Di saat kita lakukan sesuatu kerana Allah.. Percayalah Allah pasti beri jalan yang baik untuk kita. Pahala datang berganda-ganda disebalik ujian yang dia beri.
Jangan buat silap. jangan silap langkah. Kita jangan sesekali buat kesilapan yang mendatangkan murka Allah dan kebencian manusia. Manusia, kita sama-sama ada hati dan perasaan. Kita sama-sama rasa terluka.
Jika datang ujian, dekatkan saja diri dengan Allah. Betulkan saja semua kesilapan diri kita. Perbaiki diri dan jaga hubungan dengan Allah... Allah pasti beri jalan keluar.
Disaat hati sedang menangis, percayalah, semua itu dari Allah. Hanya kerana kasih sayang Allah kita mampu menangis. Syukurlah masih mampu menangis kerana minta lah ujian itu digantikan dengan sesuatu yang baik, pasti ada jalan. Yakinlah.
Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Yakin dengan apa yang kita minta.
”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)
Sunday, 22 January 2017
Wednesday, 28 December 2016
HATI MATI
Dibalik waktu aku mencari diriku yang hilang
Didasar hati semakin sunyi semakin jauh
Lemasnya diri dibelenggu
Bisakah aku menemukanmu
Mati hati mati jiwa ku rasa.. Tanpamu….
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh..
Tanpamu…
Disaat ini aku sembunyi dalam ruang sepi
Hatiku jangan kau kunci
Ku mohon dari mu kasih..
Lemasnya diri dibelenggu
Bisakah aku menemukanmu
Mati hati mati jiwa ku rasa.. Tanpamu….
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh..
Tanpamu…
Kembalikan cinta
Kembalikan jiwa
Kembalikan rasa
Kembalikan semua...
Mati hati mati jiwa ku rasa.. Tanpamu woah….
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh..
Tanpamu…
Mati hati mati jiwa ku rasa.. Tanpamu….
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh..
Tanpamu…
Di setiap waktu aku mencari siapa diri ini.

Monday, 14 November 2016
Overthinking Syndrom
Wei overthinking tu sindrom ke..
Tolong fikir jap.. Sindrom ke psikologi konflik..?
Tak kisah la apa pun, yang penting jangan overthinking.
Kalau overthinking sesuatu perkara, sila buat macam saya buat sekarang, iaitu meluahkan segalanya melalui penulisan.
Taip la apa yang nak di taip. Tulis sebanyak-banyaknya agar ianya terluah. Dari terus pendam dan cakap benda yang negatif.
Serius beb, overthinking something like letak batu atas kepala. Beban siak nak usung batu atas kepala ke sana ke mari. Sedangkan kita ada option untuk buang je batu yang tak de manfaat tu.
Hallloo nobody can put the batu atas kepala kita maa,,
Today i pilih busy.. u know y? Sebab dengan busy juga boleh membuatkan jiwa dan minda kita aktif dan boleh berfikir secara rasional. ada orang kata." Ieee blah laa.. aku malas nak fikir" .. jangan ingat dengan cara tak berfikir tu , kepala minda kita boleh fresh.. No la.. Kepala minda kita ni ibarat macam parang..lagi di asah lagi tajam.. kalau tak guna.. jadi tumpul.. silap haribulan boleh jadi karat..
Stop-stop la jadi overthinking. Buat lah benda berfaedah. Cipta la hobi bari supaya hidup ni happy n happy n happy.. 1 lagi.. stop-stop la jadi stalker,.. Sakit kepala beb. Orang atau benda yang uolls stalk tu.. Tak ada efek apa pun... tapi yang efek kat diri kita sendiri la.. So sampah ..
Lastly, jangan lupa tarik nafas dalam-dalam dan kemudian lepas kan.. Buat laa istigfar banyak-banyak.. tenang.
Yang semak tu, buang.. move on move on. Bina karakter diri tu.. Ingat!!!!!!!
Friday, 4 November 2016
Andainya Aku Pergi Dulu
Andainya aku pergi dulu sebelum mu .. Janganlah kau bersedih hati.. Andainya aku tiada lagi di sisi mu...
Kenang-kenangkanlah masa bahagia..
Tu andai... Andai tu jika.. Kita tak pasti.. Sama ada kita pergi dulu .. atau dia pergi dulu.. Dia tu sesiapa sahaja dalam kehidupan kita.... Mungkin orang yang paling hampir dengan kita atau sesiapa sahaja di sekeliling kita. Mati tu pasti. Tiada siapa boleh ubah. Kalau kita tahu, kita balik kerja.. Kita meninggal dalam sebuah kemalangan, mudahlah. Sekurangnya kita buat persediaan. Persediaan dari segi mental dan kewangan untuk ahli keluarga kita. sekurangnya kita dapat langsaikan hutang-hutang kita dan tak jadi bahan maki hamun orang lepas kita mati. Itu lah sebaik-baikya..Tapi masalahnya kita tak pernah tahu..
Kalau kita fikir kita akan pergi dulu sebelum orang, kita akanjadi manusia yang sentiasa nak di hargai. Tapi kita yakin ke kita pergi dulu sebelum dia? Yakin ke orang yang sakit akan mati dulu sebelum orang sihat? Kebanyakkan yang mati sekarang adalah mati mengejut. Kemalangan, kecelakaan dan sebagainya. yang sakit, akan terus sakit. Membilang masa dan detik-detik yang tinggal. Itu Allah beri kelebihan orang yang sakit. Allah bagi peluang pada dia untuk menghitung nikmat yang Allah bagi. Semoga kita dalam pengakhiran yang baik. Aminnn..
Seharusnya kita jadi manusia yang menghargai. Andai kita fikirkan dia yang akan pergi dulu sebelum kita., pasti kita lebih menghargai. Kita lebih menyayangi orang lain. Orang bijak kata, bergaulah dengan orang yang dekat dengan kita seperti itulah kali terakhir kita melihatnya. Jika kita hargai orang, kita pasti di hargai dan dihormati. Kerana apa yang kita buat, itulah yang kita akan dapat.
Wahai hati, hargailah orang disekelilingmu. Allah Maha Tahu.
Tuesday, 1 November 2016
Nyang Rapik
Assalammualaikum.. selamat petang si cantik dan si hensem sekalian..
Wahai kalian semua.. yakinlah Allah ciptakan kamu memang sempurna. Syukurlah dengan apa yang Allah bagi. jangan lagi dipersoalkan.. Kenapa kita hitam.. kenapa kita rendah.. kenapa kita gemuk.. kenapa kita begitu dan begini...
Plz my friend, jangan lihat dimana kekurangan kita.. Apatah lagi kekurangan orang lain.. Janganlah mata kita jadi macam mata lalat yang sentiasa lihat sesuatu yang busuk.. jadilah mata lebah kerana sentiasa melihat sesuatu yang wangi lagi cantik..
"Hey you... ieee kenapa dengan muka you tuuu haaa... ada jerawat... hitam-hitam pulak tu.. muka u dulu putih aje..sekarang kenapa muka you.... i dulu pun macam tu juga you... Malu youuu.. i pergi jumpa SUB , i tutup muka i dengan tisu youuu.... i maluuu.. i rasa tak nak keluar rumah... i naik kereta i tengok cermin pandang belakang, ... i sendiri terkejut tau youu.. macam nyang rapik.. macam muka you sekarang lah..."
MashaALLAH.... Halloo Doktor cantik.. i pun heran kenapa you nampak muka i macam nyiang rapik.. i tak rasa pun muka i macam nyiang rapik.. I rasa muka i macam biasa-biasa saja. Memanglah muka i tiba-tiba berubah daripada comel menjadi luar biasa. Tapi tak adalah i nak seram tengok muka i macam u seram dengan i kan.. Dan satu lagi.. You cakap muka you dulu macam nyiang rapik.. tapi itengok dari dulu sampai sekarang tak ada beza pun.. Sebab i nampak you macam Intan Ladyana. Sikit kekurangan you pun i tak nampak.. sebab kelebihan yang ada pada you menutupi kekuranganm you di mata i.. Itu i apa yang i nampak lah...
"Adik... kenapa teruk ni muka adik.... " sambil herot-herot muka dan mulut dia serta pipi kakak indon cleaner yang chubby tu... Nah hai.. Kakak indon ni pun cakap muka aku teruk... MashaALLAH... " Tengok kakak ni, cantik kan kulit kakak... kakak pakai produk TAT* ," puas aku belek kat mana bezanya.. dulu chubby, sekarang chubby.. cuma sekarang kulit merah menyala adalah.. Ok tak apa.. sabarrr...
Orang perempuan ni memang kadang-kadang teruk.. Jerawat sebijik pun dah macam nak kiamat... nak jumpa orang pun dah malu... Muka burn sikit pun dah cakap macam hantu bagai...
Hari pula Doktor M yang quite cantik jelita datang bilik aku.. "You, ambik ni.... I bagi you harga i.. you pakai ni je"... clenser.. RM100.. dia selalu jual rm120 ++, ok aku akan cuba.. Tak nak la aku review testimoni bagai kat sini. Sebab aku dah tak minat cerita pasal kecantikan lagi. Dah not my passion anyway..
Balik rumah story kat mak... "Mak.. napa depa kutuk adik yer... cakap muka cam nyiang rapik la bagai"...mak jawab " aku tengok hang okay je adik" ...
"You.... teruk ke muka i you... kawan-kawan opis semua cakap muka i.. blaa blaa bla..., tapi i lak tak rasa lak muka i ni teruk pun, confident je buat sale pun banyak bulan nie"..."Manje... biar orang nak cakap apa.. abang sayanggg manje".. Untungla bakal suami boleh terima diri seadanya.. Bukan nak sombong tapi bersyukur.... Dia baik, dia nampak semuanya baik...You all pun girls, mana dapat bakal suami yang tahu hargai you all jangan macam-macam pulak.
Sebenarnya beauty is on the eye of the beholder... Kalau hati kau baik.. kau akan nampak semua benda cantik dan baik.. kalau hati kau tak baik.. kau akan nampak buruk dan kau akan cari semua kesalahan orang... Yakinlah.. Allah cipta kita sebaik-baik hamba.. yakin la diri kita ni
MashaaALLAH.. termuhasabah betul dengan kata-kata sendiri...
Monday, 31 October 2016
PRUBSN WARISAN : ALTERNATIF HIBAH YANG TERBAIK
Credit to Adib Yazid
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Perancangan kewangan peribadi bukan hanya merujuk kepada berapa wang yang anda telah simpan. Apabila mahu menyusun kewangan peribadi, perlulah berfikiran secara holistik (menyeluruh) di mana menyentuh semua aspek seperti pelaburan, perlindungan risiko, penyucian (zakat), perancangan dan pewarisan pusaka (estate).
Sebelum ini Prudential BSN Takaful telah mengeluarkan beberapa produk untuk tujuan tertentu;
Manfaat Takaful sudah diketahui untuk:
Misalnya seorang lelaki, suami dan bapa adalah orang yang penting dalam keluarga. Beliau bertanggungjawab terhadap:
Sudah dikupaskan, di Malaysia apabila seseorang itu mati segala harta-harta akan menjadi ‘beku’ dan tidak boleh digerakkan. Proses ini sebenarnya adalah lama dan bukan boleh diselesaikan dalam tempoh 1-3 hari. Malah ada proses boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Manakala hutang-hutang perlu diselesaikan dengan cepat.
Langkah-langkah berikut perlu dilalui sebelum harta beku tadi boleh dibahagikan.
Jawapannya;
Tapi, efeknya manfaat pampasan boleh berkurangan.
Sebagai contoh:
Kes Nilai Tunai lebih tinggi daripada Nilai Pampasan
Jadi, anda tak boleh mengganggap PruBSN Warisan sebagai instrumen pelaburan yang tulen walaupun ada nilai tunai di dalamnya.
PruBSN Warisan boleh dianggap sebagai salah satu instrumen perlindungan yang besar dan mampu dimiliki serta dimudahkan cara (nilai pampasan satu juta bawah umur 50 tahun masih tidak memerlukan medical examination)
Oleh itu, PruBSN adalah salah satu cara yang baik dalam soal pengurusan harta pusaka di mana apabila ketua keluarga tiada, keluarga akan dapat akses dana yang cepat selepas ketiadaan dengan menggunakan konsep penama Hibah Bersyarat (Hibah Takaful).
(Maklumat mengenai Hibah Bersyarat / Hibah Takaful boleh rujuk di sini: Hibah Bersyarat)
Pertanyaan lanjut mengenai PruBSN Warisan boleh hubungi samada email;
017-888-1610 @ emel : phea2pru@gmail.com

- PruBSN Link Series – termasuk kad medikal penuh viral Health Enrich, pilihan untuk kepelbagaian perlindungan dalam satu pelan.
- PruBSN Protect – perlindungan pampasan kematian dan mempunyai terma tahun contoh 10 tahun sahaja.
- PruBSN Ummahlink – lebih memfokuskan kepada penyimpanan wang dengan tujuan haji dan risiko.
- PruBSN Platinium – sesuai kepada individu yang strategik dalam pelaburan dengan tujuan penggandaan kewangan.
Manfaat Takaful sudah diketahui untuk:
- Pelan legasi – seperti jalan terakhir melakukan amal jariah atau sedekah, mewariskan sejumlah kekayaan kepada waris, tujuan bisnes (keyman) dan membina asas kepada generasi seterusnya apabila sudah tiada.
- Instrumen pengurusan harta pusaka; Hibah Takaful sebagai jalan untuk menyelesaikan hutang-hutang.
- Mencipta satu lagi peluang penjanaan pendapatan melalui segmen takaful berbentuk pelaburan.
Misalnya seorang lelaki, suami dan bapa adalah orang yang penting dalam keluarga. Beliau bertanggungjawab terhadap:
- Perbelanjaan rumah.
- Perbelanjaan kereta.
- Perbelanjaan runcit (makan dan minum).
- Penyediaan dana pendidikan.
- Penyediaan dana persaraan.
- Pembiayaan kewangan (pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain)
Sudah dikupaskan, di Malaysia apabila seseorang itu mati segala harta-harta akan menjadi ‘beku’ dan tidak boleh digerakkan. Proses ini sebenarnya adalah lama dan bukan boleh diselesaikan dalam tempoh 1-3 hari. Malah ada proses boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Manakala hutang-hutang perlu diselesaikan dengan cepat.
Langkah-langkah berikut perlu dilalui sebelum harta beku tadi boleh dibahagikan.
- Perbelanjaan pengurusan kematian seperti upah kubur, upah mandi.
- Menyelesaikan segala hutang piutang, bertulis (bank misalnya) atau tidak.
- Menyelesaikan segala tunggakan cukai dan zakat tertangguh.
- Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh si isteri.
- Menyelesaikan bab wasiat; jika dibuat oleh si mati.
- Pembahagian harta bersih mengikut hukum Faraid.
Semua orang tahu bila dia lahir. Tidak semua orang tahu bila dia tiada.Bagaimana dengan perbelanjaan seharian seperti perbelanjaan anak ke sekolah, rumah yang belum habis dibayar, ansuran kereta tertunggak dan hutang kad kredit masih ada baki?
“Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” Hadis Riwayat TarmiziJadi, Takaful bukan sahaja hanya berkisarkan kad medikal; berapa had limit tahunan dan seumur hidup atau ada elaun harian atau tidak. Ini hanya satu bahagian. Takaful dalam konteks besar adalah untuk menyelesaikan isu-isu begini di mana boleh membebankan waris jika tidak diselesaikan dengan cepat dan baik.
Oleh itu, sebagai orang Muslim perlu tahu tentang ilmu pengurusan pusaka dan terbaru, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 telah memperkenalkan konsep Hibah Bersyarat (lebih popular di sebut Hibah Takaful) iaitu penamaan dalam sijil Takaful itu sendiri.‘Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” – Hadis Riwayat Al Bukhari
Manfaat Utama PruBSN Warisan (Key Highlight)
Lazimnya PruBSN Warisan melindungi perkara
paling penting dan kenapa wujudnya Takaful itu sendiri; perlindungan
pampasan kematian sebagai pengurusan risiko kewangan kepada generasi
yang ditinggalkan. Jadi dua aspek utama / manfaat dalam PruBSN Warisan
adalah:
- Pampasan Kematian (death benefit); pampasan minima adalah RM500,000 dan dibayar kepada penama menggunakan Hibah Bersyarat (Hibah Takaful). Bahkan, ianya boleh jadi lebih RM500,000 (bergantung pada prestasi pelaburan dalam PruBSN Warisan). Tiada had limit.
- Pampasan Lumpuh Kekal (total permanent disability); ikut amaun pampasan kematian tetapi limit kepada RM4,000,000 seorang di Malaysia. Jika pampasan bernilai kurang RM1 Juta, akan diberi sekaligus. Jika pampasan lebih RM1 Juta; RM1 Juta pertama akan diberi dahulu dan bakinya pada ulangtahun berlakunya Lumpuh Kekal.
Jawapannya;
- Lebih mampu milik. (Konsep Sum at Risk, lebih teknikal)
- Mempunyai Medical Underwriting dan Financial Underwriting berbeza berbanding pelan lain. (Perlindungan RM500,000 kebiasaan perlu melalui proses medical examination, tapi berlainan untuk PruBSN Warisan)
- Mempunyai instrumen pelaburan, dimana tiga dana utama iaitu Takafulink Dana Bon, Takafulink Dana Urus dan Takafulink Dana Ekuiti (boleh lihat prospektus di laman rasmi Prudential BSN Takaful Berhad)
- Apabila mempunyai instrumen pelaburan, sudah pasti ada jangkaan nilai tunai ketika maturiti atau ‘surrender‘.
- Boleh memilih samada sehingga 70 tahun atau 80 tahun.
- Boleh memilih untuk sumbangan bertempoh samada 5 tahun sahaja, 10 tahun sahaja, 20 tahun sahaja atau full term.
- Crisis Protector; manfaat penyakit kritikal minima RM10,000 sehingga RM3 Juta. Manfaat ini diberi jika berlaku penyakit kritikal dalam tempoh perlindungan dan tidak akan memberi efek kepada jumlah pampasan kematian.
- Accidental Protector; manfaat tambahan akibat kemalangan. Boleh dirangka sehingga 5 kali ganda daripada nilai pampasan kematian.
- Contributor; manfaat penting iaitu jika orang dilindungi menghidapi penyakit kritikal, pelan ini akan berterusan sehingga maturiti atau meninggal dunia.
Tapi, efeknya manfaat pampasan boleh berkurangan.
Sebagai contoh:
Kes Nilai Tunai lebih tinggi daripada Nilai Pampasan
- Nilai pampasan kematian : RM1,000,000
- Nilai tunai sebelum partial withdrawal : RM1,500,000
- Nilai partial withdrawal yang diperlukan : RM500,000
- Nilai tunai selepas partial withdrawal : RM500,000
- Nilai pampasan kematian yang baru : RM1,000,000
- Nilai pampasan kematian : RM1,000,000
- Nilai tunai sebelum partial withdrawal : RM500,000
- Nilai partial withdrawal yang diperlukan : RM300,000
- Nilai tunai selepas partial withdrawal : RM200,000
- Nilai pampasan pampasan kematian yang baru : RM700,000
Jadi, anda tak boleh mengganggap PruBSN Warisan sebagai instrumen pelaburan yang tulen walaupun ada nilai tunai di dalamnya.
PruBSN Warisan boleh dianggap sebagai salah satu instrumen perlindungan yang besar dan mampu dimiliki serta dimudahkan cara (nilai pampasan satu juta bawah umur 50 tahun masih tidak memerlukan medical examination)
Oleh itu, PruBSN adalah salah satu cara yang baik dalam soal pengurusan harta pusaka di mana apabila ketua keluarga tiada, keluarga akan dapat akses dana yang cepat selepas ketiadaan dengan menggunakan konsep penama Hibah Bersyarat (Hibah Takaful).
(Maklumat mengenai Hibah Bersyarat / Hibah Takaful boleh rujuk di sini: Hibah Bersyarat)
Pertanyaan lanjut mengenai PruBSN Warisan boleh hubungi samada email;
017-888-1610 @ emel : phea2pru@gmail.com
Sunday, 30 October 2016
What the Nyauuu &&*)^ #%^&(*&
Kering pula idea nak menaip. Lama pula tak menulis mungkin kerana fokus kepada satu-satu perkara yang lebih penting. Falsafah aku, pentingkan penting kerana yang penting itu adalah paloing penting dari yang kurang penting.
Rasanya banyak benda yang kita nak prioritykan dalam kehidupan kita. lepas satu satu satu dan satu lagi. Kita ni manusia, otak ni macam-macam nak fikir. Adakalanya rasanya macam ada kilang rempah atas kepala ni. banyak sangat fikir sampai beruban dah rambut ni, siap gugur pulak tu. Sikit-sikit tak pe gugurnya, at least 100 helai sehari tu consider normal as human kan. Kalau yang non stop tu. apa cita.. Sekali satu habis melekat di penyapu. Siap boleh buat macam bulu ayam pun penyapu tu.
Boleh tolong diam tak. Asyik-asyik nak bercakap 24 jam. Manusia , please hormat orang lain leh tak. Boleh tak jadi manusia yang bijak emosi dan bijak memerhati keadaan sekeliling sebelum bercakap dan terus bercakap. MashaaAllah , ingat tak de jenis manusia macam ni. Buktinya aku sendirilah.
Kita ni bercakap main bercakap aje. Asalkan hati kita senang , asalkan hati kita puas. Padahal kita tak tahu bagaimana keadaan orang yang kita bercakap tu. Mungkin penat, mungkin sedang mencari idea, mungkin sedang tengah menghafal sesuatu, mungkin tengah berfikir sesuatu. Tapi sikap kurang sabar kita, main jengah je. Nak juga bagi suara kita didengari orang. selfish gilabab dikategoraisss..
Maaflah cakap tah ape-ape .. Bila otak tengah mengah nak semput, mula la keluar bahasa-bahasa sanskrit.
By the way uolls, semalam saya pergi 1 seminar yang bertajuk " Now Everyone Can Speaks 2016" di Maeps, UPM. So expectation macam biasa lah tinggi menggunung. Suka menjangkakan program tu hebat bapak. Btw, ikhlas cakap, program ilmu memang best yang biasa-biasa. Dari kita duk rumah layan doraemon, okay gak lah pergi program gi ni memandang tak ada apa nak dibuat hujung minggu yang serba santai.Program-program yang membentuk karakter diri untuk berpublic speaking. Program yang seumpamanya sudah banyak kali aku sertai. Inputnya hampir sama. Cuma adala sedikit perbezaan.
Btw... nanti sambung story sebab kepala ni asyik fikir tentang tok kadi dari pagi tadi sampai lah sekarang... nak cari tok kadi.. nak cari tok kadi...nak cari tok kadi nak cari tok kadi....okay tata.

Subscribe to:
Posts (Atom)
PETUA UNTUK HINDARI NYANYUK - DR HAMID ARSAT
Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua? Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa M...