lagu-lagu kpop, Justin bieber, lady gaga, dan berates lagu-lagu yang berunsur haram. Kita pun tahu!

Tapi kenapa kita dengan bangganya bagitahu orang ramai yang kita sedang dengar lag utu? Contohnya kat twitter:

“#np Baby // Justin Bieber”
“#np Gangnam Style // Psy”
“#nw  Now you see Me”

Dan lain-lain. Kalau rasa tak mampu sangat nak tinggalkan lagu lagho dan movie-movie, janganlah bagitahu orang lain dan rasalah malu dengannya! Buat sorang-sorang.

Dan banyak lagi. Saya merayu sangat, rasalah bersalah, rasalah malu. Jagalah AIB kita dan jangan bagitahu orang lain. Allah dah simpan aib kita baik-baik, buat apa kita nak bagitahu orang lain tentang dosa yang kita buat? Malu syeikh, malu. Isk isk…

*****

Sebagai pengakhiran, cara terbaik untuk tinggalkan maksiat ialah dengan buat amal soleh sebanyak-banyaknya dengan istiqomah. SOLAT tolonglah, tolonglah, tolonglah jangan tinggalkan wahai kawanku! Saya sangat-sangat merayu!

Mulalah dari sekarang, lazimi diri dengan solat, mulalah berjinak-jinak dengan quran, basahi lidah kita dengan zikir-zikir, carilah KAWAN yang support kita untuk berubah dan dampingi mereka.Ikutlah TARBIAH dan USRAH, ia adalah cara yang tunjang agar iman kita selamat!

Kerana bila kita telah “tenggelam” dalam lautan amal, maka allah akan campakkan dalam hati kita perasaan benci dan geli pada maksiat! Percayalah wahai kawan, percayalah!

Saya yakin, ramai orang yang nak berubah. Kuatkan azam, kekalkan semangat, terus maju, move on, jangan hirau apa orang kata, doa pada Allah! Saya yakin kita mampu. Once kita dapat berubah, kita akan MENANGIS kegembiraan, menangis kesyukuran, menangis kebahgiaan kerana NIKMATNYA IA, dan kita akan menangis keinsafan dan ketawa sendirian, kerana pelik dengan diri kita yang suka melakukan dosa dalam keadaan ianya sesuatu yang amat menyeksakan.

Saya doakan korang. Dan saya minta, doakanlah saya! Moga Allah bagi syurga pada kita! Moga Allah bagi syurga! Saya akhiri penulisan kali ini dengan satu kata-kata:

“Pintu taubat tak akan terbuka hanya dengan sekali ketuk. Tetapi, ianya akan tebuka setelah kita ketuk berkali-kali. Dan ketika itu, kita akan menangis kenikmatan kerana akhirnya kita telah bebas  dari penjara dosa dan berlari menuju cinta Allah!”

Moga Allah bagi syurga!

PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...

 
Copyright © 2017 Xhundara By Defea. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.